Masa kami berjalan, benda tu dah buat job dia. “Lain kali jgn main2 di tempat ni. Mlm tempat dia” kata Pakgad.

minum kopi tengah-tengah malam ni, aku nak bercerita tiga kisah seram aku semasa aku menuntut di Kolej Matrikulasi di sebuah negeri nasi kandar pada suatu masa dahulu.

Ya, sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Polimas, aku masuk belajar di KM** dahulu selama satu tahun. Panjang kisah hidup aku ini. haha

Sebagai pendahuluan, di matrikulasi aku ada tiga jurusan iaitu, Hayat (Biologi), Fizik dan Akaun. Aku seorang budak Hayat dan seorang lelaki.

Dah rasa macam duduk dalam penjara pun ada haha. Kami ada jugak join dan berkawan dengan budak fizik tetapi hanya untuk bermain bola sepak dan bersukan sahaja.

Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama kerana kami satu kuliah. Daus dan Acik tinggal di bilik yang sama di aras 3 blok C4. Manakala aku tinggal dengan tiga roommate aku yang lain di aras 2 blok C4.

Dua dari roommate aku juga budak hayat dan seorang budak fizik. Daus dan Acik suka melepak di bilik aku kerana pada masa itu kami gemar bermain game ‘PES’ di laptop aku.

Kolej Matrikulasi ini boleh tahan banyak kisah seramnya. Dan yang paling femes adalah hantu Makcik Karipap yang dikatakan memang origin dan berasal cerita itu daripada kolej ini. Tapi entahla..

Kisah Pertama: Galah di atas padang

Di suatu malam yang hening. Jam menunjukkan pukul 12.15 pagi taktala ramai pelajar lain hendak melelapkan mata kerasa esok ada kelas yang amat padat, Daus dan Acik yang masih leka melayan game sedang aku melayan mesej skandal-skandal aku di atas katil. Tergetus di hatiku perasaan bosan.

Acik dan Daus bersetuju. Lagipun kami tak pernah lepak di astaka tu memalam buta. Nak try lah juga kan mana tahu best atau tidak.

Kami pun bersiap mengambil henfon dan berpakaian gelap untuk melakukan aktiviti terlarang itu. Setelah turun tangga kami pandang sekeliling melihat kelibat motosikal pakgad yang meronda di malam hari.

Kami ikut laluan yang tiada lampu jalan dan berjalan merentas padang yang gelap sebelum sampai ke astaka tersebut. Keadaan malam yang sunyi dan sejuk itu memberikan kami ketenangan.

Sesampai kami di astaka tersebut kami pun memanjat ke tingkat paling atas sambil melihat pemandangan ‘highway’ yang terletak betul-betul di sebelah astaka tersebut.

Sungguh indah pemandangan malam itu. Sedang kami asyik berbaring dan berborak di atas astaka sambil ditemani lagu Coldplay sambil melihat bintang,

Perasaan sudah rasa lain macam. Jantung sudah mula berjoget. Peluh bercerau walaupun keadaan malam yang dingin. Tiba-tiba Daus menjunjukkan sesuatu menggunakan bibir dia ke arah padang di tepi astaka.

Aku dan Acik melihat ke arah tersebut. Alangkah terkejut beroknya kami apabila terlihat sesusuk tubuh yang panjang lebih kurang 3 meter, berambut panjang meleret di lantai padang, dan terlihat mulutnya yang rahangnya jatuh ke tanah sedang mengengsot-ngengsot badannya ke arah kami. Tergetus di dalam hati aku ‘Mak aii natang apa panjang macam naga ni!!’..

Tanpa sepatah perkataan Acik meluru lari turun dari astaka dan diikuti oleh aku dan Daus. Kami membuka langkah seribu berlari merentasi padang.

Sedang kami berlari melintasi padang itu terdengar jeritan ‘Woi! Woi! hampa nak pi mana??’ Aku toleh ke tepi, terlihat kelibat motosikal pakgad berada lebih kurang 100 meter dari kami sedang mengejar kami.

Kami berlari pantas ke bilik aku dan naik ke bilik dan terus mengunci pintu. Tercungap-cungap kami dibuatnya hingga mengejutkan Loh (Chinese) housemate aku yang sedang tidur waktu itu.

Kisah Kedua: ‘Pontianak lagi mau ngikut’

Kisah kedua yang aku nak kongsi ini adalah berkait dengan aku, Daus dan Acik juga. Garis masanya adalah diwaktu study week sebelum final exam semester dua.

Seperti biasa study week adalah masa dimana semua pelajar bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran last minit sebelum peperiksaan. Dan tidak ketinggalan juga kami bertiga yang berhempas pulas buat study group di bilik aku.

