Kami hairan Mia tak solat, tak buka purdah tgh tidur. Azfar bgtahu aku yg dia nampak kami 4 org sedangkan kami berlima. Lagi pelik

Apa khabar? Sihat? Nama aku Fitri. Aku seorang yang gemar melayari laman s0sial terutamanya faceb0ok kerana aku seorang yang suka berkawan.

Kiranya aku seorang yang peramah. Aku mempunyai 5 orang kawan iaitu Ijja, Ana, Liya, Nor dan Mia di mana aku mengenali mereka melalui laman s0sial faceb0ok. Izinkan aku bercerita bagaimana aku mula mengenali mereka. Ready? Go!

Jan 2017

Pada suatu hari, sedang aku asyik melayan video Daebak King – Hidayah & boyfriend 3 minutes di facebook, aku mendapat notifikasi 5 friend requests.

Kesemuanya adalah perempuan. Tanpa berfikir panjang, aku menerima ke semua requests tersebut hanya kerana untuk menambah jumlah rakan di facebook ku.

Sudah bagus di kurniakan menjadi manusia, tetapi nak jadi monyet jugak ke camne? Patutlah perangai pun serupa monyet. Ok gurau.

Keempat, nama nya Nor. Dia yang paling tua antara kami. Dah kahwin tetapi perangai macam budak lagi. Orang nya kecil molek, senang untuk di gusti tetapi mempunyai suara yang lantang.

Kalau dia membebel, siap sedia untuk tutup kedua dua belah telinga. Bingit! Haha. Dan yang kelima atau terakhir, nama nya Mia. Hm. Susah sikit nak describe budak ni.

Gambar profile nya hitam. Tiada gambar. Tiada muka. Sudah puas aku mencari gambar nya di profile facebook nya, ternyata satu gambar diri dia pun tiada!

Posting di fb nya hanya lah di penuhi dengan kata-kata (quote) sama ada jiwang, sindir, sedih dan marah. Ok complete pasal kelima lima mereka!

Memandangkan kami berlima tidak senegeri, jadi aku memberi cadangan untuk pergi melancong bersama-sama di Borneo. Baru adil kan semua beli tiket? Aku memang bijak! Haha

Ana : Weh! Jom lah jumpa. Aku teringin sangat nak jumpa dengan korang semua. Buat ape kawan lama-lama tapi tak pernah jumpa? Lepak ke?

Liya : Hm. Susah lah, Ana. Aku duduk jauh.

Aku : Haa.. Apa kata kita pergi melancong?

Ijja : Nak pergi mana? Oversea ke?

Ana : Eh. Aku mana dapat pergi oversea. PTPTN aku sangkut lagi. Haha.

Aku : Hm. How about Sabah? This coming August?

Ana, Ijja & Liya : On! Ok set!

Nor : Maaf. Aku tak dapat ikut. Laki aku tak kasi lah. Hm.

Aku : Mia? Kau nak join ke?

Mia : Hm. Boleh lah. Aku ikut.

Semua dia yang uruskan. Tugas kami yang lain hanya sediakan duit je. Haha. Kesian Nor, suami dia tak izinkan dia pergi melancong dengan kami.

Takut bini dia hilang agaknya. Maklumlah, badan Nor kecik je macam budak sekolah. Salah pandang je boleh terus lenyap agaknya. Ok gurau.

Hidup berumah tangga ni kena dengar cakap suami kalau tak nak jadi isteri derhaka. Betul tak, Nor? Tanya je. Haha.

Saban hari menunggu, kini sudah tiba masa yang di nantikan! Yeayyy! It’s holidayyyyy!Aku bersorak keriangan. Perasaan gembira membuak-buak di hati ku tidak sabar nak berjumpa dengan sahabat alam maya ku!

Its became reality! Dream come true! Sungguh aku tak sangka aku dapat bertentang mata dengan mereka.

Patutlah takda gambar di facebook, rupa-rupanya personaliti dia macam ni. Kami mengambil gambar bersama-sama sebagai tanda pertama kali kami berjumpa.

Sudah pasti gambar tersebut akan di upload ke dalam media sosial dengan pelbagai caption. Hehe.

Penerbangan kami mengambil masa selama 2 jam 40 minit dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Tepat jam 10.30 pagi, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Wow! Welcome to Sabah Di Bawah Bayu~ Pakcik kereta sewa bernama Pakcik Mie sudah menunggu kami di balai ketibaan untuk menyerahkan kunci kereta.

Kami menyewa sebuah kereta Bezza berwarna merah. Merah menyala weh! Teruja aku. Haha. Kami terus bertolak ke hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu.

Aku : Amboi kau, Ijja ~ Mulut kau di alam maya dengan dunia realiti sama je kan? Puaka! Haha.

