Ayu kerap hina keturunan aku. Satu hari aku terkejut Ayu terima akibatnya dan terus jumpa aku utk minta maaf.

Nama aku Zira anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Aku dilahirkan lewat tahun 80an dan aku rasa korang boleh agak umur aku berapa tahun ni kan?

Antara tiga beradik aku adalah insan yang bukan jenis suka bercakap banyak, lebih suka diam dari merapu dan suka menyendiri sampaikan aku digelar sombong oleh rakan sebayaku.

Kenapa aku jadi begini? Ini adalah kisahku
November 22 2010

“Ziraaa…ziraaa…..ziiiraaa”

Aku terdengar lagi, nyata ini bukan mimpi. Aku tengok roommate aku dekat katil atas sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah, manakala aku masih terpinga-pinga mencari dari mana punca suara itu.

“Apa yang kau cari tu Zira, aku ada hampir bener dengan kau. Bukankah kau suka membaca kisah kisah seram makhluk seperti aku ni? Yaaa aku datang untuk engkau Zirraaaa”

Dalam tak sedar satu tubuh aku menggigil bukan sebab sejuk tapi memang keseraman inilah yang aku cari sebab aku memang gemar membaca kisah-kisah seram di muka buku tetapi satu pun tidak memberi kesan kepadaku.

Tanpa aku sedari, seluarku basah. Aku tidak dapat tahan dengan tahap keseraman ini terus aku membaca ayat-ayat pendinding iaitu 3 Qul dan ayat Qursi.

Aku segera membersihkan diri dek banjir tadi hancing pulak satu bilik kalau dibiarkan. Selepas semuanya selesai aku tidak lagi mendengar suara tadi dan aku kembali tidur.

Seperti biasa aku hanya mampu cerita dekat kawan aku namun yang keluar dari mulut dia itu mainan tidur sahaja.

” Tu la kau suka baca kisah seram suka hantu-hantu kan dah kena sampuk”

Aku : Dah nak buat macam mana Siti setiap orang ada hobi. Aku memang suka baca kisah seram.

Pada pagi Jumaat 22 November 2010 (cuti sebab tiada kelas).

Memang kehidupan aku kat kolej ni Siti seorang sahaja yang faham perangai dan hobi aku tapi kawan yang lain semuanya menjauhkan diri daripada aku siap kata aku psiko lagi sebab percaya benda benda tahyul ni.

tiba-tiba kecoh satu kolej bangunan aku Ayu tiba-tiba pengsan semasa dia sedang sedap gosip pasal keluarga aku pada rakan-rakan dia.

Aku dan Siti apa lagi terus ke bilik Ayu yang mana biliknya bersebelahan dengan bangunan dorm aku.

Ketika aku dalam perjalanan menghampiri bilik dia di tingkat 4. Aku rasa bergoyang lutut aku naik tangga dengan tiada lif, aku perasan dengan sekilas penglihatanku di depan pintu bilik Ayu seorang gadis berpakaian melayu zaman dahulu sedang senyum puas.

Aku terhenti seketika sambil membaca ayat pelindung. Kawanku Siti hairan dan bertanya kenapa aku berhenti melangkah sebab dah nak sampai bilik Ayu ni?

Aku hanya diamkan diri dan gadis itu terus menghilang. Ketika di dalam bilik Ayu ada 10 orang rakan pelajar lain.

Ustaz Fendi : Asalammualaikum

Ayu : ……….

Ustaz Fendi : Bukan islam?

Ayu geleng-geleng kepala.

Ustaz Fendi : Kenapa kau ganggu budak ini?

Ayu : Mulut dia celupar, jahat menghina keturunanku.

Ustaz Fendi : Siapa keturunanmu?

Selepas ustaz soal dia terus mata Ayu menjegil kearah aku sebentar sambil senyum, Ayu kembali pengsan.