Akibat terlalu gigih study (kononnya), kami berasa lapar. Aku memberi cadangan untuk memasak megi dengan water heater sahaja namun Ariff (satu kuliah dengan kami) yang kebetulannya join study group kami bertiga menyuarakan idea dia yang agak gila. Jam menunjukkan pukul lebih kurang 1 pagi.

Ariff: Woi, jom fly..pi makan kat kedai luaq
Aku: Fly?? hang biaq betoi.. ikot mana? kedai kat mana?
Ariff: Aku pernah fly la ngan housemate aku bebudak fizik. Hampa ja peghakk ingat hampa power..haha
Daus: Woi jom! best ni ‘adrenaline rush’ geng..
Acik: Aku on saja..
Ariff: Ok, aku bawak hampa. Dont worry benda senang.. tapi hampa pi tukar baju gelap-gelap dan sesuai untuk lari dulu. Nanti kita jumpa kat bilik Dan.

Setelah selesai Daus, Acik dan Ariff menukar pakaian mereka, mereka pun tiba di bilik aku. Kami meletakkan henfon kami dalam ‘silent mode’ dan aku memasukkan wallet dalam poket.

Perasaan ketika itu bercampur baur antara seronok, takut kena tangkap, lapar dan takut jumpa hantu. Kerana pelbagai cerita kami dengar mengenai Makmal Biologi. Kononnya laluan bunian lah. Ada langsuir lah.

Setelah melalui makmal biologi dengan selamat dan tiba di sebatang jalanraya di tepi tasik di sebelah makmal biologi, Ariff check keadaan sekeliling.

Dah macam askar kami malam tu buat ‘Black-Ops’.haha . Ariff memberi signal tangan untuk kami ‘cross’ jalanraya itu dengan cepat kerana dari situ kami boleh lihat Security post dengan jelas dan risiko untuk kantoi adalah tinggi.

Setelah Ariff lepas ‘cross’ jalanraya itu, kami pula mengikut seorang demi seorang. Akhirnya tiba kami di tasik di dalam kampus ini. Kami berjalan menuju ke pagar yang diperbuat daripada ‘zink’ di tepi tasik itu.

Ariff mengeluarkan handphonenya untuk menyuluh ke arah pagar zink untuk mencari ‘lubang tikus’ tempat orang fly. Tiba-tiba kami terdengar bunyi motosikal.

Budak fizik ada, budak akaun ada haha. Sedikit lega di hati aku kerana kalau kantoi semua kena, bukan aku sorang. Kami pun memesan makanan dan makan dengan rakusnya akibat kelaparan.

Kebetulan pula malam tu ada ‘Live’ Chelsea vs Man United di televisyen. Menang besar lah kami malam tu bersorak tengok bola!

Usai perlawanan bolasepak, kami pun mengikut group-group yang lain untuk pulang ke kolej.
Memang ramai, adalah dalam berbelas orang malam tu.

Jadi tiada perasaan takut waktu itu untuk melalui ladang kelapa sawit. Setibanya kami di pagar kolej, seorang demi seorang masuk dan lolos melalui pagar itu termasuk aku, Ariff, Daus dan Acik.

Dan kemudian kami berempat berjaya cross jalanraya tanpa dikesan. Tetapi alangkah malangnya terdapat beberapa orang yang kantoi semasa mereka cross jalanraya.

Usai kami kelentong pakcik tadi kami pun balik ke blok asrama dengan geli hatinya. Selamat dari tertangkap dengan idea licik aku haha. Setelah pulang kami pun sambung main PES sampai subuh dan tidur.

Keesokan harinya kami dengar ada tiga orang kena tangkap dengan pakgad dan warden akibat fly. Dan kami bernasib baik tak tertangkap malam tu.

Tapi malam kelima study week, hanya aku, Daus dan Acik study group bersama, Ariff study berseorangan. Setelah lelah mengulangkaji pelajaran, Daus memberi cadangan untuk fly lagi malam tu (Jam 11 malam).

Daus: Wei jom fly, nak release tension la. Lagipun aku teringin nasi goreng cili padi warung tu lagi. Mantop…
Acik: Kau pergi la ajak Ariff, lagi ramai lagi best.
Aku: Ariff dah takmau fly dah, ni aku mesej dia. Dia kata dia takut kena tangkap. Tapi dia mintak tapaukan nasi goreng cili padi.
Daus: Ala.. kita pi bertiga sudah la. Lagipun kita dah tau jalan kan Jom siap tukar baju!

Kami bersetuju sebab prinsip kami ‘Sek Kito jangey pecoh!, mandi lanjey!’ haha. Kami pun memulakan perjalanan kami.

Sedang kami berjalan, aku terlihat Acik sengaja curi-curi cuit bahu Daus dengan niat mengusik dia. Mereka kemudian bertumbuk, bersembang dan bergelak ketawa.

Tetapi tiba-tiba gelak tawa mereka terhenti dan mereka merapati aku yang leka bermain telefon.

