Setelah aku pindah masuk rumah kak Nana, perangai sebenar dia muncul. Dah kawin tp selalu juga dia bawa lelaki dtg rumah.

Rumah ini Puaka. Sebab apa aku gelar rumah ni rumah puaka, sebab inilah satu-satunya rumah paling aku trauma nak ingat kejadiannya.

Rumah tu meninggalkan kesan emosi pada aku. Mungkin bila kalian baca cerita ni sampai habis, rasa no feel or biasa-biasa saja. Tapi tidak pada aku. Mari aku imbas kejadian ni untuk tatapan baca kalian.

Tahun lalu sekitar bulan ogos, aku dimaklumkan oleh tuan rumah yang rumah aku duduki bakal tamat kontrak setahun pada bulan September.

Dia aku gelarkan sebagai Kak Nana. Berumur 30 an, berasal dari Kuala Lumpur. Tetapi di sebabkan komitmen kerja, dia dihantar ke branch Sabah untuk memulakan tugas.

Beberapa hari selepas dia menghubungi ku, aku datang kerumahnya. Pertama kali aku menjejaki rumahnya, aku rasa tertarik dengan suasana damai rumah tersebut, biarpun sekadar rumah apartment.

Tetapi dia menghias ruang tamu nya dengan begitu cantik sekali, macam rumah mewah gitu. Dia bawak aku melihat bilik dan dapur rumahnya, sekali lagi aku kagum dengan kebersihan rumahnya.

Dalam hati aku,mengatakan aku dah jumpa bilik sesuai! Tanpa aku ketahui, aku tidak sepatutnya menjejak rumah tersebut.

Lagi menyenangkan aku bila Kak Nana memberitahu bahawa hanya kami berdua saja menginap rumah tersebut.

Kak Nana ni boleh aku kategorikan macam perempuan ala-ala boy sikit. Cara cakap dia tak berlapis, main lepas cakap. Dan paling aku tak tahan, dia kuat smoking.

Kadang-kadang aku tengah lepak kat ruang tamu, dia akan selamba ja merok0k depan aku walhal dia tahu aku tak suka bau rok0k. Tapi siapalah aku nak melarangkan?

Aku ni dah la menumpang rumah dia, segala perkakasan hak milik dia. Pastu aku nak lari dari situasi tu memang payah la, sebab Kak Nana paling semangat bercerita orangnya.

So kalau dia dah datang bawak bercerita, memang sejam dua la kena hadap. Macam-macam trick aku nak lepas dari dia, Kadang lepas, kadang tak lepas. Mahu tak mahu, terpaksa la aku bermanis muka.

Lepas tu, barulah aku tahu yang Kak Nana ni memang ramai kawan lelaki. Siap bawak datang rumah lagi untuk lepak. Mungkin bagi dia, ini pergaulan bebas biasa yang dia amalkan dari tempat asal dia .

Mungkin Kak Nana perasan cara aku protest tu, dan dia menyuruh kawan-kawannya pulang. Kak Nana siap bagitahu aku yang aku tak perlu risau dengan kawan-kawan dia, mereka bukan orang jahat. Aku hanya senyum .Tapi dalam hati aku, Lelaki tetap lelaki!

Hari demi hari, kawan-kawannya selalu bertandang kerumah. Tak kira masa pagi atau malam. Aku terus berkurung dalam bilik. Aku merasakan aku tiada lagi privasi dalam rumah tu. Hidupku balik kerja, terus berkurung dalam bilik melayan handphone sampai tertidur.

Bila suami Kak Nana datang rumah melawat dia, aku rasa ada tenang sikit la sebab sekurang-kurangnya ada lelaki pun kat rumah tu, lelaki yang sah kepada Kak Nana.

Kak Nana siap warning kat aku supaya tidak menceritakan yang kawan-kawan lelaki dia selalu datang kerumah. Aku mengiyakan saja, malas nak masuk campur urusan rumah tangga mereka.

Tetapi kukirakan ada sedikit ketenangan bila suami Kak Nana datang kerumah, rupanya lagi ribut dari keadaan sebelum ini.

Ku kira habis segala perabot dan benda-benda diruang tamu Kak Nana hempas. Aku tak mahu masuk campur dengan keadaan genting diluar, biarlah mereka orang tua yang settle sendiri. Aku pasang earphone sambil dengar lagu dengan volume yang kuat sehinggakan tertidur.

