Akibat kamarahan Nora sbb sering dimarah ibunya krn sikap yg suka berfoya-foya, Nora tlh buat sesuatu yg x disangka

Kisah ni terjadi masa mak aku kecil dulu. Lebih kurang umur 11 – 12 tahun. Mak aku ni dulu duduk tanah lot. Satu lot tu memang keluarga kami.

Tanah lot ni ada banyak sangat mistik dia. Disebabkan ada penghuni lot sebelah berketurunan kerabat (kerabat mana, biarlah rahsia) ada belaan.

Yang ni dalam entri lain nanti aku ceritakan ye… nanti mixed up, pening pulak korang baca.

So, balik pada cerita. Mak aku ada seorang sepupu yang memang lawa sangat-sangat. Ayahnya handsome macam Jins Shamsudin, haruslah anak-anak semua lawa-lawa. Aku bagi nama sepupu mak aku ni Nora la ye.

Tapi yang menjadi kepelikan semua, Nora ni macam tak ambik port pon makian maknya tu. Dah lali agaknya.

Dia tetap pergi berfoya-foya… lepak pub macam tak ada masalah. Padahal bila dekat rumah, memang maknya balun habis. Kadang-kadang berbirat badan.

Situasi ni kalau jadi sekarang pon orang mengata. Apetah lagi bila jadi masa zaman-zaman 70an dulu.

Lagi rancak la orang menjoyah. Makcik-makcik bawang pon tak lepas peluang nak membawang pasal si Nora ni.

Mak Nora dah cannot go, bak kata omputih. Dah tebal muka dia menanggung malu.

‘Tak payah dengar cakap-cakap orang lah Mak. Bukan dorang yang kasi kita makan,

‘Kau ni kan..baik kau b***h je aku Nora dari kau terus-terus malukan aku macam ni. Sudahla orang kampung pandang serong aku sebab kan aku ni janda, ni kau pulak menambah masalah. ‘

‘Ahhh…bisinglah kau orang tua.’

Nora menolak keras Mak Siah. Tapi dia silap, Mak Siah pon bukanlah tergolong dalam golongan wanita lembah lembut yang cakap pon tak dengar suara.

Mak Siah ni jenis kalau kau ajak rumble, dia on je. Makanya bergumpal lah dua beranak tu pada malam tersebut.

Setelah segala drama bergumpal habis, Nora pon masuk ke biliknya dengan perasaan marah yang meluap-luap.

Tapi yang pasti, malam tu Nora dah pergi ambil pil askar tu. Bukan sebiji dua, tapi segenggam. Terhendap-hendap Nora menyelinap masuk ke rumah.

‘Kakak tak makan?’

Sapa Norli, adik Nora.

Nora terkejut bukan kepalang. Hampir dia terlepas genggaman pil askar yang digenggam.

‘Tak nak. Kakak dah kenyang. Tadi akak makan cendol di pekan. Kenapa kau tak tidur lagi?’

Norli menggosok-gosok matanya yang layu.

‘Tadi kakak kena pukul teruk, mesti kakak sakit. Norli bawakkan minyak sapu untuk akak’

Norli menghulur minyak panas kepada kakaknya. Walaupon kakaknya tampak dingin selama ini, tapi di dalam hatinya masih terselit rasa kasihan dan secebis sayang.

Norli meletakkan gelas berisi air seperti diarahkan. Dia kemudia masih berdiri di sisi meja tersebut, seolah-olah berat hatinya ingin melangkah keluar dari bilik kakaknya itu.

‘Ha, tunggu apa lagi? Berambuslah! Melainkan kau nak jadi penghuni neraka jugak macam aku!’

Tersentak dengan jerkahan kakaknya, Norli lekas-lekas beredar ke bilik tidurnya sendiri.

Hati Norli berdebar-debar. Apa maksu kak Nora dengan perkataan ‘penghuni neraka’ tadi?

Tapi, apalah daya pemikiran kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun ketika itu. Dalam pada bingung, Norli terlelap.

Kali ni Mak Siah dah siap-siap mengundur. Hendak diterajangnya pintu bilik Nora.

Gedegang!

Dengan sekali terajang, pintu bilik Nora terkuak.

Mak Siah meluru masuk.

Norli memejamkan mata, dia takut sekiranya kak Nora kena pukul lagi. Kalau boleh, dia tak hendak hubungan maknya dan Kak Nora terus-terusan sebegitu.

‘Allahuakbar, Noraaa!’

Norli tersentak, dia yang baru hendak mengenakan telekung bergegas ke bilik Kak Nora.

Dilihatnya Kak Nora terkulai layu tidak bernyawa di atas katil. Dia masih mengenakan pakaian semalam. Tetapi, kini bajunya terdapat kesan d***h.

Begitu juga di mulut Kak Nora, ada kesan buih dan d***h.

Mak Siah menangis semahu-mahunya.

Tak memasal pak cik si Nora tu kena tangkap (dia kan memang wanted, banyak buat jenayah). Sampai kan kedai cendol yang Nora lepak sebelum tu pon kena rush.

Boyfriend-boyfriend Nora apetah lagi. Mak Siah dan Norli pun tak terlepas disiasat. Memang havoc kes ni.

Tapi mak aku cakap yang paling sedih, bila dapat je mayat lepas post mortem untuk dimandi dan dikafankan. Mak Siah terus pengsan.

Mana taknya, isi daging Nora ada yang terkeluar dari kulit (yang jahitnya bukan doktor, mak aku kata ada uncle india yang lepak tepi longkang doktor suruh jahit balik mayat.

Member tu siap minum todi kasi mabuk dulu sebelum menjahit mayat- err..betul ke ni, jahit mayat??)

“sreettt..srettt..sretttt”

“Eh Norli, cuba kau berhenti menangis sekejap. Kau dengar tak?”

“ Dengar juga. Dari sebelum kau datang aku dah dengar, biarlah..cicak agaknya”

“NNNNNNNooorrrliii…tengok tu..”

“Kain lengsar tu bergerak la…!! Macam ada orang tengah susun kelepet- kelepet langsir tu bagi cantik kan??.. Eh, kau tau..Kak Nora baru pasang langsir ni kelmarin..”

Serentak mereka terdiam. Kain langsir masih bergerak-gerak seperti ada tangan ghaib yang sedang memperkemaskannya..

“CABUTTTTT!!!!!”

Macam tak cukup tanah mereka lari. Siapa yang susun langsir tersebut???

Wallahu’alam..

Burpp!!!
Kalongkeng.

P/s: M******h diri adalah merupakan dosa yang besar. Barangsiapa yang m******h diri, maka dosanya tidak akan terampun sehingga hari kiamat kelak, dan kekal lah mereka di dalam neraka. Nauzubillahiminzalik.