Aku terdengar suara yg lunak memikat hati. Selepas itu aku jadi lemah. Ustaz ceritakan apa yg terjadi pada aku

Nama aku Ijam. seperti tajuk di atas, aku ingin menceritakan tentang suara yang memikat hatiku ini.

Korang tertipu bila korang fikir aku nak cerita tentang perempuan cantik ke apa. Sebenarnya aku nak cerita tentang pengalaman aku menaiki bas setelah sekian lama tidak pulang ke kampung.

Aku budak kampung yang belajar di Selangor, pada cuti semester aku pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres.

Hari tu kan tular pasal ada penumpang komplen pasal bas bawak mayat, aku nak gelak je bila baca berita tu. Rupanya ada lagi orang yang naïf. Jadi aku nak cerita pengalaman naik bas versi aku pulak.

Tidak lama selepas aku terdengar suara itu, aku perasan bas bergerak dengan perlahan tetapi bunyi enjin bas amat kuat seperti pemandu bas tu menekan minyak dengan kuat, tetapi pada masa yang sama turut menekan brek.

Aku ingat pemandu bas tu mungkin masih baru dan tertukar brek dengan pedal minyak atau dia terlalu mengantuk sehingga memandu bas perlahan.

Kejadian itu berterusan sehingga bas sampai ke kawasan bandar yang diterangi oleh cahaya lampu. Oleh kerana ingin tahu apa yang terjadi, aku cuba bertanya kepada pemandu bas itu tetapi dia memarahi aku dan menyuruh aku kembali ke tempat duduk.

Tapi aku perasan muka pemandu bas itu seperti pucat dan seperti ketakutan.Selepas beberapa ketika, iaitu apabila melalui jalan di kawasan hutan yang gelap, kejadian yang sama berlaku.

Bas bergerak perlahan dan enjin bas menderam dengan kuat, tetapi kali ini ditambah dengan bunyi seperti ada orang melompat di atas bumbung bas.

Tiba-tiba aku dapat menangkap apa yang telah terjadi. Rupa-rupanya ada benda yang telah mengikut kami ketika melalui kawasan perkuburan di Pahang tadi.

Apabila kami sampai di kawasan R&R, aku mencuri dengar perbualan antara pemandu tadi dengan pembantunya.

Rupa-rupanya, ketika melalui kawasan perkuburan tadi mereka ternampak seorang perempuan berbaju putih melambaikan tanggan di tepi jalan raya, seolah-olah ingin menahan bas itu.

Pemandu bas itu ingin memberhentikan bas itu tetapi membatalkan niatnya kerana dia perasan perempuan tadi tidak mempunyai wajah.

Beberapa meter selepas itu, pemandu bas itu perasan bahawa ada susuk tubuh manusia melekat di bahagia luar sisi kiri bas, iaitu di cermin tingkap bas kawasan tempat duduk aku.

Aku tidak pasti perkara ini benar atau hanya ilusi pemandu bas itu kerana aku tidak nampak apa-apa ketika itu. Menurut pemandu itu, wajah perempuan tu sangat menakutkan dengan mata merah, muka hitam mengerutu, mulut seperti ditoreh hingga ke telinga dan dengan leher yang memanjang dari bahagian atas bumbung bas.

Aku tidak sanggup membayangkanya, jadi korang bayangkan lah sendiri ye. Tentang suara merdu yang aku dengar tadi, aku tidak tahu dari mana datangnya suara itu kerana pemandu bas itu tidak menyebut langsung tentang suara perempuan menyanyi.

Suara itu telah membuatkan aku terpikat kerana sangat merdu dan mempersona. Apabila sampai ke kampung aku langsung tidak terfikirkan tentang peristiwa yang aku dengar dari pemandu bas tadi,

sebaliknya aku seperti angau dan sering termenung seorang diri kerana teringatkan suara perempuan itu. Sampaikan mak aku menjadi pelik dengan sikap aku dan dia membawa aku berjumpa dengan seorang bomoh dan menurut bomoh itu aku telah disampuk oleh Pontianak.

Tetapi bomoh itu tidak dapat menolong aku kerana kekuatan bomoh itu masih belum dapat menanding kekuatan makluk halus itu. Lama kelamaan aku menjadi semakin lemah kerana selera makan telah hilang sejak peristiwa itu.

Terima kassih kerana membaca celoteh aku,