Aku sering bergaduh dengan suami atas pelbagai punca. Perangai suami aku tak pernah berubah. Aku pun nak bahagia macam keluarga lain.

Aku mawar, 20-an, dah berkahwin 5 tahun & ada 2 orang anak. 

Aku buntu sangat sekarang ni samada untuk bertahan lagi dalam rumah tangga ni ataupun angkat kaki. Aku tak jumpa bahagia yang aku cari.

Seringkali aku dengar orang kata “fikir anak2, kesian dekat diorang” habis siapa nak fikir aku?
Mertua aku pula setiap kali kami laki bini gaduh dia akan cakap “tak kesiankan mama ke?” Habis siapa nak kesian aku?
Salah ke aku angkat kaki? Adakah keputusan aku untuk bercerai itu satu keputusan selfish?

Sebolehnya aku tak mahu cerita 100% masalah rumah tangga aku, aku cuma akan cerita sikit2 supaya korang faham situasi aku. Mcm aku cakap tadi aku dah kawin 5 tahun dan aku duduk rumah mertua.

Kami dah bercerai 2 kali sebelum ni dan sekiranya aku tuntut fasakh kalini, there’s no turning back.

Tapi bukan duit nafkah aku yg aku bisingkan tetapi nafkah anak2. Dah duduk rumah mertua, sewa tak payah bayar, duit makan pun tak hulur apatah api air, kereta mertua bagi, masih lagi tak dapat bagi nafkah anak2 dengan konsisten.

Setakat bulan 4 tahun 2018 ni, baru 3-4 kali dia bagi duit susu & pampers. Nafkah aku? Ada la sekali dua dia belikan baju raya. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku tau dia tak mampu..tapi nafkah anak tu..

Dia kata bukan salah dia, Tuhan belum bagi rezeki lagi. Dia dah usaha tapi Tuhan belum takdirkan lagi yg biz dia menjadi jadi aku tak boleh salahkan dia.

Aku buntu lagi.

Masa–tak ada.
Aku cemburu tengok pasangan suami isteri yg diwaktu hujung minggu luangkan masa bersama. Aku tak mintak dia bawak aku jalan2 pun, cukup duduk dekat rumah dengan aku dan anak2.

Layan anak main, tengok tv sama2 ke.
Rutin dia setiap hari, bangun pergi pejabat, kadang2 balik pukul 7 petang. Pukul 9 malam keluar balik pergi pejabat sampai pukul 2 3 pagi.

Suami aku, malas taktau nak cakap macamana. Ye kadang2 dia ada tolong mandikan anak, KADANG2 YE maksudnya macam sebulan 5-6 kali gitu.

Hantar anak pergi sekolah pagi2 pun aku. Dah dia tidur lewat takdenye dia nak bangun pagi2. Ambik pun aku. Cuci kereta pun aku. Bila suruh dia, melenting2.

Bila aku nak buat tak bagi katanya nanti aku mengungkit. Last2 sampai la harini dah 3 bulan tak cuci kereta.

Sebab “kononnya aku ungkit” juga lah terjadi bilamana anak ke 2 aku dah 5 bulan baru daftar JPN dan last2 aku yg daftarkan. Kerja2 rumah yg lain tak payah cakap lah. Pinggan makan sendiri pun taknak basuh.

Aku pun bukan isteri yg baik–yang sabar, yg diammmm je bila kena apa2. Memang selalu aku whatsapp panjang menjela dekat dia, ada masa aku dah meletop memang kata2 carutan keluar.

Aku cemburu bila tengok suami2 yg belikan barang dapur untuk isteri di pasaraya sedangkan suamiku nak suruh dia beli susu anak pun dia tak hingin, kalau aku berkeras baru dia pergi, itupun dia berhentak2–sedangkan duit susu pun aku yg bagi.

Aku cemburu tengok kawan2 anak aku yg dihantar oleh ayah mereka ke sekolah sedangkan suamiku sedap tidur dekat rumah.

Aku cemburu bilamana waktu aku mengandung dulu, isteri2 ditemani suami setiap kali checkup sedangkan suamiku bukan tak boleh tapi dia tak mahu sebab kena tunggu lama.

2 kali pregnant, checkup kali pertama je dia teman. Itupun aku kena marah kononnya menyusahkan dia. Sebabtu aku nekad dan tekad taknak pregnant lagi sebab kedua2 pregnancy journey aku sangat menyakitkan.

Ha kalau nak cerita yg ni sampai esok tak habis. Tapi sikit la aku cerita, boleh bayangkan tak aku baru lepas keluar bilik bersalin, nurse hantar ke katil, dia datang bawak nasi goreng kampung yg pedas.

Tapi aku? Setiap kali gaduh (dan kitorang mmg kerap gaduh) dia akan meninggi suara yg memang tinggi sampai 1 lorong ni boleh dengar, mertua aku memang tau la.

Tak kira kat mana pun kitorang ada, dekat pejabat ke, rumah mak aku ke, macamtulah dia, takde nak control, takde malu malau orang tau kami gaduh.

Aku malu sangat2. Sampaikan anak aku boleh cakap apa tau dengan sepupu dia “mama ngan papa kite memang selalu gaduh pun, jom masuk bilik lah”–dan masa tu kami tengah gaduh.

Ah, tak tersenarai kalau aku nak cerita betapa aku mengiginkan segala perkara2 kecil ini terjadi pada aku.

Ye mungkin nampak kecil, basuh kereta, belikan susu, bawak aku dan anak2 pergi taman etc tapi tu la yg aku inginkan, itu la yg aku impikan dalam hidup berumah tangga–bukan tengok suami orang buat tu aku pun nak suami aku buat tu–tapi itu lah impian aku bila berumah tangga!

Nak tanya mak ayah aku, diorang jenis tak supportive malahan akan menyalahkan aku yg nak kahwin dengan dia. Mana laaaa aku tau lepas kahwin perangainya jebon mcm gini

Ye memang kalau aku tengok orang lain yg lebih merana, lelakinya kaki perempuan lah kaki judi lah kaki dadah lah, masalah aku ni apa lah sangat kan.

Tapi itulah, aku pun nak bahagia juga. Kenapa aku kena bertahan sedangkan mungkin aku lebih bahagia jika aku bercerai?

Aku bertahan selama 5 tahun yg bagi aku mcm 50 tahun ni pun sebab mertua aku. Diorang tersangat2 lah baik.

Kaki aku selangkah kedalam ni pun sebab aku fikirkan diorang kalau tak memang da lama aku angkat kaki. Tapi, aku nak bahagia jugak..

Tolong berikan aku pendapat sebelum aku pergi mahkamah untuk buat tuntutan fasakh.