Rumah ni ada 4 bilik, seorang sebiliklah. 2 org kerja 1 student dan 1 lagi pengganggur

Aku nak buat luahan perasaan sikit.Aku Eka, 26, seorang student, menyewa tak jauh dari kampus. Aku sewa bersama-sama tiga orang penyewa lain.

Rumah ni ada 4 bilik, jadi setakat ni seorang sebiliklah. Penyewa yang lain 2 orang dah kerja. Seorang tengah cari kerja. Aku saja yang bergelar pelajar.

Sebelum aku masuk menyewa di sini, Kak Puteri lah yang paling lama sekali menyewa antara kami berempat. Seterusnya aku masuk menyewa, kemudian Ommi, last baru Kak Dang.

Mungkin masalah yang aku akan terangkan kejap lagi, sama je dekat mana-mana rumah sewa tapi please, jangan ambil mudah benda ni.

1) Buang sampah.
Dalam rumah ni, hanya aku dan kak Puteri saja yang pandai buang sampah. Lagi dua orang tak pandai. Tahu buat sampah saja. Aku dan Kak Puteri ni kalau tengok sampah penuh, boleh je g buang.

Apalah salahnya dorang turun bawah masa nak keluar tu, tutup lampu tangga, lampu dapur, lampu luar?? Takkan nak tunggu aku yg sah-sah lah tido lepas subuh balik, keluar turun bawah untuk sarapan then g kelas around 9 -11 pagi.

Kalau aku takda kelas, sampai ke tengahari lah lampu-lampu tu menyala je. Aku pernah lepas subuh, keluar bilik p tutup lampu-lampu yang menyala tu tapi pandai dorang nak turun g keje tu g bukak balik then tak reti nak tutup. Aduhai sayang.

3)Peti sejuk.
Peti sejuk kitaorang ni Kak Puteri yg beli. Mostly barang dalam rumah tu memang kak Puteri yg beli sebab owner tak provide apa-apa.

Rumah tu kosong sekosong-kosongnya masa dia mula menyewa. Jadi Kak Puteri lah bersungguh jaga harta-harta dia. Aku faham sebab kita guna barang orang, kita tolong lah jaga sebab barang org kot.

Bukan barang kau. Jadi kak Puteri ni akan basuh/kemas peti/defrost peti tu dalam 2minggu sekali. Sebabnya Kak Puteri beli peti tu peti secondhand je dah lama jadi kena jaga lebih sikit.

4)Sinki dapur.
Mak-Mak kalian ajar kan lepas masak, lepas guna sinki basuh lah bagi clear. Bukan basuh pinggan periuk bagai tu je. Basuhlah sentallah sinki. Janganlah tinggal sisa-sisa dalam sinki.

– Kak Dang & Ommi ni sama perangai. Diaorang lepas dah masak nasi, habis, rendam. Kan ada sisa nasi yg direndam tu kan.

Dorang akan tinggalkan dalam sinki dalam satu bekas tapis sisa makanan khas sampai sehari dua hari? Bak kata Kak Puteri, sampai nasi tu boleh jadi tapai dah rasanya. Jadinya, tangan inilah yg akan membuang sisa-sia tu semua setiap hari. Mereka? Nan hado!

5) Bilik air.
Bilik air aku bersambung dengan bilik air ommi. Herm. Payah bab ni. Bila kita kongsi toilet, susah kalau dapat orang yang tak jaga macam kita jaga.

Ommi tak pernah basuh toilet. Eh tak setakat ni pernah sekali. Hehe tu pun sebab hari tu aku tabur clorox kat toilet, sementara nak tunggu clorox buat keje dia, aku lepak la bilik main fon.

Sebab apa? Sebab dorang pemalas nak masak dan bising dekat Kak Puteri rumah sewa ni takde kedai makan atau warung dekat2 yang boleh jalan kaki je dah sampai.

Kalau boleh nak depan rumah lagi bagus. Disebabkan Kak Puteri kesian, dia masakkanlah. Tapi bab gas lagi haru. Biasanya kalau gas habis, dorang akan complain je,”Kak Puteri gas dah habis.”

Tiada inisiatif nak call ke pergi beli ke. Kalau Kak Puteri tiada dekat rumah or balik kampung, Dorang rela tunggu Kak Puteri balik settlekan hal gas.

Tu oklah kat luar. Tapi bila Kak Puteri dekat kampung, suruh Kak Puteri ni balik cepat. Jadi, bila kami bertiga masuk gantikan penyewa-penyewa lama, Kak Puteri lega sikit bab masak tapi bab gas masih sama.

Hari tu, aku yg teman dan tolong Kak Puteri beli gas. Tapi baru ni je terjadi padaku pada hari puasa ke 4 ni. Nak dijadikan cerita, gas habis.

Jauh woi nak heret tong gas tu. Sampai kedai, ada mamat ni tengah mesin tebu. aku cakaplah nak beli gas. Dia panggil adik dia. Aku ingat adik dia laki, sekali keluar perempuan lagi kecik dari aku.

Aduhai Habis tu aku lagi la kena angkat ni. Aku pun menggagahkan diri angkat tong gas tu letak tepi kedai.

Ok time nak tukar tong ni aku lagi cuak. Tong gas kosong dengan tong gas ada gas lain bhai. Berat wey. Aku pun minta tolong adik tu angkat sekali dengan aku, sebab adik dia dah suruh abg dia tu tapi abg dia wat tak tahu.

hampeh punya orang laki. Sampai rumah, cabaran lagi nak kena bawak keluar tong gas berat ni keluar kete, masuk rumah pulak. Oklah, aku berjaya bwk masuk rumah.

Aku letak tepi tangga dulu sebab aku penat. Termengah-mengah tau. Aku decide naik atas dulu nak solat asar baru turun pasang gas sekali masak.

Sekarang ni aku dah nak habis belajar, tahun ni In Shaa Allah. Kak Puteri risau, aku tinggalkan dia. Sebab lepas ni dia takda geng dah nak buat kerja sama-sama, gilir-gilir. Aku pun kesian dekat dia.

Jadinya, untuk siapa-siapa yg bujang khasnya perempuan lah, yang duduk rumah sewa. Kita sebagai penyewa, duduk sama-sama buatlah kerja yang sepatutnya sama-sama.

Tahu duduk rumah sewa, masing-masing nak me time, privasi dan sebagainya tapi atleast jangan duduk goyang kaki. Jangan tahu lepas diri sendiri aja.

Dekat rumah, depan Mak pandai buat kerja rumah kan tapi dekat rumah sewa nak mengelat eh? Mana boleh macam tu. Aku tahu nanti ada yang kata, tegurlah.

kalau tak tegur tak jalan. Kakak-kakak, dalam rumah ni semua umur dah 23 – 30an. Takkan dah besar panjang macam tu nak tegur-tegur lagi? Dah boleh jadi Mak orang dah.

Ok lah sampai sini sajalah luahan dan pesanan aku. Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik.Sekian.