“Cukup ke makan minum dia.Sy risau kan dia.” Tahu dia boleh hidup tanpa sy disisi tp perasaan risau tu sentiasa ada.

Saya dah berkahwin hampir 3 tahun, mungkin bagi orang lain usia perkahwinan kami agak muda. Tapi berbagai2 dah saya alami.

Suami lagi muda dari saya. Kenal dari awal dia habis sekolah. Sejak awal perkenalan dengan dia, saya tgh diuji dengan arwah mak yang sakit.

Perasaan sedih tu tak pernah lengkang. Suami lah yg sentiasa memberi semangat walau cumalah kawan biasa.

Suami saya ni muda, jadinya dia tak berapa pandai membaca hati wanita mungkin . Saya banyak merajuk menangis marah3 sebab dia tak pahamkan kehendak saya.

Saya yang banyak mengajar dia bagaimana hendak menguruskan kewangan dia. Dia pon baik, dia beri kebenaran 100% untuk jaga gaji dia.

Sebab dia mmg mgaku dia tak pandai urus kewangan. Makan pakai dia dr baju kasut semua saya yang setkan. Dia pon bnyak berbincang dengan saya dlm membuat keputusan.

Seperti biasa, perkahwinan itu kami layari seperti kapal dilautan. Sekejap tenang sekejap ribut.

Allahu suami saya mmg penyabar tapi kurang romantis. Alhamdulillah saya berjaya habis belajar dan bekerja.

Tahun ini adalah dugaan terbesar buat kami. Saya disahkan ada kaser tahap 4. Kanser tu masih dalam siasatan.

Ia menyerang tlg belakang saya. Awalnya cuma sakit pinggang tapi Allah menduga tanpa henti. Dari saya blh berjalan, sakit pinggang, tak boleh berjalan dengan betul, kini semua pergerakkan memerlukan suami membantu saya.

Alhamdulillah, suami tak tinggalkan saya. Dia ada dari awal saya sakit. Dia lihat kesihatan saya yang semakin merosot. Dia bantu saya. Dia layan karenah saya.

Dia penat tapi dia buat. Dia lgsg tak tunjukkan die sedih awalnya. Namun satu hari die menangis. Merah mata dia. Saya jadi sedih, bagaimana lah dia bila saya tiada nanti. Bolehkah dia uruskan hidup dia.

Cukup ke makan minum dia. Saya risaukan dia. Cukup risau kan dia. Saya tahu dia mampu teruskan hidup tapi harap2 dia kuat tanpa saya disisi. Saya tak tahu bila saya akan pergi tapi perasaan risau tu sentiasa ada.

Aku doakan kau sentiasa dirahmati Allah, Allah sentiasa menjagamu. Moga Allah berikan rezeki, kesihatan dan kejayaan dunia akhirat.

Jangan lupa jaga solatmu. Aku ingin sihat semula agar dapat kita melayari semula perkahwinan kita seperti dulu tapi aku dah tak kuat.

Andai kau berjodoh lagi, carilah wanita yang mampu menjagamu lebih baik dariku. Ku doakan kau dapat bidadari yang akan menjagamu dan memberikanmu zuriat yang soleh dan solehah. Maaf yang tak terhingga dari hujung rambut smpi hujung kaki salah dosaku.

Jika rasa cerita ini dapat beri manfaat boleh la kongsikan kepada ramai agar.eamai dapat manfaatnya.