Aku didatangi dengan dua orang tak dikenali. 3 Wanita berambut ikal mayang tersengeh ke arah aku.

Sejak aku lari dari rumah.Hidup mula jadi kacau bilau. Kami semua buat plan .Mula2 kami akan sembuhkan fuad dulu kemudian barulah turn aku pulak.

Malam jam 9 aku sengaja nak makan angin. Jadi aku jalan kaki ke kedai makan berhampiran then order kuew ttiau special 1 dengan apple jus.

Masa tengah makan, datang seorang lelaki dengan seorang perempuan umur dalam lingkungan 30 an macam tu.

Dia kata dik boleh tak kami duduk makan kat sini? Why not kan? So aku ajak la diaorang duduk. Diorang order milo ais tanpa pesan apa apa makanan.

Muka memang pucat mereka berdua tu..macam sakit je aku tengok. Aku tenung dia, dia tenung aku. Laki ni aku bg nama kuaci dan pompan ni aku bg nama santan.

Dengan lembut pakcik tu suruh aku duduk semula dan tanyakan sama ada mereka berdua tadi ada tak bagi aku sesuatu. Maka aku jawab xada melainkan mereka ajak aku pergi ke rumah mereka agar aku dapat diselamatkan dari pembunuhan.

Dengan tenang dan bersahaja, orang tua tadi..okay aku gelar sebagai seri muka sebab orangnya lembut dan berseri wajahnya bagitahu aku yang mereka berdua tadi bukanlah manusia.

Tetapi jelmaan yang dihantar untuk memujuk aku supaya mengikut mereka ke suatu tempat yang dipercayai ada tujuan tertentu.

Aku perkenalkan seri muka kepada ayah fuad. Mengucap panjang seri muka bila tengok keadaan fuad.

Dalam keadaan tenang, seri muka menyuruh fuad berada di ruang tamu untuk di ubat. Malangnya, aku tak dapat saksikan kejadian tu sebab aku ke dapur menyediakan sedikit santapan buat seri muka.

Namun begitu, ayahku bukanlah lelaki pengecut yang sanggup tinggalkan anaknya demi mencari harta dunia kerana segala baju baju dan barang tidak dibawanya sekali jelas seri muka kepada kami.

Seri muka tegas mengatakan bahawa kehilangan ayah ku ada kaitan dengan makmi namun tiada bukti menunjukan makmi yang melakukan.

Jam 2 pagi baru aku mampu melelapkan mata namun otak masih berpikir apakah permainan makmi selepas ini.

Dalam kesedapan lena di ulit kesejukan, aku dikejutkan dengan bunyi ketukan kayu katil dan gegaran tilam seolah2 ada yang melangkah badanku. Terasa seperti ada sesuatu yang lembut menyapa kakiku.

Lantas aku tersedar dan mendapati 3wanita berambut ikal mayang tersenyum menyegih ke arah ku. Salah satu dari mereka merapati mukanya ke mukaku seiring dengan perkataan “TOLONG KAMI DIK” dan mengcekik aku sehingga aku rasa sukar bernafas.

Allah, kenapa aku tak terpikir yang aku boleh melukis. Terus aku capai pen dan kertas dan melukis ketiga tiga wajah mereka. “ALLAH ALLAH ALLAH” itulah apa yang mampu dikeluarkan dari.

mulut seri muka.Aku letak lukisan tu atas meja tiba tiba air yang berada berdekatan lukisan tu tumpah dah berderai ke lantai. Baru nak capai selamatkan lukisan tu, seri muka kata, xpe.. aku nampak “dia” yang buat.
Siapa “mereka” dalam mimpi aku?

Kami pun membaca Yassin selepas apa yang berlaku dan berharap agar aku serta yang terlibat kembali pulih semangat untuk menempuh hari seterusnya selagi teka teki ini masih belom diselesaikan.