Dalam masa 3 hari suami Kak Nana stay rumah tu, tiap malam-malam tu juga mereka bergaduh besar. Bergaduh bukan kat bilik, ini bergaduh kat ruang tamu.

Segala isi pergaduhan mereka aku boleh dengar. Setelah aku amati, ini bukan rumahku syurgaku. Ini entah kategori rumah apa aku letak.

Tak pernah sekali pun aku merasakan ketenangan setiap kali balik rumah setelah penat bekerja di office. Kalau boleh, aku taknak balik rumah.

Aku nak tidur ja terus kat office tu. Aku cuba untuk mencari bilik lain, tetapi tiada bilik murah yang berdekatan office. Ada pun bilik mahal yang mencecah ribuan ringgit,termasuk deposit 2 bulan dan utiliti.

Selalu saja terjaga terdengar teriakan gaduh mereka. Takkan mereka tidak merasa malu dengan aku ataupun jiran? Biarlah, urusan rumah tangga orang.

Jangan diganggu. Kak Nana ada juga minta maaf kepada ku, pasal dia bertengkar dengan suaminya. Dia tak dapat kawal emosi, aku sebagai perempuan mengerti paham sajalah walaupun aku tidak tahu perkara sebenar mereka bergaduh.

Hari demi hari, aku jalani hidup sepenuhnya di bilik. Bila kawan-kawan lelaki Kak Nana datang bertandang ke rumah, aku cepat-cepat masuk ke bilik dan kunci.. Biarlah di cop sombong.

Biarlah aku bosan duduk dalam bilik. Pernah sekali, Kak Nana kerja shift malam hari tu, then bila aku balik rumah, aku terkejut mereka tengah makan di rumah tanpa ada Kak Nana.

Kiranya hanya ada aku dan sekumpulan kawan kawan lelaki Kak Nana yang tengah menjamah makan malam. Aku tanya salah seorang dari mereka, mana Kak Nana?

Aku tak tahu la benda apa tu. Dadah or syabu. Benda tu serbuk-serbuk putih. Tak tahulah jenis apa. Dia siap tunjuk kat aku lagi benda tu.

Dan aku siap nampak lagi dia hisap dengan kawan-kawan dia. Patutlah dia tak tidur satu malam pun takpa! Segar memanjang~

Fuhh rupanya banyak dugaan selama aku tinggal sana, aku dari tadi taip sambil imbas kejadian ni, masih tak habis-habis lagi dugaan yang nak aku cerita.

Nak buat dua part tapi alang-alang la kasi habis. Korang bertahan la ya scroll confession aku panjang lebar,terutama yang pakai handaphone. Okey aku sambung lagi..

Haa, yang seterusnya aku nak cerita, sampai aku lari dari rumah sebab tak tahan dengan perangai Kak Nana. Begini, Kak Nana ni tak suka ikan, dia geli dan jijik dengan ikan.

Pagi tu, aku pergi kerja macam biasa. Aku mula pm kawan-kawan lain untuk menumpang rumah mereka bila aku balik kerja nanti. Ada sorang kawan ku sudi meminjamkan rumahnya.

Dia pun tahu masalah yang aku hadapi, dan aku pun tahu dia ada krisis. Dia lagilah sadis, kena blackmail oleh bisnes partnernya. Jadi kawan ku tak berani tinggal dirumahnya dan dia lari stay rumah kakaknya.

Aku pada masatu tak pikir panjang, aku rela tinggal rumahnya daripada balik rumah puaka tu. Padahal krisis blackmail tu lagi bahaya, sebab orang yang blackmail kawan aku tu tahu kat mana rumah dia.

Boleh jadi dia datang serang rumah tu, masa aku tinggal situ. Tapi aku amalkan doa ayat kursi dan 3 qul sepanjang disana. Syukur Allah memudahkan urusan aku.

Biarpun jarak rumah kawan aku hampir satu jam ke office, berbanding rumah puaka ke office aku cuma 15 minit. Aku rasa tenang tinggal dirumah kawan aku biarpun bersendirian.

