Seminggu kami hadap paip singki bocor sampai banjir tp bila tukang paip dtg takde pula bocor. kadang2 terdengar org main didapur.

Aku dapat kerja dekat 1 franchise fast food ni.

So aku kene attend training dekat PJ untuk 2 bulan before start kerja. So, semua trainee akan ditempatkan di apartment yang company dah sediakan.

Apartment tu dekat setapak. Apartment tu besar la jugak. Ada tiga bilik. Tapi disebabkn bilik2 tak de kipas and kami ramai, so kami tidur bersama-sama di ruang tamu. Minggu pertama ok je semua. Training ok, rumah pun ok.

Seminggu kemudian, kami berhadapan dengan masalah paip bocor. Paip yang bocor tu paip sinki. So banjir la dapur kami.

So, kami pun report dekat company untuk repair. Tapi company pun amik mase jugak la nak hantar tukang paip. Jadi, kami pun try la repair. Ikat la join2 paip tu supaya air tak leaking.

Dia bukan hari2 banjir tau. 3 hari banjir, 4 hari kering. 2 hari bajir, 5 hari kering. Macam tu lah hari2 kami.

Bagi kami kemuncak ganguan ialah bila pintu rumah kami diketuk dengan kuat sekali. macam ada orang yang rush nak masuk tapi tak de kunci.

So member saya tanpa berfikir panjang bukak la pintu tu.Tapi yang masuk hanyalah angin. Angin yang sejuk lalu sekali dan hilang. So member ni tadi tengok sekeliling tak de orang. Pintu grill pn kunci. So die tutup la pintu.

Beberapa minit kemudian baru die terfikir. Jarak pintu grill dengan pintu rumah kami agak jauh. Lebih kurang 2meter.

So sape yang panjang sangat tangan boleh ketuk pintu tanpa melepasi grill tadi. But die diam je. Just buat tak tahu.

2 hari lepas tu die sakit. Pening tak boleh makan.Muntah2. At last, kami hantar dia ke hospital. Then parents dia ambik bawak balik.

Then kami pun terus hidup dengan ganguan air, ketukan pintu, dan dapur yang bising. Tak ada siapa yabg berani duduk rumah sorang2.

member yang balik ni tadi, pergi berubat. Dia cakap die memang kene kacau dengan benda tu. Sebenarnya kita lalu tempat dia. Tapi tak tau bende tu apa.

Membe lagi sorang pulak dapat mimpi. Ada seorang pak cik datang cakap anak dia cakap tu rumah anak dia. Tapi anak dia tak duduk situ. sebab takut.

takut kenapa pun tak tahu. Dia pun tak pasti yang dia nampak budak diri dekat luar balcony tu mimpi atau betul2.

So kami pun teruskan training kami walaupun diganggu. Hanya solat dan doa yang mampu kami iktiarkan pada waktu itu. Tapi, lama2 kami jadi terbiasa dengan gangguan tu.

Lepas 2 bulan kami keluar sebagai pekerja untuk franchise tersebut. Tak tahu la apa yang jadi dekat situ, tapi memang tidak untuk kembali ke situ.