Tiap hari aku rasa mcm orang yg gagal dan tak nasib baik. Tiap mlm aku nangis atas banyak sebab.

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Tujuan luahan ini ditulis kerana aku tiada tempat mengadu dan mental aku dalam keadaan kurang stabil.

Jadi sekiranya luahan ini disiarkan, dan terdapat pihak pihak yang ingin memberi kata kata, aku mengharap agar menggunakan bahasa yang baik tanpa ada rasa untuk menilai secara negatif.

Aku mulakan perkenalan diri. Aku berumur 26 tahun. Mungkin masalah aku ini jika dibaca sehingga habis hanyalah perkara kecil bagi kalian.

Dan mungkin juga ada juga yang berfikiran seperti “Ah, orang lain lagi susah,” atau “Manja dan mengada” dan sebagai. Aku sudah tamatkan pengajian dua tahun yang lalu dan masih tidak bekerja. Ini merupakan salah satu masalah aku.

(Untuk pengetahuan aku mengalami depreession sejak sekolah menengah jadi sebab itu aku tidak tahu arah tuju hidup aku selepas spm). 2)Terlalu trauma semasa internship.

Ya, hati aku tidak secekal kalian. Tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu terkesannya aku sehingga sekarang.

Biarlah rahsia apa yang berlaku ketika internship. Dah lah tak minat, trauma, semua benda buat akan jadi tak ikhlas dan mental akan rosak. 3)

Sudah memohon banyak kerja tapi background education aku tak menepati kerja yang aku mohon. Perkara inilah yang menyebabkan aku terlalu benci dengan diri aku. Jika aku dapat undurkan masa…

namun seperti tiada guna. Ada lah juga dapat RM100 seminggu. Kadang-kadang RM100 dalam 2 minggu. Hujung bulan habis bayar bil dan hutang pengajian. Begitu lah hidup aku berputar.

Aku all out dalam meniaga itu yang membuatkan aku terkilan. Duit modal sudah habis semasa intership, nak earn balik susah, saving lagilah tiada.

Macam macam aku buat dan jual tapi tiada rezeki. Panggilan kerja juga tiada sehingga sekarang. Cuma rasa bersyukur aku masih tinggal dengan ibu bapa.

Tapi sampai bila? Mereka bukan orang kaya. Ibu bapa pun sudah tegur. Aku tidak tahu menjadi dewasa ini terlalu susah.

Setiap hari ku terasa seperti seorang yang gagal dan malaang. Setiap malam aku menangis atas pelbagai sebab. Tiada siapa tahu. Kawan kawan selalu ingat aku berduit sebab aku berniaga online, tapi hakikatnya.

Aku tersangat muruung. Mungkin masalah yang aku hadapi ini masalah kecil bagi kalian, tapi tidak bagi aku kerana aku selalu menyalahkan diri sehingga aku selalu berfikir untuk membuunuh diiri.

Maaf jika luahan ini membuatkan aku seperti seorang yang mengada dan lembik. Aku ada banyak penyesalan tapi semua terlambat.

Tamat.

Jika rasa cerita ini dapat meberi manfaat dan meninggalkan beribu erti pengajaran boleh kongsikan kepada semua sahabat dna rakan2 agar semua dapat mempelajarinya. Sekian terima kasih kepada semua pembaca.