Sejak sy tukar kerja, kehidupan sy makin tak terurus. Lagi2 dapat bos yg teruk. Dia suka mengungkit. Rasa mcm nk berhenti.

Tergerak hati aku nak tulis pasal pengalaman kerja aku dengan dua company ni bila aku baca pasal Ayam Kampung yang kerja dengan Dream Team dia.

Sejujurnya aku pernah dapat Dream Team yang sama tetapi apakan daya, jodoh tak panjang. Aku terpaksa berpindah sebab ikut suami.

Company yang pertama, di hometown aku sendiri. Dekat je dengan rumah. Aku masuk pukul 8, kiranya kalau keluar rumah pukul 7 pun masih sempat sampai lagi dengan menggunakan pengangkutan awam.

Jawatan aku level pegawai la kalau dalam kerajaan jadi aku perlu sentiasa berurusan dengan bos dan dalam masa yang sama perlu menguruskan anak buah aku.

Apa yang aku suka dengan suasana kerja kat sini ialah SOP yang sangat sistematik. Bayangkan, setiap minggu ada kes yang akan datang berlambak-lambak tapi tak pernah ada yang tertunggak sebab semuanya akan dibincangkan di dalam mesyuarat.

Kalau dah rasa tense sangat bila buat kerja, boleh take five, round tempat staff lain dan borak-borak kecil.

Bos tak marah pun sebab kadang-kadang bos pun akan join small talk dengan staff. Ye la, takkan kau kerja 8-5 mengadap PC macam robot? As long as kerja kau jalan, kau tak buat masalah, go ahead, take a short break.

Another thing yang aku suka kat tempat kerja aku ni, sebab ada pengisian rohani. Setiap kali waktu rehat, aku akan pergi surau lepas lunch.

Biasanya AJK surau akan jemput ustaz untuk bagi ceramah pendek setiap hari waktu lunch ni sampai masuk waktu zohor.

Lepas tu akan diteruskan dengan aktiviti solat berjemaah. Time ni seronok sebab aku akan jumpa dengan staff dari bahagian lain, umur yang berbeza, jawatan yang berbeza. Masa ni la nak mengeratkan ukhwah dan silaturrahim.

Bayangkan, aku akan keluar rumah betul-betul 10 minit lepas azan subuh dan akan balik kira-kira 30 minit sebelum azan maghrib. Tu pun kira paling cepat la.

paling lambat aku pernah sampai rumah, pukul 9 malam. Bukan sebab aku keluar pejabat lambat atau buat kerja lebih masa. Tapi sebab kesesakan lalu lintas.

Bayangkan aku keluar pukul 5, pkul 9 baru sampai rumah. Aku rasa rugi. Rugi sebab masa aku banyak habis di atas jalanraya padahal banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat kalau aku ada kat rumah masa tu. Ok, tak apa, itu aku boleh gagahkan lagi.

Lepas tu nightmare aku bertambah bila aku dapat bos baru, dia jadi superior aku. Dia bos paling hampeh aku pernah jumpa sepanjang aku bekerja.

Sebelum dia masuk jabatan aku, aku ada la dengar-dengar cerita dari staff lain pasal dia. Tapi aku positifkan diri.

Tengok sebagai makluman, bagi aku tak ada masalah. Tapi dia akan tukar ayat itu, ayat ini, lepas tu suruh pegawai bawahan dia yang sign.

Then apa tujuan kau masuk campur dan tukar ayat-ayat dalam surat tu padahal orang lain yang kena sign dan bertanggungjawab?

Aku pernah argue pasal perkara ni tapi dia akan jawab, “Saya bagi arahan, awak kena ikut”. Ingat aku lembu ke nak ikut bodoh-bodoh? Apa-apa jadi nanti siapa yang nak jawab?

Satu lagi, bos ni jenis yang akan mesej tak ikut waktu dan expect untuk kita balas ASAP. Kebanyakan staff di bahagian aku ni tinggal jauh dari pejabat macam aku.

Kiranya kami akan ambil masa paling cepat dalam 1 jam setengah ke 2 jam untuk sampai ke rumah.

Alasan yang sama juga digunakan bila nombor kami diberi kepada orang lain tanpa izin kami terlebih dahulu. Tau-tau je entah nombor siapa-siapa yang call dan bagitau “Saya dapat nombor ni dari bos awak”.