Daus: Dan, jalan laju sikit
Acik: Cepat Dan.

Aku tak banyak bersoal terus mengikuti arahan mereka. Kami berjalan seolah-olah berlari. Tetapi kami tidak berani berlari. Takut dikejar sesuatu pula.

So kami berlagak cool. Sesampainya di warung itu, aku lihat tak ramai pelanggan disitu. Tiada pelajar kolej kami hanya tiga empat orang penduduk kampung sedang rancak bersembang. Aku yang bingung dengan arahan Daus dan Acik tadi terus bertanya:

Aku: Woi cik, asal tadi? Kenapa tiba-tiba korang cuak semacam
Acik: Kitorang terbau ‘something’ la tadi. Nak kata wangi tidak, busuk pun tidak. Tapi bau tu tak sepatutnya ada di dalam ladang kelapa sawit lah senang cakap..
Daus: Weiii… group lain tak ada la harini.. Aku takut la nak balik japgi. ingat boleh join group lain..huhu
Aku: Alahh..apa nak takut..haa order-order. jangan lupa Ariff mintak tapau tadi..

Sedang kami berjalan, ‘benda’ tu sudah buat ‘job’ dia. Kami terdengar ada benda melompat-lompat dari satu pohon kelapa sawit ke satu pohon yang lain.

Daus dan Acik menghimpit aku ditengah. Perjalanan kami semakin laju. Tiba-tiba ‘benda’ tu mengilai. ‘HEEEEEEEEHIHIHIHI…HEEEEEEHIHIHIHI…’ Hilaian dia bergema ke seluruh ladang itu. Tapi bunyi itu seakan jauh dari kami.

Daus seakan-akan mahu lari. Aku sempat menarik tangan Daus, kerana bimbang Daus akan berlari dalam gelap seterusnya hilang ke apa ke.

Kami melajukan rentak kaki kami. Sambil mulut terkumat-kamit membaca doa sampai Al-Fatihah pun dah tunggang terbalik. Setelah seminit kami dengar benda itu melompat dari pokok ke pokok menuju ke arah kami.

Jelas kedengaran bunyi benda itu mengepak terbang ke arah kami. Tiba-tiba dia berhenti betul-betul 50-60 meter di depan kami. Jelas sosok putih berambut serabai berbaju putih lusuh mencangkung di hadapan kami.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke lubang untuk masuk kembali ke kolej. Daus dan Acik dah ‘cross’ lubang itu. Aku yang belum ‘cross’ ni terdengar ada orang bercakap dari rumah kongsi itu.

Pekerja Kontrak: Ada yang ngikut!
Aku: Ha?? (Sambil pandang belakang ke arah mereka)

Aku lihat dua orang tadi sudah bergegas masuk ke dalam rumah mereka. Aku rasa tak sedap hati terus ‘cross’ lubang itu dengan cepat sampai sweater aku tersangkut kat zink itu huhu.

Selepas itu kami teruskan perjalanan dengan perasaan takut. Tiba-tiba aku terpandang pontianak yang kejar kami tadi kali ini tengah sedap bertenggek di atas tali yang merentasi tasik (Tali yang orang main cross tasik tu) sedang memandang ke arah kami.

Aku menepuk bahu Acik dan menunjuk ke arah pontianak tu menggunakan bibir. Acik tengok. Terkejut dia dan terus dia membuka langkah berlari meninggalkan tasik itu.

Nasi Goreng cili padi yang dipegang Acik pun dah terlempar entah ke mana. Padan muka Ariff siapa suruh tak mahu ikut huhu

Kami berlari ke arah Security Post kerana terlalu takut. Pakgad-pakgad terkejut melihat kelibat kami bertiga.

Pakcik tadi pun ‘start’ motosikalnya dan sambil ditemani rakannya mengiringi kami ke arah asrama. Nasib baik lah ada pakcik ni. Selamat kami malam tu.

Pakgad: Lain kali jangan main-main kat tempat ni. Malam jadi tempat dia. Siang tempat kita. Dah pi naik study ka tidoq lantak hampa la..

Aku: Baik pakcik, terima kasih..

Setelah itu kami pun naik ke bilik aku dan tidur. Tiada lagi gangguan cik ponti pada malam itu. Kisah ini menjadi pengalaman buat kami. Dan pengalaman di Kolej Matrik adalah antara pengalaman paling indah dalam hidup aku.

Dan hari ini setelah beberapa tahun aku tinggalkan Daus dan Acik (Bukan nama sebenar) aku benar-benar merindui kalian. Kenanglah kisah ini selamanya. Ceritalah pada anak cucu kita.

Hanya kita yang tahu siapa kita. ‘Bilaaaa aku sudahh tiadaaa..simpan semua laguku..jangan ditangis selalu..’- lagu tema persahabatan kami.

Sekian Terima Kasih’