Aku gadis 25 tahun. Kadang aku nangis, terdetik nape aku tak temui ajal je dan Allah hanya biarkan aku hidup lagi

Saat aku menulis luahan ni,aku dah tak tahu apa yang aku nak buat dalam hidup. Aku tak bahagia langsung.

Kenalkan, aku gadis berumur 25 tahun, aku dah hampir setahun lebih bekerja dalam satu syarikat engineering di ibu kota. Gaji bolehlah lepas sebagai seorang ‘fresh graduate’ lapuk.

Tapi sekarang hujung bulan, jadi aku selalu mengais saki baki duit yang ada. Kalau tak cukup sampai gaji, aku korek tabung. Tapi bukan pasal duit yang aku nak ceritakan.

Apa yang aku fikirkan ialah tujuan hidup aku. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku.

Kadang2 aku menangis dan pernah jugak aku fikir kenapa aku tak temui ajal je. Kenapa Allah masih biarkan aku hidup dalam dunia ni.

Aku pernah je luah kat crush aku, tapi kena reject. Takpalah, aku pun dh tak minat dia.

Aku tak ada komitmen, hutang belajar mahupun loan kereta. Jadi, duit gaji aku cuma nak bg family and mostly habis dengan benda2 yang tak berguna.

Tapi aku bukan macam perempuan lain, habis kat baju atau make up. Duit aku habis kat makanan dan yang balancenya, aku tak tahu. Tahun lepas, aku langsung tak ada simpanan. Tahun ni baru aku start simpan duit.

Aku tertarik tengok orang travel jauh2. Tapi aku tak boleh. Mak aku tak bagi travel sorang2.

Nak travel dengan kawan, aku tak ada kawan2 yang kaki travel. Lagipun aku duduk sorang2 kat KL ni, kawan2 aku semua balik ke negeri masing2 bila tamat belajar.

Aku kerja pun tak interact dengan orang, duduk depan komputer 9jam lebih and co-workers aku pun ramai dah kahwin.

Lunch pun depan komputer sorang2. Nak sambung belajar, mak aku cakap, tak da sapa nak sponsor.

Nak kahwin, aku tak da calon, rasa nak balik Perak, duduk dengan mak aku je sampai tua, tapi nanti aku kena tahanlah telinga dengan mak cik2 bawang merangkap mak pak sedarra aku.

Nak hilangkan bosannya hidup aku, aku tengok drama korea, tengok anime. Aku tak boleh main game sebab kalau start main, aku addicted.

Satu jam setengah perjalanan. Dulu pernah je sewa kat area office, tapi traauma dengan housemate pengotor. So, masa weekdays aku habis dalam train je.

Kalau ada netizen yang boleh olah apa yang patut aku buat as a wanita muslim yang tak kahwin lagi dan cara nak bahagiakan diri, dipersilakan. Aku tahu, bukan aku sorang je yang lalui masalah ni.

Terima kasih kerana membaca. harap korang yang membaca ini dapat member komen yang positif.