Mana la aku tak hangin? Kalau nombor tu nombor consultant/supplier/kontraktor yang berkaitan dengan projek aku tak apa, ni nombor dari public. Privacy aku dijual dengan elaun telefon x sampai berapa hinggit sebulan tu.

Paling ‘best’, bos aku ni bos yang paling banyak MC dan EL yang aku pernah jumpa. Selama ni aku dengar staff bawahan yang bermasalah.

Ni kali pertama aku jumpa bos yang bermasalah. Suka lari dari tanggungjawab. Kadang-kadang dia akan minta aku buat appointment dengan orang sebab dia nak jumpa dan bincang.

Bila tiba hari kejadian, tiba-tiba dia kata dia EL, minta aku yang ganti dan lapor balik kat dia. Paling teruk sekali, dia pernah buat appointment dengan supplier dari negeri lain.

Sebab apa? Sebab bila bersembang walaupun 5 minit, tu menunjukkan kau ada banyak free time sampai boleh bersembang.

Apakah? Kadang nak bersembang pun kena berlakon bawak fail sebab tak mau bagi bos marah dan ingat kita tak ada kerja.

Nak gelak kuat-kuat pun risau sebab nanti bos ingat seronok sangat tak ada kerja sampai boleh gelak-gelak, Padahal kami cuma berehat sekejap dari buat kerja berlambak-lambak.

Dalam group wassap pejabat pun kena buat ayat skema. Kalau ada yang bagi tazkirah sampingan ke, lawak selingan ke hape ke, nnt ada la yang perli, “elaun telefon dibayar atas tujuan kerja rasmi sahaja.” So masa bila kau nak bergurau dengan kawan-kawan sepejabat?

Politik pejabat usah kata. Aku ni sejenis lone ranger. Nak gerak ramai-ramai boleh, nak gerak sorang-sorang pun aku tak ada masalah.

Macam dia je yang tau buat kerja semua padahal banyak mengharap orang tolong dia. Jenis yang ni aku stress jugak sebab nak tunjuk dia buat kerja sampai kena jatuhkan kawan-kawan sendiri.

“Yang ni saya dah buat dah bos, saya dah bagi kat C dah minggu lepas. Bos cuba tanya C. Tak tau la kalau dia dah tengok ke belum apa yang saya dah buat.

Kerja saya dah setel.” Padahal C tu tak ada kat pejabat seminggu sebab kursus. Gitu haa…

Jujur cakap, sejak aku kerja kat sini, work and life balance aku dah tak seimbang. Tak dinafikan, skill aku sebagai seorang pekerja semakin baik.

Tapi… Semakin hari semakin tak ada life. Jiwa aku kosong. Kalau dulu aku ada juga masa untuk ibadah-ibadah sunat, tapi sekarang, even yang wajib pun ada yang aku tinggalkan.,

Aku pernah terniat untuk berhenti kerja dan aku pernah suarakan kepada suami. Bukan untuk berhenti terus.

Cuma untuk berhenti dari tempat puaka tu sahaja. Suami tak membantah tapi suami minta kalau boleh aku cari tempat lain dahulu sebelum berhenti kerana kami menanggung bayaran ansuran rumah bersama.

Aku tak kisah untuk kerja di tempat lain. Kerja sebagai kerani pun tak mengapa. Tapi kebanyakan tempat sukar menerima aku atas alasan kelulusan aku tinggi.

Mereka lebih mengutamakan orang lain dengan kelulusan yang lebih bersesuaian. “Kalau kami bagi awak kerja ni, kesian kat orang lain yang lebih memerlukan”, begitulah selalunya.

Aku terniat untuk buat home business sahaja, cuma masih dalam perancangan dan suami masih belum yakin sepenuhnya dengan perancangan aku tu.

Sebab home business ni tak tetap pendapatan. Tak apalah, aku akan cuba untuk terus pujuk dia.

Untuk korang diluar sana, doakan aku terus kuat. Aku dah jumpa Dream Team aku dan aku dah jumpa Nightmare Team aku.

Aku nasihatkan, kalau korang rasa korang terkena dengan Nightmare Team tu, cepat-cepat la cari jalan untuk keluar.

Sebab lama kelamaan, mental kau akan rosak perlahan-lahan. Kau takkan sedar bila ia akan terjadi.

Tapi by the time kau sedar, kau akan terikat dan susah untuk keluar. Apa-apa pun, all the best untuk semua yang bekerja di luar sana.