Aku tidak dibenarkan solat di rumah.Suatu hari ada sorang pkcik beritahu aku banyakkan amalan. Masa tu baru aku tau sebab dia.

Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Aku intro dulu. Aku mai umur 21 merupakan anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang suci sesuci lebaran.

Nak dimulakan cerita,aku hanyalah anak atas kertas tetapi reality nya aku seorang hamba dibawah jajahan dan kekuasan makmi iaitu ibu kandung aku sendiri.

Hidup aku mula berubah sejak aku berkenalan dengan seorang lelaki iaitu Fuad. Ouh lupa, dalam hidup aku, musuh manusia aku adalah kakak aku sndiri iaitu moci.

Umur 24 memang lawa tapi perangai kalah ceton. Semua aku buat memang dia akan komplain. Sehari tak gaduh bukan moci namanya. Anak kesayangan makmi.

Kawan punya kawan dengan fuad ni.Akhirnya dia lamar aku..uuuuuuiii bahagia bak hang. Aku bawak dia jumpa makmi sebab aku dah ready nak hidup sendiri.

Kadang kadang solat sorang2. Sejak aku lahir sampai la ni. Aku memang tak tahu sebab kenapa dan mengapa makmi tak benarkan aku solat kat rumah.

Khamis malam Jumaat, aku tersedar dari tidur dalam anggaran 1 ke 2 pagi. Dengan kat dapur macam ada orang membaca something.

Ayat aku tak faham bende apa entah dia merepek. Slow2 aku jalan tinjau dari langsir di ruang pintu dapur, aku tengok moci sedang membuat nasi kangkang.

(Aku tahu nasi kangkang sebab pernah tengok dalam tv posisi dia).

Tak semena mena aku kena satu tumbukan yang aku sendiri tak pasti apa. Tiba2 makmi keluar bilik dah diheretnya aku ke satu bilik yang aku tak pernah tahu kewujudan nya. Rupa rupanya makmi mengamalkan ilmu hitam.

Kini baru aku teringat, sebelom ini ada seorang lelaki tua yang aku anggarkan umur beliau dalam lingkungan 50-an pernah menyapa aku secara tetiba tiba menyuruh aku perbanyakan amal ibadat dan tingkatkan ilmu agama.

Aku ingat orang yang kurang normal. Yela, tetiba dok menyapa kita kan. Kenal pun tak. Rupanya ada sebab aku bertemu dia. Tapi dimana lelaki itu sekarang? Adakah dia tahu keadaan aku sebenar benarnya?

Hati terasa bersalah bila kekasih sendiri makan makanan yang kotor dari d***h daging sendiri. Aku yang depan matanya seolah olah kami memang tak pernah kenal.

Hati ni nak je bagtau” woii fuaddd, jangan makan dowh..kotor beb”. Hanya mampu berkata dalam hati sebab terlalu takutkan makmi.

Dalam sibuk memikirkan cara bagaimana hendak ku khabarkan kepada fuad bahawa dia telah diguna guna oleh akak ku, tetiba satu panggilan kuterima. Ku angkat dan ku say hello.

Tapi tidak semudah tu dia nak bagi aku m**i dengan sekali tikaman atau pukulan. Game dia baru bermula.
Ini lah perkara yang ingin aku ceritakan kepada semua.