Tiba majlis kawin , anak P.cik Ramli hilangkan diri. Bila selidik rupa-rupanya jiran bawah rumah buat sesuatu pada mereka.

Bismillahirrahmanirrahim. Aku Tom. Aku ada satu cerita pasal seorang tua ni. Aku gelarkan dia sebagai Pak Nin.

Aku dapat cerita ni pun daripada kawan kepada orang tua tu. Nak harapkan Pak Nin cerita? memang tunggu kucing bertanduklah jawabnya.

Jenis yang tak banyak cakap tapi banyak tindakan ja. Bila ditanya lebih-lebih terus naik angin. Kawan kepada Pak Nin ni aku gelarkan sebagai Pakcik Ramli.

Kisah terjadi kira-kira empat tahun lepas. Lokasinya berdekatan dengan ibu negara. Sebelum tu, aku nak terangkan sedikit hubungan Pak Nin dengan Pakcik Ramli.

Diorang ni satu skuad masa rekrut askar. Otai askar menggelar mereka skuad sekupang. Sama-sama di Port Dickson, sama-sama posting ke Sungai Besi.

Anak Pakcik Ramli ni sebenarnya dah bertunang dan akan melangsungkan pernikahan dengan seorang saudagar karpet dari Pakistan (masa tu).

Segala persiapan dah siap. Malam sebelum hari pernikahan, anak Pakcik Ramli tak balik ke rumah. Sanak sedara dah pun sampai. Lauk pauk untuk kenduri esoknya telah pon hampir siap. Pakcik Ramli dengan isteri kaget.

Hari pernikahan pun tiba. Pengantin perempuan masih tak balik. Pengantin lelaki dan keluarganya dah sampai. Para tetamu tertunggu-tunggu nak tengok sang mempelai.

Isteri Pakcik Ramli hanya mampu menangis. Cukup 24 jam, laporan polis pun dibuat (mengalir airmata Pakcik Ramli masa cerita part ni).

Di antara tetamu yang datang terselit beberapa kenalan satu skuad Pakcik Ramli. Masa inilah diorang berpakat untuk hubungi kenalan yang lain untuk sama-sama menyertai misi mencari anak Pakcik Ramli.

Dipendekkan cerita, tengah malam tu anak Pakcik Ramli telefon. Beritahu lokasi tempat dia disorokkan.

Ketika sampai di rumah, keadaan anak Pakcik Ramli macam orang bodoh. Macam blur. Tak kenal sesiapa walaupun mak ayah dia.

Lagi bertambahlah tangisan isteri Pakcik Ramli. Pak Nin sediakan air jampi untuk anak Pakcik Ramli minum dan mandi dan beberapa ayat amalan.

Esoknya Pak Nin terus berangkat pulang. Pak Nin pesan pada Pakcik Ramli, “jangan risau, lagi dua-tiga hari ingatan dia akan pulih. ada apa-apa nanti aku mai lagi”.

Apa yang Pak Nin cakap tu memang betul. Lepas tiga hari, ingatan anak Pakcik Ramli pulih. Menangis dia peluk kaki Pakcik Ramli sambil mintak maaf.

Rupanya diorang punya ‘guru’ meninggal dunia. Menurut sumber-sumber risikan Pakcik Ramli, ‘guru’ tu tempat rujukan keluarga jiran tu.

Dan ‘guru’ tu pernah pesan dekat diorang supaya jaga baik-baik anak Pakcik Ramli sebab budak tu punca rezeki diorang sekeluarga.

Mungkin sebab tu diorang sabotaj majlis pernikahan anak Pakcik Ramli takut kalau dia dah kahwin nanti tak boleh nak belanja diorang lagi. Entahlah. Aku sendiri pening dengan motif diorang ni.

Lepas dengar cerita Pakcik Ramli, aku cuba selidik cerita disebalik tabir Pak Nin pulak. Katanya “guru tu buat serangan jarak jauh.

aku tepis dan balikkan kat dia.tak tau pulak barang yang dia hantar tu boleh bawak maut”. Itu jelah yang aku dapat dari mulut Pak Nin. Nak tanya lebih-lebih? Aku dengar Pak Nin tinggi suara pun dah nak gugur jantung.

Kesimpulannya, bawak-bawaklah sucikan hati (qalbu) supaya tak mudah dirasuk nafsu sampaikan nak menjahanamkan kebahagian orang lain dengan alasan yang rapuh (alasan kukuh pun tak boleh tau).

Ingat, guru banyak guru. Pilihlah yang betul-betul. Lagi satu, rezeki tu telah Allah Azzawajal tetapkan semenjak kita dalam perut ibu lagi.

Takkan bertambah dek pertolongan dari apa-apa pun dan takkan berkurang dek halangan dari apa-apa pun. Hadamkan ye. Terima Kasih Admin. Assalamualaikum.