Baru kahwin 2 bulan org dah jeling perut kita. Kadang-kadang rimas dgn soalan “bila nak dpt anak” oleh makcik bawang.

Akak tengok ramai sangat pasangan yang kawin tapi belum ada anak. Dan selalunya menda ni jadi masalah pulak dalam rumahtangga.

So, akak nak bagi tips lah kepada pasangan ni semua terutamanya perempuan. Tips macam manakah?

Tips nak elakkan dari streess dan menyampah dengan soalan dan tekanan orang. Ya memang. Bila kau kawin pastu lambat dapat anak, memanglah orang selalu tanya.

Kadang akak fikir, kenapalah kau sibuk orang tu bila nak ada anak bagai? Ingat dia kawin dia lepak-lepak minum kopi je ke atas katil tiap malam?

What the? So soalan akan sentiasa di tanya lah kan. Jawapan akak dulu memula memang sopan dan sayu jelah kan. Tapi lama-lama jawapan akak lebih kepada menyentapkan orang je balik dengan harapan orang tu tak tanya lagi.

Contoh jawapan yang akak akan guna bila dah jelak dengan soalan ni semua adalah “saya pun tak tahu la acik. plan Allah memang saya tak dapat download lagi. pending”
“malaslah nak fikir.

nak enjoy je dulu. ada anak ni kang nak kemana pun susah“kita ni sapalah nak paksa-paksakan perut ni mengandung. Allah lebih tahu acik oi”

Kadang akak tak jawab pun. Akak heh kan aje.
Itu antara ayat akak lah. Lantak lah situ kalau dorang nak sentap ke apa kan. Kau dah 7 tahun tanya aku bila nak ada anak kan. Tak paham-paham lagi kah? Hahaha.

2. Jangan selalu tengok post orang yang update pasal anak dorang
Menda ni memang bersepah. Kawan-kawan kita memang selalu update pasal dorang kan.

Kalau suami kau tak begitu, bolehlah ajak dia keluar. Tenangkan fikiran. Selalu ke masjid/surau berjemaah pun lagi bagus.

4. Banyakkan baca quran dan hari-hari solat jemaah

Yang ni memang akak terapkan sebagai aktiviti harian akak. Dan paling penting, tolonglah berjemaah dengan suami kau dapat satu waktu solat pun jadilah.

Senang je nak buat korang rajin jemaah ni. Waktu isyak dan subuh paling praktikal. Solat jemaah ni akan latih kau orang solat awal waktu.

Ingat, kau nak Allah bagi kau anak cepat kan. So kau akurlah dengan perintah pencipta kau ni supaya solat di awal waktu. Takde bayaran yang diminta olehNya pun.

Macam-macam cara nak tolong. Jangan rasa terbeban. Nak-nak dengan keluarga dan saudara-mara. Jangan pernah ada rasa kedekut dan berkira. Kalau tak mampu, kita terus terang. Jangan risau, orang akan faham.

7. Be positive !
Sentiasalah berfikiran positif. Rileks dan tenang aje. Jangan melara sangat bila kita lambat dikurniakan anak.

Part kita adalah doa dan usaha. Jadi janganlah putus harapan dan keyakinan. Kalau takde rezeki sampai mati pun, tak apa.

Akan ada kegembiraan untuk orang macam kita di sana nanti. Allah dah janji.
Percayalah 

Akhir sekali, akak mohon kita sama-sama muhasabah diri juga. Kalau kita benar-benar mengharap keajaiban dari Allah, maka kita kena baiki diri kita.