Aku ketika itu dah rasa lain macam benda yang merasuk Ayu ni. Selepas semuanya selesai Ustaz Fendi suruh kami semua bersurai dari bilik Ayu dan rakan sebiliknya.

Selepas dari kejadian tu malam tersebut Rohana secara kebetulan terserempak dengan “aku” sedang makan di medan selera kolej kami jam 9 malam dan “aku” berseorangan katanya.

Serta merta Rohana temankan “aku” makan dan terus menceritakan apa yang terjadi siang tadi.

Jam hampir menunjukkan pukul 5 petang. Ayu terjaga dari kejadian tadi dengan sakit seluruh badan dan pelik kenapa dia dengan Rohana sahaja dalam bilik sedangkan tadi masa sembang ramai.

Dalam masa yang sama aku dengar benda tu kata, “Jaga mulut kamu, jangan kerana mulut badan kamu binasa! Jangan kau hina keturunanku!!!”. Selepas aku dengar dia cakap macam tu terus aku tak ingat apa dah.

Rohana : Tu lah kau Ayu mulut jangan mengata orang sangat tengok apa dah jadi.

Ayu masa ni dalam keadaan lemah aku malas nak berleter sangat. Ya, memang Ayu ni mulut dia macam buntut ayam tapi hati dia baik, tak suka berkira, ringan tolong kemas bilik, suka pula belanja aku makan.

“Aku” : Baik apanya macam tu Rohana, dia mengata keturunanku. Baik kah begitu? (Dalam keadaan senyum)

Beepp. Beeppp. Beeppp.

Rohana : Alamak jap ada call.

“Wassalam Zira? Eh Zira?” Rohana terkejut sebab aku telefon dia sedangkan aku ada di
hadapannya.

Aku : Assalamua’laikum Rohana

Rohana : Wassalam Zira..Eh, Zira?

Aku : Halo! Weh Rohana, halo?. (Tiada suara yang menjawab).

“Weh korang, aku call Rohana dia jawab wasalam terus senyap ni. Aku dengar lepas tu masa bunyi ada benda jatuh, pastu ada kedengaran bunyi hilaian”

Ya memang aku ada dengar bunyi seolah-olah macam kepala Rohana terhantuk serentak dengan bunyi hilaian ketawa jelas kedengaran.

Tanpa membuang masa aku terus mengajak si Ayu dan kawan sebilik aku ni Siti mencari Rohana. Jika dia membeli bungkus makanan sudah semestinya ada di medan selera dan tekaan aku tepat. Memang Rohana terbaring dikelilingi rakan pelajar yang lain.

Sebaik sahaja Rohana sedar, kami terus bawa dia balik bilik untuk berehat sekejap dan ya aku tengok dahi dia bengkak akibat terhantuk lantai masa pengsan tadi.

Walaupun mata ni dah macam panda tapi aku gagahkan juga baca sampai habis. Sampai bahagian “Belaan Saka” terus kepala aku pening, rasa berat sangat dan aku tertidur.

“Selama ini kau menjaja kisah keturunanku kepada kawan-kawan kau. Kau hina keturunanku! Ya, aku adalah Dayang Fatimah, moyang kepada datuknya si Zira. Lagi sekali kau hina keturunanku, nahas kau aku kerjakan!”

Ayu : Isk..isk..isk.. Aku minta maaf! Aku minta maaf, aku janji tak akan hina keturunan kau lagi Dayang Fatimah. Aku minta maaf!

Aku : Dalam keadaan bilik gelap aku terkejut dan dapat dengar jelas Ayu mengigau minta maaf dan sebut nama Dayang Fatimah, moyang kepada datuk aku? Belah mana?

Nantikan sambungan aku mengenai siapa sebenarnya Dayang Fatimah dan adakah benar beliau moyang kepada datukku? Sebelah mak atau ayahku? Aku akan ceritakan sampai habis ya.

P/s : Aku harap jangan mengutuk keturunanku nanti buruk akibatnya.

Edited by: Rasian Khaisar