Seperti biasa aku bawa buah tembikai utk dijual kpd kawan2. Tp satu hari sorang pun taknak beli.Rupanya Cikgu ada ckp sesuatu kpd mereka.

Aku anak felda, anak kedua dari 11 org adik beradik. Sudah berkahwin dan punya anak 3. Masa kecik kami susah.

Adik beradik ramai. makan apa yg ada, tapi tak pernah tak makan.. Ayah mak sentiasa berusaha bagi segala apa yg mereka ada utk kami.

Ayah akan pastikan beras sentiasa ada. Lauk tak kisah sebab mereka bercucuk tanam. Nak apa semua main petik je.Sesekali beli Ikan yg murah tapi muai.

Xde duit nk beli ikan, kami makan ayam. Mak ternak ayam kampung. Tapi selalu kami makan sambal tumis,Ikan kering, Pucuk ubi celur. Mak memang handal memasak.

Nasi seperiuk besar mmg licin, selalunya. Saja aku cerita supaya org tau walaupun kami tak punya duit, tapi kami tak pernah lapar.

Dan selalunya memang habis. Duit tu kami bagi ayah mak utk perbelanjaan rumah. Zaman tu gaji felda tak cukup utk tampung kehidupan kami.

Duit tu la utk beli lauk. Untuk bekal kami ke sekolah.Tiba2 ada 1 hari, aku bawa tembikai macam biasa, sorg pon tak nak beli. Aku pelik jugak.

Selalu mereka berebut2. Aku selidik punya selidik, rupanya ada seorang cikgu yg sekat semua kawan2 aku dari beli dan makan tembikai tu.

Dia kata kalau dia nampak siapa2 beli dan makan, akan kena hukuuman. Aku tak igt hukuuman apa yg kawan2 sebut. Sedih aku masa tu tengok tembikai tu terbiar.

Aku offer je kawan2 makan, pon kawan2 tak nk. Takut cikgu tu nampak mereka makan. Sampai waktu rehat aku pun buang dalam tong sampah. Sedih sangat.

Alah tembikai je pon. Tapi pada budak kecik macam aku masa tu, aku sangat sedih. Aku simpan dalam hati. Sampai sekarang aku ingat semua tu.

Sebab kita miskin, buang tembikai tu sgt besar pada kita, tp x pada cikgu tu. Jangan igt budak kecik takde perasaan. Lagi2 budak kecik miskin macam aku.

Cikgu tu cikgu perpustakaan. Dan aku pulak ada terhilangkan 1 buku. Jadi aku kena bayar rm10.

Cikgu tu selalu perli2 aku pasal buku tu. Depan kawan2. Dekat perhimpunan. Dia perli adik aku jugak. Dia kata ” dah la kakak awak hilangkan buku” kesian adik aku malu.

Balik tu mesti adik aku marah aku sebab hilangkan buku tu. Aku sebenarnya tengah kumpul duit. Sehari 10sen atau 20sen.. Tapi kan lambat nak cukup.

Korang tau kenapa harini aku taip cerita berpuluh tahun lepas ni.. Sebab harini aku terserempak dengan dia..

Dia jadi penyambut tetamu kat majlis kenduri kawen anak bos aku..Dia sambut aku. Dia yg sambut salam aku. Aku terkedu. Tapi aku buat macam biasa.

Entah dia ingat ke x aku ni. Rasanya tak.. Hehe.Dari siang Aku asik terfikir kenapa dia ada kat majlis tu.

Malam ni baru aku dapat jawapan.. Nama ayah bos aku dan ayah cikgu tu sama.. Dan cikgu tu pun pakai baju sedondon dengan family bos aku.. Rupanya dorg adik beradik.. Sungguh kecik dunia ni kan…

Sekarang ni aku terfikir haruskah aku simpan lagi denndam itu.. Sebab bila aku pandang muka dia tadi, peristiwa lama berlari2 dalam otak aku…

Masih ada saki baki sakit hati pada wajah dan suara itu..Aku mohon semua nasihatkan hati aku ni.. Supaya hilang karat2 denndam yang dah lama bersarang.