Mia : Hehehehe. (nada perlahan)

Bila aku dengar dia gelak macam tu, aku terus menggigil. Macam seram je dia gelak. Dahlah tak tahu rupa dia macam mana, tambah lagi dia gelak macam tu.

Psiko ke? Ataupun gila? Eh. Maaf. Aku berfikiran positif sahaja. Cuma perasaan ku saja agaknya.

Sedang kami seronok sembang, kami pun terlelap melepaskan penat sehingga azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu Zohor. “Allahuakbar.. Allahuakbar..”. Kami pun bangun untuk menunaikan solat Zohor.

Rasa agak janggal bila solat pada pukul 12 tengah hari. Selalu di semenanjung, Zohor jam 130pm. Semasa kami hendak menunaikan solat berjemaah, kami hairan Mia tak ada!

Kami pun menuju ke Imago Mall untuk makan tengah hari dan berjalan-jalan. Boleh tahan besar mall ni. Orang pun ramai. Ijja mengajak kami untuk masuk ke dalam rumah hantu yang berada di tingkat satu.

Katanya, dia hendak menguji tahap ketakutan kami. Baca kisah seram di Fiksyen Shasha je korang berani, takkan masuk sini tak berani kot? Perli Ijja. Amboi budak ni mulut dia memang boleh tahan.

Aku rasa macam nak cili je mulut dia tu. Memang takda insurans! Tiba sudah giliran kami untuk masuk ke dalam rumah hantu ini.

Boleh tahan seram jugak lah. Sesiapa yang lemah semangat, di ingatkan jangan sesekali untuk mencuba masuk ke sini. Boleh kena histeria weh!

Kami menjerit sakan bila kena kacau dengan hantu manusia ni. Yang paling over menjerit ialah si Ijja. Haa itu lah berlagak lagi cakap tak takut konon.

Perangai sama je kadang-kadang macam setan jugak. Haha. Selepas menunaikan solat Isyak, kami pun merehatkan diri nak tidur awal sebab esok kami nak ke pulau.

Semasa menunggu mata pejam, aku nampak Mia keluar dari bilik air. Oh, baru lepas mandi agaknya. Fikir ku di dalam hati.

Apa yang membuat aku pelik dengan budak ni, niqab dia sentiasa di pakai. Eh. Dah kenapa dalam bilik pun nak pakai niqab? Kitaorang semua perempuan kot. Jangan-jangan dia lelaki? Eh. Tak mungkin lah. Huhu.

Ana : Mia, ko memang sejenis yang pakai niqab 24jam ke? Aku tak pernah nampak lagi ko bukak niqab.

Ijja : Yelah. Dah kenapa kau malam malam pun nak pakai niqab? Kita semua perempuan kot dalam ni. Ataupun, ko lelaki? Geng sajat? Musykil aku dengan ko ni.

Pada malam itu, aku susah untuk melelapkan mata walaupun aku berasa sangat mengantuk. Di tambahkan lagi dengan bunyi dengkuran dari Ijja, makin susah lah aku nak lelap.

Memandangkan aku susah nak lelap, aku menyelubungi diriku dengan selimut. Kalau orang nampak, pasti mereka berfikir aku sudah pun tidur nyenyak.

Aku memasang earphone di telinga dan mula melayan video Hidayahanat di facebook. Sedang aku asyik menonton video tu, tiba tiba aku ternampak bayang-bayang hitam mundar mandir di kaki katil.

Takkan Mia kot? Sebab Mia je yang pakai tudung labuh dan niqab serba hitam. Aku perhati je jejak langkah bayang-bayang itu.

Tiba-tiba, dia berhenti betul-betul di hujung kaki Ijja. Haih. Dah kenapa ko berhenti kat situ? Aku dah cuak dah masa ni. Tak berani aku nak gerakkan badan.

Selesai mengemaskan diri, kami pun bertolak ke Jesselton Point. Beli tiket boat. Ambil pakej student paling murah.

Dapat pergi 3 jenis pulau. Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Yeayyyy! Snorkelling! Aktiviti yang paling aku suka.

Seronok dapat main air. Pulau pertama di pergi ialah Pulau Manukan. Ambil gambar banyak-banyak buat kenangan.

Wow! Cantik sangat! Air sangat jernih. Boleh nampak ikan yang berenang-renang. Indahnya ciptaan-Nya.

Aku, Ana dan Liya memang suka aktiviti macam ni. Dapat release stress katanya. Ijja hanya berenang di kawasan yang tidak terlalu dalam.

Tapi, Mia taknak ikut. Dia cakap dia sakit kepala nak balik hotel rehatkan diri. Kami pun akur dengan keputusan dia. Pandai lah dia jaga diri sendiri.

