Sy tak jangka keluarga sanggup buat mcm tu. Sy cuba utk tidak putuskan hubungan kekeluargaan tp semakin lama sy makin jauh

Sebelum itu. Cukup lah kenal aku dengan nama Insan, perempuan, merupakan seorang pelajar.

Aku disini cuma ingin berkongsi kerana aku tiada tempat dan siapa untuk aku bercerita kerana aku malu.

Aku bongsu dalam keluarga,ada abang dan ada kakak.Bilangan kakak dan abang aku biarlah rahsia tapi cukup aku cerita aku 6 beradik sahaja.Abang dan kakak aku ada yang dah kahwin dan ada yang belum.

Kalau orang tanya aku anak keberapa,ramai yang akan cakap untungnya aku anak bongsu,segala kasih dicurahkan.Aku hanya senyum,tak akan aku buka aiib keluarga.

Kenkadang aku rasa,aku yang terlebih sensiitif.Sepanjang hidup aku,tiada siapa pun yang endah.

Sampai lah aku sekolah mula sekolah menengah,aku mula makin nampak perbezaan perhatian dan aku seakan-akan dipulaukan oleh adik beradik sendiri.

Kadang-kadang aku cakap mereka tak layan,mereka borak sama-sama gelak sama.Kadang-kadang aku ada juga nak bercerita apa yang aku alami dekat sekolah,namun mereka nampak remeh sebab mereka dah berada di alam pekerjaan,lebih mencabar dan isu aku ni remeh sahaja.

Aku diam tapi aku cuba nak rapatkan siraturahhim.Nak juga rapat macam adik beradik orang yang lain,nak rasa juga disayangi sebagai yang bongsu.

Jadi,aku fikir kalau aku belajar pandai-pandai mungkin akan ada perhatian kepada aku.Ibu bapa aku pun sama.Mereka layan endah tak endah ibarat ambik hati aku sahaja.

Tak dapat tolong.Itu pun banyak alasan yang diberikan.Tapi kalau sesama diaorang,laju sahaja.Sedihnya,aku mengemis dekat keluarga sendiri,darrah dagiing sendiri..

Cemburu aku dekat keluarga lain yang eratnya hubungan diaorang.Apa yang aku cerita dekat group keluarga,mula-mula adalah respon semua ibarat menjaga hati lama-lama aku dipulaukan.

Malah aku whatsapp ibu bapa aku pun mereka tak balas.Bluetiick.Aku tidak kisah sangat pada mulanya,aku pegang prinsip biarlah asalkan aku tak nak putus siraturrahim.

Tapi makin lama makin teruk,aku dipulaukan,orang tidak kesah dekat aku.Abang dan kakak duduk dekat semuanya tapi aku boleh kira berapa kali je diaorang jenguk aku selama bertahun-tahun aku dekat sini.

Diaorang rapat sesama diaorang,ambil berat sesama diaorang tapi bukan dengan aku.Aku ini beban,mungkin semak di mata diaorang.

Ibu bapa aku tak endah kan aku,mungkin mereka fikir ini anak terakhir mereka,perkara yang dah mereka lalui,tak penting.

Yang penting akak dengan abang aku sahaja,mereka tengah lalui alam pekerjaan,alam rumahtangga,benda-benda first time ibu bapa aku rasa.Aku saki baki sahaja.Mungkin mereka lupa,tapi ini saat pertama kali aku lalui.

Aku nekad.Aku redha.Ini ujian Tuhan bagi dekat aku.Sakitnya aku bila keluarga yang aku sayang buat aku macam ini.

Aku rela diherrdik,di kejji daripada dilayan hanya untuk jaga hati aku,di layan dengan pura-pura,digelakkan dan dikutuk belakang aku.

Aku tiada tempat nk mintak nasihat.Aku celaru ,aku dah retak dari dalam.Aku dah hilang kata-kata positif dalam hidup aku.Aku dah rasa hilang.

Bila aku berkeluarga nanti,akan aku hari-hari kasih anak aku,akan aku luahkan kepada mereka supaya mereka tidak rasa sakitnya hidup aku yang tidak pernah sekali mendengar perkataan sayang dari keluarga sendiri.

Aku nekad untuk lalui semua ini sorang-sorang.Cuma,aku mintak kepada siapa yang membaca ini,bagilah aku semangat supaya aku terus kuat,aku tidak rasa sedih sebegini lagi.

Orang kata keluarga je satu-satunya yang akan ada selalu untuk kita,tapi untuk aku,aku ada diri aku sahaja.

Jalan untuk redha itu payah,tapi aku percayakan Allah.Aku akan hormat mereka dan aku akan sayang mereka,walaupun aku tidak diperlakukan seperti yang sama.

Terima kasih kerana membaca,hilang sedikit beban yang berpuluh tahun aku tanggung seorang diri.