Perasan kawan baik aku ni selalu buat suara lain time call bf dia, Rupa-rupanya ada muslihat disebalik itu. Tergamak buat aku begini.

Nama aku intan (bukan nama sebenar). Hari ini aku nak menceritakan tentang story life aku.

Ini memang kisah benar dan berlaku sendiri pada aku. ini bukan nak mengaibkan dia(kawan aku) tapi sekadar pengajaran buat semua.

Aku ada seorang kawan, nama dia nina. Nina ni memang aku boleh kata dialah bff aku kat tempat belajar aku nih. Sebab dia selalu ada masa aku susah.

Sampailah ada at one time kami decide untuk duduk serumah dan nina ni jadi housemate aku. Mula-mula, aku tak percaya nina ni perangai dia macam ni tapi lama-lama bila dah duduk sekali baru aku tau.

Nina memang selalu buat hal di rumah tu. Bukan setakat aku je yang banyak tahan dengan perangai dia, tapi housemate lain pun bengang jugak lah dengan si nina ni.

Tapi beberapa hari lepas tu, kami berbaik semula. Yelah sebab nama kawan kan. So, aku maafkan lah dia ni dan aku bagi waarning kat dia supaya jangan ulangi lagi.

Sampailah ada satu masa, aku terdengar yang nina ni bercakap dengan b0yfriiend dia dalam phone, tapi percakapan dia ni pelik.

Sebab dia ni seolah olah macam ada 2 watak. Sangat pelik. Tapi aku pun masa ni masih husnudzon lagi lah konon. Sebab fikir atas nama “kawan”.

Hinggalah satu malam ni, aku terdetik hati nak buka phone nina ni masa dia dah tidur sebab nina ni memang kasitau aku password dia.

Tapi tu lah,org yang licik ni pun kadang kadang kalah jugak. “Bluppppppp!!! “Mmg telan besar air liur aku bila aku terbaca conversation nina dengan b0yfriiend dia.

Allahu. Apa semua ni? Mana dia letak maruuah aku sebagai kawan dia.. Time ni memang aku dah tak tahan sampai aku nangis peluk bantal sebab rasa takut dengan nina ni sendiri.

Aku betul2 tak sangka dia boleh buat semua ni. Aku memang bertudung dan tutup auurat. Sikit pun aku tak pernah dedah auurat aku dekat mana2 lelaki.

Aku sedih. Ya, sebagai kawan..aku sedih..sedih sebab diperlakukan macam ni. Aku banyak lagi dengar dan tahu pasal buruk nina ni.

Aku pernah terdengar voicenote b0yfreen dia kat phone dia “intan, kau jgn lupa intan apa yang kau dah janji dengan aku”.

Persoalannya, apa yang aku dah janji dengan dia? Aku tak taulah apa lagi yang dia duk fitnah dan buat cerita pasal aku ya Allah.

Sejak daripada kes tu, aku ambil keputusan dan dah banyak jauhkan diri daripada nina dan keluar dari rumah tu.

Cukuplah selama ni aku jadi mangsa penipuan dia, nina banyak tiikam belakang aku, banyak memperb0dohkan aku.

Dan disebabkan perbuatan dia, aku dah tak rapat dengan mana mana kawan aku sebab aku takut untuk percaya sesiapa.

Sekarang ni, setakat kawan biasa setakat dalam kelas je aku boleh, kalau nak jadi macam dulu..Nak mimpi seribu kali pun takkan pernah terjadi.

Sebab setiap kebaikan yang dia buat pada aku sekarang susah untuk aku terima dan percaya. Sebab dia sendiri yang dah goyahkan kepercayaan aku terhadap dia.

Dan yang paling penting, sentiasa berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Jangan simpan dan pendam masalah sorang2 macam aku ni.

Ada perkara perlu cerita dekat family, bukan pada kawan kawan. Aku cuma minta korang semua doakan kawan aku nina ni supaya dia berubah dan tak berkelakuan macam tu lagi.

Perempuan ni bila dia dah kawan dengan laki mulalah lelaki ni ajar benda yang bukan bukan. Sebab tu perempuan jadi jaahat.

Tapi cakap ni bukan aku tujukan pada semua lelaki sebab ayah aku pun lelaki. Cuma inilah realiti kehidupan. Hati kena kental ya kawan kawan. Sekian dari aku.