Aku pengemar kopi. Hari tu teringin sgt minum kopi tp takde duit. Aku satu laci ni tiba2 ada kopi. Ajaibnya dan aku terus buat minum

Hasil belajar tauhid setakat ini dari Aa Gym, Ustaz Hannan Attaki dan Ustazah Teh Haneen Akira:

Kalau nak apa-apa sekali pun, minta ke Allah. Hatta kalau nak garam sekalipun, minta ke Allah dulu meskipun syariatnya nanti kita yang pergi beli di kedai.

Hanya Allah yang boleh membolak-balikkan hati manusia.

Hanya Allah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.

Semuanya bergantung kepada Allah.

Kalau Allah tak bagi, tak ada sesiapa dapat bagi. Kalau Allah nak bagi, tak ada sesiapa dapat menghalangi.

Lepas minta minum kopi aku jadi lapar juga ya. Aku pun minta dapat makan yang enak-enak tapi dalam hati tu terdetik nak makan pisang goreng dengan keropok lekor macam yang kawan ofis aku selalu beli. Terus menerus minta sama Allah sambil bekerja. Sambil istighfar. Sambil berzikir.

Tak lama lepas tu aku gerak ke meja dispenser air. Aku pun buka laci nak ambil cawan untuk minum air.

Tersalah buka laci, jumpa satu beg kopi pra-campuran yang dah lama aku lupakan. Ya Allah. Memang betul-betul kau bagi aku minum kopi! Bukan satu tapi dua cawan aku bancuh,.

Tengok Maha Baiknya Allah.

Aku tu selalunya sengaja lewat-lewatkan solat Asar gara-gara kerja. Pulang ke rumah dulu baru solat.

Tapi aku dah lama berazam nak solat Asar awal waktu tapi aku harus jaga wudhuk sebab kalau tak, aku mesti akan ambil masa yang lama untuk solat.

Aku pun makanlah hahahha. Banyak juga. Tanpa segan silu. Sambil bersyukur Allah bagi aku betul-betul apa yang aku nak.

Aku pun teringat cerita Ustaz Hannan dapat beli rumah yang bernilai Rp. 700 juta dengan harga Rp. 300- 350 juta asbab solat Asar awal waktu berjemaah di masjid dengan isterinya sekali. Dia jumpa dengan orang yang nak jual rumah tu dekat masjid selesai solat.

Aku tadi lepas solat Asar awal waktu terus dapat makan apa yang aku teringin nak makan. Tak payah keluar sesen pun.

Tak payah meminta-meminta “belanjalah aku, belanjalah aku” kat sesiapa. Minta kat Allah je. Gerenti dapat, imej pun terjaga.

Dengan syarat: Buat cepat apa yang Allah suruh. Buat lebih-lebih sikit. Yang Allah tak suka, tinggalkan. Kalau terbuat, cepat-cepat istighfar.

Nanti Allah ciptakan keajaiban: Rezeki datang dari arah yang tak langsung disangka-sangka.

P/S: Balik lewat malam, aku lapar. Sambil jalan balik, aku minta kat Allah, “Ya Allah, aku nak makan. Ya Allah, aku nak makan, Ya Allah.” Sampai rumah, nasi petang semalam aku masak masih elok. Tak basi lagi padahal dah lebih 24 jam. Ajaib ke sangat ajaib?

Fa amma bini’mati Rabbika fahaddith.

– Aisyah