Lepas Atok Nenek aku mennggal, sering kedengaran bunyi pelik-pelik. Ustz dtg ceritakan semuanya, bunyi tu dtg dr benda tu.

Aku nak cerita pasal rumah lama atuk aku, sejak atuk dengan nenek aku meninggal, family aku yang ambil alih rumah tu.

Tapi ada problem sikit antara adik beradik, well biasa laa kan. Hampir semua family akan ada problem yang sama.

So family besar aku gaduh teruk dan makcik aku halau family aku, mujur masa tu ayah aku dah proses buat rumah.

So kami pun berpindah, rumah tu sejak Malaysia belum merdeka lagi. Boleh bayangkan betapa lamanya kan rumah tu.

Dalam rumah tu ada macam-macam barang lama, Keris, Buku Lima, Ekor Ikan Pari, Jam Loceng Lama, Kerambit dan lain-lain lagi.

Rupa-rupanya Ustaz tu cakap, barang tu ada, tapi telah ‘ditutup’ oleh penjaga bilik tu. Maksudnya, benda tu ada. Tapi kita tak boleh nampak.

Ustaz tu cakap, kalau nak benda tu dia boleh ambik, tapi syaratnya Ibu aku kena jaga betul-betul. Kalau tak, nanti ‘Penjaga’ tu akan marah. Dan Ibu aku suruh biar je.

Macam-macam aku and family rasa time duduk rumah tu, tetiba rasa macam ada orang lalu, rasa macam diperhatikan. Macam-macam laa.

Lepas aku and family pindah, orang dah takut nak lalu depan rumah atuk aku tu, sebab ada yang cakap pernah nampak benda dekat situ. Benda tu perhatikan je orang yang lalu lalang kat depan rumah tu.

Dan ada yang cakap, nampak makhluk macam Mawas berkeliaran depan rumah, sejak family aku pindah,

memang rumah tu dah tak berpenghuni. Serinya pun dah tak ada, aku lalu depan rumah tu pun dah seram beb.

Roh rumah tu dah tak ada, so keluar laa segala macam makhluk, dan ada yang menumpang dekat rumah tu.

Dah jadi macam ni, ada pulak yang tuduh ibu aku amalkan ilmu hitam bagai, aku tak faham betul.

Rumah tu kalau dari jauh memang nampak macam rumah berhantu, sebab dah tak ada seri. Makcik aku tu pun dah jarang pergi rumah tu.

aku tak tau apa akan jadi dekat rumah tu. Rumah tu dulu family aku selalu mengaji, setiap sudut.

Aku nak pesan dekat korang, kalau dah pindah rumah tu. rumah lama jangan dibiarkan, carilah penyewa ke apa ke.

Kalau taknak sewa, kau pergi laa rumah tu sebulan 2 kali and bacakan al-quran dalam rumah tu. jangan lebih 40 hari tinggalkan.

Sekian,

Jika rasa cerita ini dapat beri pengajaran dan pengalaman. silakan share kepada semua agar semua dapat menilainya dan ambil iktibar untuk kita menjalani kehidupan harian pada masa akan datang. Itu sahaja setakat ini. Sekia terima kasih semua yang membaca