Kami pun bertolak ke Pulau Sapi. Pulau ni sunyi sikit daripada pulau yang lain. Tenang je takde ramai orang. Kami bercadang untuk duduk santai je sambil pekena coconut shake.

Sesuai sangat dengan cuaca panas ini. Seronok bersantai, tiba-tiba aku teringat dengan bayang-bayang semalam. Aku pun memulakan topik untuk di bualkan.

Aku menceritakan apa yang aku nampak tentang bayang-bayang hitam itu sehinggalah ia hilang di pandangan mataku.

Sepanjang aku bercerita, aku nampak Ijja diam je. Selalu nya, dia lah yang paling kecoh. Pelik.

Aku : Ijja, asal kau diam je? Aku nak tanya ni, asal ko mengigau semalam? Berdengkur pulak tu. Aku nak kejutkan ko, tapi aku takut kalau bayang-bayang tu muncul balik.

Ijja : Aku mimpi ngeri lah beb. Aku mimpi Mia. Hm.

CERITA IJJA (AKU DI DALAM CERITA INI ADALAH IJJA)

Ijja : Weh Mia. Apa ko buat kat sini sorang diri?

Mia : Saja. Ambil angin. Aku nak tunjukkan kau sesuatu ni, Ja.

Ijja : Apa dia? Ko nak tunjukkan wajah kau ke?

Mia mendiamkan diri. Lama dia berdiam. Tiba-tiba, dia membuka niqab nya. Dia menunjukkan wajah nya yang sebenar.

Aku terkejut! Wajahnya pucat macam takda d***h. Sesekali dia tersenyum kepadaku. Senyuman yang lebar sampai ke telinga. Macam joker. Haha.

Pada masa ni, aku dah cuak lantas aku tercium sesuatu yang hanyir macam bau d***h. Rupanya bau itu datang nya dari tasik tersebut.

Tiba-tiba, Mia berpaling memandang aku. Mata nya tepat memandang ku tanpa berkelip walaupun hanya sesaat.

Ijja : Allah!

Aku rasa aku dah lemas sehingga lah aku terdengar azan Subuh dari hanphone Liya. Alhamdulillah.

Semuanya hanya sekadar mimpi. Ngeri weh! Sumpah ngeri! Aku takut sangat. Korang tahu tak air dalam tasik tu air apa? Bukan air tapi d***h h**d! Geli! Yalah kan.

Aku perli dia sebab dia tak nak solat. Hati tisu ke budak tu? Tadi, lepas aku berenang di Manukan, aku pergi lah ke tempat meja kita sebab aku nak minum air dan ambik handphone untuk selfie. Korang tahu dia cakap apa kat aku?

Aku : Ko dari mana, Mia? Kepala kau dah ok? Sakit lagi ke?

Mia : Aku pergi 7 Eleven tadi. Beli panadol. Ijja, kau ok? Hehe.

Ijja : Haa? Aku? Hm. A..ku…ooo..kay…

Ijja hanya menundukkan diri tidak berani untuk bertentang mata dengan Mia. Mungkin masih trauma dengan mimpi yang di alaminya semalam.

Kami hanya merehatkan diri di hotel akibat terlalu penat bermain air di pulau. Sambil berehat, sempat juga kami face time dengan Nor.

Bermacam cerita kami kongsikan dengan Nor. Terserlah kecemburuan di wajah Nor. Nanti kita jumpa tau, Nor? Ko kena pujuk laki ko supaya dia suruh ko ikut kami melancong lepas ni.

Haha. Selepas solat Asar, kami bercadang untuk pergi ke waterfront sambil melihat matahari terbenam. Wuuu syok~ Menjelang Maghrib, kami pergi ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat Maghrib.

Berwajah kacak, tinggi, rambut sikat tepi (pakai pomade agaknya) dan innocent. Orang sabah semuanya memang kacak semulajadi kan? Sumandak Sabah pun cantik. Insecure kejap~

Azfar : Aihh? Macam kenal jak ni. Ko si Fitri ka? Hai!

Aku : Eh. Hai. Kau Azfar? Kau buat apa di sini? Bukan kau di Sandakan ke?

Azfar :Aku tolong2 mama ku ni berjual sementara menunggu dapat panggilan kerja. Hehe. Ko tengok ni aku jual apa. Selipar sama kasut. Haha.

Aku : Ohh. Makin tagap kau ye. Abang Hadzar kau mana? Sampaikan salam aku sama Abang Hadzar kau ya. Hahahaha. Eh lupa pula ni, kawan2 aku.

