Lepas atok mninggal, Opah sering diganggu. Bunyi cakar sana sini. Rupanya ketika Atok mninggal, ada org bagi something.

Cerita ni, saya nak kongsi untuk tujuan teladan dan juga berkongsi pengalaman yang berlaku kepada opah saya dulu.

Kini, opah dah tinggal di rumah anak2 sebab dah tak boleh jalan selepas kena strok. Dan arwah tok dah meningggal 15tahun yang dahulu. Al Fatihah..

Cerita ni terjadi selepasnya kem4tian arwah tok yang meningggal akibat sakit tua. Selepas tok meningggal, anak2 pah ajak pah duduk di rumah mereka.

Masa tu pah masih kuat, sihat,aktif ke masjid dan kebun. Tapi, orang tua bukan suka sangat duduk di rumah anak.

Tambah-tambah pulak kawasan perumahan bandar tak kena dengan jiwanya. Jadi, dengan berat hati anak2 terpaksa relakan pah duduk seorang diri. Tapi, anak2 tetap ambil giliran balik kampung.

Tapi, biasanya waktu senja kan dah tutup pintu dan tingkap. Kemudiah, pah cakap 2 malam berturut-turut dia mimpi dia berjalan dalam hutan dan bunyi kuat datang dari atas.

Bila dongak ke atas, pokok-pokok yang sekelilingnya nak tumbang tapi tergantung (maksudnya tak hempap pah).

Kita memang cakap mainan tidur. Tapi kalau dua kali mimpi yang sama, musykil juga kan? Dan bila pah tutup pintu nak tidur, ada yang mencakar2 pintu bilik pah.

Pah seorang yang kuat semangat, berani.. Asalnya miskin sangat2 tapi berkat kerja kuat dia, semua anaknya masuk universiti dan maktab.

Jadi, bila ada gangguan macamtu pun keras hati dia taknak tinggalkan rumah. Dia cuma cerita pada anak-anak dan dia minta duit nak renovate bilik katanya.

Cuaca pun sejuk jadi memang sedap nak tidur. Pakcu aku, masa nak naik tangga untuk ke bilik di tingkat atas, dia nampak seekor makhluk hitam berbulu bertinggung kat tepi sinki.

Makhluk tu pun tenung je pakcu aku. Tapi, pakcu aku pun boleh tahan berani, dia sergah suruh makhluk tu pergi tapi dia tetap je bertinggung situ.

Jadi pakcu aku mulakan bacaan ayat-ayat suci, berlari makhluk tu ke dalam bilik air dan terus hilang. Sempat juga makhluk tu langgar rak pinggan mangkuk jadi jatuh berkecai semuanya.

Akibatnya, bangunlah semua orang. Jadi mama dan adik beradiknya buat keputusan, esoknya nak panggil ustaz untuk dibawa ke rumah.

Kami yang budak-budak ni masih tak faham tapi, dari riak muka mak-mak kami, kami faham ada sesuatu menakutkan telah berlaku. Jadi malamtu semua tidur berhimpit tepi mak masing-masing..

Gangguan pun dah tak ada. Pah tinggal seorang diri bertahun-tahun lamanya. Tapi, sekarang kaki pah dah tak kuat. pah tinggal di rumah anak-anak dengan pembantu lagi.

Berakhirlah cerita saya. Maaf, kalau kurang berbanding cerita yang lain. Jika bermanfaat boleh kongaikan pada yang lain