Selepas 2 minggu, mahu tak mahu aku kena balik juga ke rumah puaka tu sebab aku malu nak duduk lama-lama kat rumah kawan aku biarpun free. Aku cuba kuatkan hati balik kesana,

Masa balik sana..Kak Nana tegur seperti tiada pernah apa berlaku. Aku pun cuba berlagak biasa. walapun hatiku berbekas. Tapi tanpa aku ketahui, sebenarnya dia ada rancang plan lagi jahat kepadaku.

Setelah 5 bulan aku tinggal rumah puaka tu, kejadian ini lah sampai aku nekad nak berambus dari rumah puaka tu! Suatu hari tu,tombol pintu rumah kami terpaksa di tukar sebab kunci Kak Nana sampai patah tak boleh nak buka pintu.

Tak tahu la dia segaja tukar ka atau kunci dia benar-benar patah. Jadi bila tukar tombol baru, aku pun tak dapat lagi kunci baru. Biarpun berkali-kali aku minta, dia cakap nanti dia bagi. Macam segaja.

Jadi malam tu sebelum aku balik kerumah, aku singgah la beli sedikit barang dapur dan beli kepak ayam panggang (sayap ayam panggang sabahan panggil) untuk makan malam.

Tangan ku tak henti-henti tekan loceng rumah dan ketuk rumah berkali-kali. Sampai aku terduduk lesu depan rumah. Dengan penat dari kerja, dengan belum makan malam lagi.

Jiran-jiran pun lalu lalang hairan tengok aku duduk luar rumah, masa tu aku dah tak kisah orang pandang apa. Aku merintih dugaan apakah kali ini.

Bayangkan dari jam 8mlm aku sampai depan rumah, sampai pukul 10 malam belum dapat masuk rumah! Tangan ku tak henti-henti tekan loceng dan ketuk rumah bertalu-talu.

Tangan ku menggeletar, perut ku pula minta di isi. Sudahnya, aku makan sayap ayam panggang tu diluar rumah. Makan dengan lahapnya. Aku sedih, aku ada rumah. Tapi aku makan diluar serupa tiada rumah.

Aku berdoa agar Kak Nana cepat bangun dan bukakan pintu untuk aku. Aku penat, aku nak tidur masa tu. aku dah imagine tilam empuk ku masa tu. Jam dah menunjukkan jam 10.30pm, memang waktu aku tidur pun.

Buka saja pintu, aku masuk rumah. Korang tahu apa aku dengar? Kak Nana panggil nama kawan dia apis, sebab dia ingatkan apis yang masuk rumah. Oh patutlah dia tak bagi aku kunci, bagi kunci kat Apis rupanya.

Kak Nana agak terkejut sikit mukanya, mungkin dia hairan macamana aku dapat masuk rumah. Sedangkan pintu berkunci.

Masa ni aku dah dapat hidu, ini macam plan Kak Nana segaja kenakan aku. Masa aku masuk rumah pun, dia sedang main handphone dan pintu biliknya terbuka.

Takkan dia tak dengar aku tekan bunyi loceng rumah kan? Dan takkan dia tak perasan chat dan miscall aku berkali-kali. Masa tu aku tarik nafas panjang ja..Jangan cari gaduh..jangan.

Terserlah muka cuak dia tu, dia tanya aku macamana masuk rumah? “Pintu tak kunci kan???” dia kata. Aku balas ja, pintu kunci. Pastu aku terus ambil tuala dan pergi bersihkan diri.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tidak membalas perbuatan atau keluar awal dari rumah tu :

1) Kak Nana seorang yang licik, dia boleh mengenakan kau melalui orang lain. Dia kenal beberapa gangster. Dia pernah bagitahu aku, kalau dia tak sukakan seseorang tu, dia boleh balas. Aku tak mahu ambil risiko.

2) aku seorang yang sabar,selagi aku boleh sabar. Aku sabar. Aku tak tahu level tahap apa kesabaran aku ni huhu

3) aku bukan jenis suka gaduh-gaduh. Diam selagi mampu. Biar Allah yang balas.

4) aku bukannya tak mahu keluar awal, tapi aku betul-betul kurang dari segi kewangan masa tu.

5) aku tak ramai kawan, hanya beberapa individu saja yang ada tolong aku. Jadi aku hadapi sendiri.

Okeylah, sekian saja pengalaman aku yang tak seberapa ni. Mohon maaf ya kalau cerita ni terlalu panjang. Sekian terima kasih