Selepas mak jatuh sakit,aku sanggup tak kerja untuk jaga mak.Abah dan abang aku langsung tak ambil peduli

Pertama sekali biarlah sy perkenalkan diri sikit ye.

Aku Aira (bkn nama sebenar) aku duduk di tgh bandaraya kL. Aku ada 5 org adik beradik . 3 abang (alang je belum kahwin), seorang adik perempuan(masih belajar) dan seorang adk lelaki (dah kerja). Ini cerita tentang keluarga aku.

Aku seorang pelajar lepasan diploma and baru je grad dalam 15 bulan lepas mcm tu. Masa ak masih study lagi mak kesihatan mak aku jatuh merundum.

Satu ujian yg sangat besar buat kelurga aku bermula disini. 3 minggu sebelum aku habis belajar mak aku masuk hospital kL. Masa tu adk perempuan and adk lelaki aku bergilir gilir jaga tiap tiap malam dan siang.

Mak aku berkerusi roda kaki dah tak kuat lagi kadang2 kalau dia baring atas katil nak bangun sendiri pon susah.

Aku lah yg jaga mak, bawak mak ke toilet mandi ambil air wuduk angkat mak bangku khas solat. Aku lah yang bawa mak aku bila ada appoinment kat hospital dan diaisis 3 kali seminggu. Aku tak kisah galas semua tanggungjawab ni demi mak aku.

Kadang2 aku cepat tertekan dan menangis tanpa org tahu. Hanya orang yg pernah jaga org sakit 24jam faham ape aku rasa. Aku redha.

Tapi jujur aku sangat terasa hati dgn sikap adk bdk ak. Abang2 aku yg dah berkahwin tu berapa kali je datang jenguk mak aku padahal dekat je rumah. Bila aku tegur ckp datang lah jenguk mak selalu.

Along dan angah ckp kau ape tahu kau belum kahwin. Ya Allah aku memberontak dalam hati. Habis kalau ak kahwin aku kena perangai mcm korang jugak ke.

Konon sebab dah ade keluarga sendiri kena fokus lebih . Wehhh mak tu syurga korang kot. Mak tu menagis sebab rindu dan terasa hati anak jarang jenguk sebab dia sakit.

Pedih rasa bila hilang seorang ketua keluarga. Hati aku bagaikan kosong di satu sudut tu . perit terima hakikat abah tak sudi pulang jalankan tanggungjawab abah sebagai seorang suami kepada mak.

Bila keluar beli barang terjumpa satu family riang ade abah dia. Tersentap sebab terlalu berharap dapat mcm tu. Aku konvo adik aku sorg je dtg tengok aku .

mak sakit susah dtg. Abah langsung tak amik tahu. Keluar dewan tenguk family org lain lengkap. Terguris skejap hati aku .mak cakap mak minta maaf mak tak dpt dtg tenguk anak mak atas pentas mak tk berdaya mcm dulu.

Ya Allah berjurai air mata aku dlm hati . hanya mampu menangis dalam hati . aku tak boleh menangis depan mak aku , nanti mak aku tak kuat bila tenguk aku menangis.

Cukup lah sampai sini takut korang bosan baca. Aku redha semua ketentuan Allah. Buat korang yg sedang jaga orang sakit. Ketahuilah jangan korang risau soal kewangan.

Cukup walaupun sekadar telefon tanya khabar. Hati mak dah riang.
Buat abah, pulanglah abah sebelum semua peluang tertutup untuk abah. Ketahuilah abah kami ini syurga buat abah.

Jika abah sakit, walau ape pon abah dah lakukan pad kami. Aira masih sudi untuk menjaga abah.

Buat korang yang sedang jaga orang sakit. Tabahkan hati kuatkan diri. Orang sakit ni kadang kadang banyak kerenahnya jd hadapi dengan sabar. Besar rahmatnya.

Maaf kalau plot cerita aku tak tersusun . Terima kasih sudi baca. Maaf kalau ade silap dari aku . Mohon tegur.

Berharap korang sudi bagi kata kata semangat agar aku kuat untuk semua ni. Kata kata semangat untuk mak aku juga. terima kasih semua.

Luahan aira . .