Azfar : Bole bah kalau ko~ Hehe. Santik kawan2 kau, Fit. Hm. Hai semua. Aku Azfar. Empat orang jak kamu, Fit?

Aku : Hah? Empat? LIMA lah, Far. Kami berlima ni. Perkenalkan ini Ijja, Ana, Liya dan Mia.

Azfar : Okay Fit. Sebelum ko balik, nah aku hadiahkan ko selipar sebagai kenangan. Haha. Pink gitteww. Bebulu pula tu. Hahahaha.

Aku : Terima kasih, Far. Ko dari dulu lagi memang baik dengan aku. Hehe. Aku pergi dulu. Gerak lu pape roger.

Azfar : Bah. Palan² ko. Hati². Haha.

Aku? Layan video Hidayahanat lah di facebook. Hehe. Sedang aku gelak sakan dengan si Hidayah ni, tiba-tiba aku menerima satu notifikasi dari Azfar melalui Whatsapp.

Azfar : Fit, kau suda terbang ka?

Aku : Belum lagi. Flight aku pukul 4.45pm. Kenapa, Far?

Azfar : Betul ka kamu orang berlima? Bukan berempat saja ka?

Aku : Lima lah, Far. Kenapa kau ni? Pelik semacam je.

Azfar : Fit, ko dengar apa aku mau bilang sama kau ya. Mungkin kau tidak percaya sama aku. Sumpah! Aku hanya nampak kawan2 ko hanya ada 3 orang saja.

Ijja, Ana dan Liya. Siapa Mia? Tadi, ko ada sebut nama Mia. Tapi, aku tak nampak kawan ko yang bernama Mia tu bah. Aku dapat merasakan sesuatu yang aneh antara kalian. Ko hati2 sana, Fit.

Seen. Bluetick. Tanpa balasan. Aku mendiamkan diri. Tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada mereka.

Alahai, rindu Sabah ~ Sedang aku asyik melihat gambar satu per satu , aku menangkap satu gambar kami berlima. Eh. Jap? Lima?

Tapi, kenapa ada empat orang je dalam gambar ni? Aku perhati dengan teliti. Checkmate! MIA TIADA DI DALAM GAMBAR! What? Aku tak puas hati. Aku tengok lagi gambar yang lain termasuk gambar yang aku dah upload di instagram dan facebook.

Its true! Aku terkejut! Betul ke apa yang aku nampak? Jadi, apa yang di katakan oleh Azfar adalah betul? Omg! Terlopong kejap tak tahu nak cakap apa. Huhu.

Aku buka group whatsapp. Aku cek member list. Nama Mia tiada di dalam list! Aku cek balik contact phone aku, memang sah tiada contact orang yang bernama Mia.

Wow! Meremang bulu roma aku. Aku masih tidak puas hati. Aku buka facebook. Aku tengok friends list aku dan mencari akaun fb yang bernama “Mia Ahmad”, apa yang aku dapat?

Aku : Guys, betul apa yang member Sabah aku cakap ari tu. Dia ada cakap yang dia tak nampak Mia sepertimana apa yang kita nampak. Jadi, maksudnya Mia tak wujud ke?

Krik krik krik krik ~ -,-”

Jika di ingatkan kembali, Mia tidak pernah menunjukkan wajahnya, Mia tidak pernah solat, Mia tidak bermain air bersama kami.

Sewaktu di rumah hantu di Imago Mall, para hantu tidak menakutkan Mia di sebabkan mereka tidak nampak Mia.

Tiket yang di beli oleh Ana juga menunjukkan bahawa Ana tidak pernah membeli tiket untuk Mia. Lagi? Orang sekeliling tidak nampak Mia kecuali KAMI kami sahaja yang nampak! Kesimpulannya? Pening aku.

Beberapa bulan telah berlalu. Sehingga kini, kami masih tidak menemui jawapan siapa sebenarnya Mia.

Puas sudah kami menjejaki di manakah Mia. Nombor telefon dia pun tidak pernah wujud bila di hubungi.

Siapakah dikau, wahai Mia Ahmad? Hm. Adik beradik Faz Ahmad ke? Eh. Ok gurau. Maafkan aku. Perempuan berniqab yang penuh misteri~

Alhamdulillah, persahabatan kami ‘berempat’ masih utuh sehingga sekarang. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila.

Mia? Aku tidak tahu di mana kau berada sekarang sama ada kau manusia ataupun kau memang betul2 tidak wujud di muka bumi ini, aku harap kau baik baik saja. Itu je.

Terima kasih admin sekiranya cerita aku di terima. Segala baik buruk datang nya dari diri kita sendiri.

Minta maaf sekiranya ada terkecik hati, terkasar bahasa, dan tersilap langkah. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.

Persoalannya, Siapakah Mia