Malik selalu main2 di pokok buluh. Naim tanya pd malik napa termenung di luar tingkap malam2 ni. Terus Malik xdpt lupa kisah tu.

Yo! Terima kasih kepada admin yang sudi keluarkan cerita aku ni. Ni adalah percubaan pertama aku untuk menulis cerita seram kat page ni.

Kalau penulisan aku tak best dan merima kritikan hebat, mungkin ini karya aku yang terakhir kat sini, hahaha.

Nak kata cerita aku seram tahap terkincit tu mungkin tak la, tapi kalau korang yang jadi watak dalam cerita ni mungkin terkincit, hahahaha.

Cerita ni berlaku di rumah aku sendiri, rumah sederhana besar yang didiami oleh kami 4 beradik serta mak dan abah. Rumah kami terletak di sebuah kampung di kawasan sekitar Kajang.

Rumah ini dibina sendiri oleh abah 26 tahun yang lepas dan mengambil masa agak lama untuk disiapkan oleh kerana kekangan kewangan dan pelbagai sebab lagi.

Emak aku pula berasal dari Kelantan tapi sudah bermastautin di kampung ini sejak dari zaman belajar lagi, sampai la ‘terkawin’ dengan abah aku dan terus menetap di kampung ni.

Walaupun tinggal berjauhan dari halaman, hubungan mak dan saudara-saudara dari Kelantan sangat rapat.

Rumah kami boleh dikatakan macam rumah tumpangan sementara kerana sering ditumpang saudara-saudara emak yang merantau ke Selangor.

Ada yang duduk seminggu, ada yang sebulan, ada yang setahun, dan ada juga yang sampai 3 tahun.

Nak dijadikan cerita, ada seorang saudara kami dari Kelantan, aku namakan sebagai Naim je la, datang menumpang di rumah kami.

Menurut cerita Emak, sewaktu Malik berumur dalam lingkungan 6 tahun, dia selalu bermain bersama kawan imaginasinya.

Paling best setiap hari, pada waktu senja, Malik akan pergi bermain dekat kawasan pokok buluh berdekatan dengan rumah kami, dia akan tenung je rimbunan pokok buluh tu sampai mak jemput dia balik rumah.

Setelah selesai makan malam dan sesi berborak serta bergurau, Naim terus masuk ke bilik untuk melelap kan mata.

Hidangan nasi berlaukkan kari ayam dan telur dadar benar-benar memberi kesan kepada matanya. Jam di tangan menunjuk sudah pukul 10 malam, mata dan otak perlu direhatkan bagi persediaan hari esok, seawal 7 pagi dia sudah perlu keluar rumah untuk menghantar EJ (aku) ke sekolah dan bekerja.

Apabila tiba di muka pintu bilik, Naim terpandang akan Malik yang sedang duduk di atas kerusi di penjuru bilik.

Terganggu dengan situasi itu, lantas Naim membuka mata untuk mencari punca. “ALLAH! “ Terkejut Naim apabila dia melihat kelibat seorang budak lelaki (lingkungan umur 5 tahun) sedang melompat –lompat riang di hujung kaki katilnya.

Selimut ditarik, Naim terus berselubung di dalam selimut kerana terlalu takut. Setelah beberapa ketika, gegaran katilnya berhenti, dia tidak lagi merasa lompatan dari ‘budak’ tadi.

Naim memberanikan diri untuk membuka selubung di muka. Bertambah terkejut Naim apabila ‘budak’ disangka telah hilang itu ada di sebelah mukanya.

‘Budak’; tersebut memandang tepat ke dalam mata Naim yang sudah tergamam akan kelibatnya.

Walaupun muka ‘budak’ itu tidak kelihatan menyeramkan, tetapi ianya tetap menyeramkan kepada Naim yang mengetahui tiada budak sebaya itu di dalam rumah ini.

Naim meneruskan tindakannya sebelum ini dengan berselebung didalam selimut. Habis semua ayat-ayat quran yang dia hafal dibaca.

“Abang nak main dengan saya tak? Hehehe”, budak itu menegur Naim sambil ketawa. Naim menjadi semakin takut.

Naim cuba mengejut Malik namun jelas usahanya sia-sia. Malik terus lena dibuai mimpi. Sambil menangis, Naim meneruskan bacaan ayat quran dan doa hingga dia tertidur dalam ketakutan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin aku akan kongsikan dalam tulisan aku yang akan datang (kalau tulisan yang ni tidak dikecam la). Hahahaha.

Terima kasih~