Sebab aku dan adikku telah melanggar arahan ibu, kami terjumpa sesuatu yg tidak di duga.

Okay. Cerita ini bermula dengan aku dan kawan aku, iaitu Syafik bercadang untuk memancing di suatu tempat yang popular dalam kalangan pemancing di tempat aku tu.

Jadi tempat agak ramailah pemancing. Yelah, sebab aku dan Syafik takut berlaku apa-apa jika kami memancing di tempat yang terpinggir dan berlaku usikan atau penampakan makluk halus. Tambahan pula malam itu, malam jumaat.

Ketika memancing, tiada kejadian pelik dan aneh yang berlaku. Kami leka memancing sehingga pukul 2.30 pagi kerana seronok memancing.

Ketika sedang asyik memancing, Mirul menelefon aku supaya pulang ke rumah kerana dia berseorangan di rumah. Jadi kami bertiga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Ketika inilah peristiwa seram berlaku.
Ketika hendak pulang ke rumah, aku dan adik aku mengambil keputusan untuk melalui jalan kampung yang lebih cepat berbanding jalan raya dan risau akan sekatan jalan raya di jalan biasa kerana kami tidak mempunyai lesen memandu.

Manakala Syafik melalui jalan biasa dan terus pulang ke rumah selepas itu. Di tengah perjalanan itu, tiba-tiba aku berasa pelik kerana tiada sebarang kenderaan di sepanjang perjalanan kami itu dan lampu jalan agak suram berbanding biasa.

Walaupun itu jalan kampung tetapi jalan itu biasanya terang dengan cahaya lampu dan ramai orang yang melalui jalan itu kerana ia lebih cepat.

Pada masa tu aku tak fikir benda yang bukan-bukan kerana mungkin makcik itu baru pulang dari surau. Tapi aku rasa pelik juga masa tu sebab pukul 3 pagi sapa rajin sangat pergi surau ni dan yang lagi seram, kat situ mana ada surau atau masjid.

“Habislah, dia nak kacau ni” fikir aku. Dan makin lama, makin kami dekat dengan makcik tu, aku perasan dia macam bukan nak lintas jalan pon.

Dia macam tunggu je kami sampai dekat dengan dia. Otak aku dah outomatik fikir bukan-bukan dah, rasa menyesal keluar rumah sampai lewat malam la, menyesal tak minta izin mak aku sebelum keluar dan menyesal keluar rumah pada malam jumaat.

“bang…bang…bang…hoiii, kau nampak tak benda kat depan tu” bisik Wan dengan perasaan takut dan marah kerana aku hanya mendiamkan diri.

Aku hanya kekal membatu dan terlalu takut untuk mengeluarkan suara. Sampailah bila kami betul-betul sampai di depan makcik tu, aku bertambah takut kerana bila aku cuba lihat muka makcik tu, makcik tu sebenarnya takde muka dan bentuk tubuh dia membongkok serta pelik.

Bunyi mencakar tu bukan kat satu tempat je, ia seolah-olah mengelilingi rumah kami tu sambil mencakar kuku kat dinding luar rumah.

Bunyi tu bermula dari ruang tamu ke bilik tidur aku dan dari pintu dapur ke ruang tamu balik.

Kami memasang bacaan al-quran dengan kuat sehinggalah kami tertidur sampai lah bunyi jam loceng aku. Lepas bangun tidur tu, aku terus rasa macam nak demam dan bila aku check motor nak tengok ikan yang dapat semalam, ikan tu dan takde dalam raga motor.

Mungkin kucing makan kot, aku lupa nak simpan semalam sebab takut sangat sampai lupa ikan dalam raga motor.

Bila mak aku pulang ke rumah, adik bongsu aku Mirul mengada-ngada cerita kat mak aku. Apa lagi kena bebel lah dan mak aku gelak kat kitorang.

Kesan kejadian tu membuatkan aku jadi takut untuk memancing di tengah malam lagi dan itu merupakan kali terakhir aku melalui jalan tu pada waktu malam.

Kejadian ini berlaku ketika aku berumur 14 tahun pada 2009 dan kekal menjadi memori seram aku sepanjang aku hidup selama ini.

Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam perkara seram dan antara koleksi kisah seram yang pernah aku alami sendiri atau mendengar daripada orang lain.

Terima kasih kerana membaca entri ini dan terima kasih kepada admin kerana menerima karya aku ini.

Korang boleh komen dan kritik tulisan aku ini supaya dapat dijadikan sebagai penanda aras dalam penulisan aku. Harap sangat karya aku dapat masuk dalam page, please ye admin.

Nanti kalau karya aku yang ini atau yang satu lagi tu dapat masuk page, aku akan baiki cara penulisan aku berdasarkan kritikan daripada korang.

P/s : Hati-hati bawak kenderaan dekat kawasan sunyi, takut nanti ada makcik tak berwajah nak tumpang sekali. Aku dengan adik aku haritu naik motor sekali, jadi dia tak muat nak tumpang. Hehehehe.