Baru je Mak, abah balik dr Mekah, Mak kerap mimpi. Bila selidik ada org bg sesuatu dekat abah sblm ke mekah

Kisah benar ni terjadi semasa zaman aku kanak-kanak.

Masa tu aku masih tinggal di Kampung Pinang. Cerita ni tiada kaitan dengan cerita Makngah aku.

Aku nak ceritakan tentang rumah kampung atau pusaka aku.

Suatu masa dahulu, rumah aku ni di kira sebagai rumah penghujung kampung. Di bahagian kiri rumah aku tu ada ladang kelapa sawit. Dekat belakang rumah aku pulak mak abah aku tanam pokok getah, lebih kurang 4 ekar.

Masa aku kecik dulu, aku suka ikut arwah mak abah pegi kebun getah. Hujung kepala tanah tu aku perasan ada 3 kubur lama.

Dia tinggal sekali dengan kami. Bilik dia paling depan, dekat dengan pintu utama di tingkat bawah.

Arwah ni memang suka bercakap sensorang. Kadang tu macam beria-ia dia tengah membebel-bebel marah dan kadang kala bersembang. Bukannya ada sesapa pun. Tapi kami anggap dia tu nyanyuk je lah.

Sampailah satu petang tu, aku dengan mak duduk di dapur, aku sibuk tolong mak nak masak petang.

Tiba-tiba dengar suara tok tengah marah-marah, lepas tu gelak-gelak mengekek-ngekek. Semakin manjadi-jadi pulak. Aku rasa macam biasa je.

Cumanya mak aku, dia rasa macam lain sangat bunyi tok aku kali ni. Mak aku pegi bilik tok. Aku tak ikut. Aku still kat dapur.

“Mak, cakaplah. Apa yang mak nampak?”

“Dalam bilik tok hang tadi. Masa mak pergi, mak nampak dia tengah gelak-gelak dengan lima orang budak kecik, kepala botak, telinganya panjang, gigi bersiung menyeringai dekat mak bila mak tolak masuk pintu bilik tok.” sambil mak tak habis-habis mengucap panjang.

Kali ni aku pulak yang tiba-tiba meremang bulu roma. “Betul ke ni mak? Ke mak perasan je?”

Mak menafikan.

“Takkanlah mak nak tipu hang. Mak nampak sungguh-sungguh. Bila mak ambil penyapu kibas-kibas sambil baca ayat suci, baru benda tu hilang.

Tok hang tu dia taktau dah siapa yang mai sembang dengan dia. Dia tu dah lupa.”

Aku terus direct tanya mak aku, “Ntah-ntah tok tu ada membela kot?”

Cumanya bila dia dah nyanyuk tu dia buat bila dia suka saja. Sebab dia dah banyak lupa. Makan minum pakai pun, kalau mak tak tolong, tok dah tak tau buat sendiri.

Selepas dari haritu, aku tengok tok pun dah kurang bercakap sorang-sorang.

Aku ada sorang abang yang suka balik lewat malam. Dia bukan naik motor, naik basikal je.

Suka sangat pergi lepak rumah kawan dia. Suatu malam, macam biasa lepas tengah malam baru dia nak sampai rumah. Dari jalan besar nak masuk ke rumah aku tu agak gelap.

Sengaja abah pasang lampu kuning bawah rumah. Sebab dah tau, anak dia yang sorang tu kutu embun.

Dia mula rasa lain macam. Dua tiga kali lembaga tu pusing rumah aku macam tu.Tapi, abang aku nekadkan dalam hati.

Takkanlah dia nak patah balik pergi rumah kawan dia. Dah sampai rumah pun ni. Abang aku terus sorong basikal dia sambil menundukkan kepala.

Sampai saja bawah rumah, abang aku betul-betul rasa ada orang dekat tangga batu rumah aku tu macam tengah pandang dia.

Abangku berdehem-dehem. Dia cakap, “Sudahlah, jangan ganggu aku. Aku nak masuk rumah ni. Hang nak pusing, hang pusinglah.

Jangan sekali-kali ikut masuk dalam rumah aku.” Memang masa tu abang aku rasa dah habis seram dah. Tapi dia cuba kuatkan semangat sambil baca ayat suci dalam hati.

Aku kata ok je. Rumah sendiri, buat apa nak takut? Abang aku ni dah kawin. Dia duduk rumah sendiri tapi jauh la jugak dari rumah aku tu.

Aku selesai je solat isyak dan baca yassin. Aku start mengemas malam tu jugak. Semua lampu rumah tv radio aku pasang bagi bising. Hmm, kurang la rasa keseorangan kan.

Tiba-tiba abang aku call. Macam tadi dia asyik tanya aku ok ke tidak. Nak dia datang ambil aku tidur dekat rumah dia ke.

Aku kata tak payah risau, aku pun dah nak tido. Memang aku keletihan, jadinya aku pun tak sedar bila masa aku tidur. Sedar-sedar dah subuh.

Subuh-subuh lagi abang aku tu dah sampai. Siap bawakan sarapan. Dia tanya, “Ok ke tidur malam tadi?”

Aku jawab, “Eh, ok je. Kenapa bang?”

“Saja tanya”, dia cakap.

Aku terkedu. Baru aku faham kenapa abang aku ni asyik duk tanya aku ok ke tidak tidur rumah malam tu. Ciss! Nasib baik benda tu tak kacau aku malam tu.

Selepas kejadian tu, mak aku start sakit-sakit. Dia kerap jadi lemah-lemah badan dan lesu.

Bila tidur, mak mengadu setiap malam mak akan mimpi ada budak kecik datang nak hisap ibu jari kaki dia. Abah aku mula risau. Abah ceritakan masalah mak dekat abang-abang dan kakak aku.

Kami cuba berikhtiar untuk mak. Ada seorang ustaz kenalan rapat keluarga aku datang ke rumah.

Katanya, memang ada benda yang berhajat nak menumpang hidup dengan mak aku. Mak aku terkedu.

Abah terus tergesa-gesa masuk ke dalam bilik. Kemudian abah keluar dan di tangan abah ada tali pinggang tu dibungkus rapi dengan plastik.

Ustaz pun memegang tali pinggang tu sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Menurut ustaz, sebenarnya ada orang cuba melepaskan ilmu salahnya kepada abah. Dia cuba nak menghantar ilmu tu melalui barang yang diberi.

Seolah-olah, jika abah terima tali pinggang tu, macam dah akad serah hak milik. Malangnya, disebabkan abah kuat semangat, benda tu tak ganggu abah.

Dia ganggu mak dulu. Dia cuba nak dampingi mak. Sebab mak lemah semangat dan sakit.

Dia merayu supaya abah tak ceritakan perbuatan dia dekat orang kampung. Abah bukannya jenis berdendam atau busuk hati macam dia. Abah diamkan saja, yang tahu pun cuma keluarga kami.

Rasanya cukup dulu kisah aku kali ini. Aku akan sambung lagi di lain masa. Banyak lagi kisah rumah aku ni yang aku alami.

Apapun, terima kasih kerana sudi dan tidak jemu membaca.