Tiba2 suara adik, tak ubah seperti suara perempuan tua yang meminta tolong. secara tiba-tiba kangsir jatuh,dan aku rasa sesuatu.

Assalamualaikum..nama aku imani.Aku merupakan anak sulung dr 4 org adik beradik.

Cerita yang nak aku sampaikan ini adalah kisah benar dan hanya beberapa part yang aku olah tapi masih kisah benar cuma untuk penyedap ayat dan ada juga tak ku ceritakan..

Sebelum itu,maafkan aku jika ada yang tak faham jalan cerita aku sebab aku bukanlah penulis hebat.Cerita aku bermula …….

November 2017 cuti sekolah ketika itu.Adik bongsu aku si Yana berumur 15 tahun telah mengikuti kem motivasi di salah sebuah madrasah yang baru ditubuhkan.

Kem berlangsung selama 2 minggu,dan Alhamdulillah adik aku pulang ke rumah dgn pelbagai input yg bermanfaat.

Awal Disember 2017,adik aku ambil keputusan untuk meneruskan pengajian di madrasah itu dan telah dipersetujui oleh ibu dan ayah.Hujung disember sesi pendaftaran dilakukan,dan Alhamdulillah lancar semuanya.

Ibu ayah mengambil keputusan untuk bawa pulang adik kerumah untuk semetara,Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku ketika dalam perjalanan..

Setiba dirumah,pakcik qku telah memanggil seorang ustaz untuk datang kerumah aku untuk berubat sekali lagi,dan perkara yang sama juga berlaku.

Adik dirasuk,Allahu aku amaati suara adik,tak ubah seperti suara perempuan tua yang meminta tolong.Proses pulihkan adik mengambil masa 2 jam.

Dan perkara yang aku tak boleh lupa ketika adik dirawat ,bila mana kayu langsir rumah aku dengan secara tiba-tiba jatuh,dan ketika itu juga aku merasa sesuatu.

Hari yang sama,selepas asar ustazah aisyah menelefon ibu untuk memaklumkan ada ustaZ darul syifa yang akan datang ke Madrasah pada malamnya.

Allahuakbar ku lihat adik mula membaca mantera,dengan tanganya tak ubah seperti memuja sesuatu..Aura malam itu sungguh lain..tak tergambar.

bayangkan sepanjang proses pulihkan adik,ku kira adik pengsan 45 kali ketika itu.Alhamdulillah 5 jam berikutnya adik aku pulih..

Adik mengambil keputusan untuk stay di madrasah malam itu,ibu ayah setuju kerana jika berlaku lg perkara sepeti tadi ,ada ustaz ustazah yang lebih arif yang boleh bantu.Alhamdulillah adik sihat sepanjang 3 minggu selepaa berubat.

Februari 2018,ustazah Aisyah maklumkan kepada ibu,ustaz dari darul syifa akan datang ke madrasah pada hujung minggu..

dan kami bersetuju untuk pergi ke madrasah.kali ini makcik dan pakcik aku ikut sekali kebetulan anak mereka Juga menuntut di madrasah yang sama.

menurut maksu,ketika selesai solat jemaah maghrib,mereka membaca yassin,dan ketika itu,mqkcik aku mengadu sakit dada ,sedang mereka menenagkan makcik,secara tiba-tiba ibu pulak menangis.

semua jadi lqin malam tu.Keadaan jadi kelam kabut. Tak lama kemudian adik aku si yana telefon aku untuk makluman kan perkara ini dan secara automatik tangan aku mengigil sejuk,dada sakit seperti ditekan.

kebetulan adik aku si angah ada bersama ,lalu aku mengajaknya untuk ke rumah atok..perjalanan mengambil masa 50 minit.

kami ditemani bakal mentua angah..sampai je rumah atok,elok kaki melangkah masuk,aku rebah,yang aku ingat badan aku jadi berat,dan ye,aku tak ingat apa2 ..

Tapi Alhamdulillah ketika aku sampai pakcik aku dah menjemput ustaz dari darul syifa,setelah dibaca ayat Al-Quran,aku sedar.kejadian ni betul-betul buat kami buntu.dan Alhamdulillah adik okay pada malam kejadian..

March 2018,adik aku si angah bakal berkawen..dan pada malam sebelum nikah,makcik aku mengadu sakit dada,dan dia rasa macam lain ketika itu,,dan ibu pula secara tiba-tiba menangis tak tahu punca..

Aku? dan aku rebah secara tiba-tiba.Bayangkan malam tu situasi macamne,dengan esoknya adik aku nak nikah.tapi Allah Maha hebat,esoknya semua berjalan lancar.syukur..Tahniah angah..

sehingga april 2018,tiada lagi perkara yang tak diingini ,tapi tidak pada bulan mei,dan sehingga sekarang perkara itu berlaku.,banyak benda yang nak diceritakan,tapi nantilah ,jika ada yang berminat aku akan kongsi nanti..

pesanan aku,solat jangan lah tinggal,baca Quran selalu..Mohon pada Allah agar dijauhkan dari perkara yang tak diingini..jika di uji,bersabar..setiap ujian ada hikmah nya.

– imani