Satu demi satu dugaan yg Tuhan beri. Pd mulanya pakcik aku a.k.a bapak tiri aku tunjukkan sikap yg baik tp semakin hari semakin lain

Aku berumur 26. Aku anak tunggal. Ayah aku meningggal masa aku darjah 1. Selepas itu, mak aku bekerja siang malam utk membesarkan aku.

Dan mak aku dimurahkan rezeki utk buat rumah sendiri di atas tanah arwah nenek aku. Pakcik aku sendiri yg tolong buatkan rumah.

Lama jugak mak aku menjanda. Sampai lah aku dapat tahu, mak aku dan pakcik aku iaitu adik tiri kpd arwah ayah aku, ada hubungan.

Aku pernah memujuk mak aku supaya tidak meneruskan perkahwinan itu sebab hati aku rasa macam ada sesuatu yg tak kena dan aku dapat rasa yg hidup aku dan mak aku akan berubah.

Tiba lah majlis nikah mak aku dan pakcik aku. Semua makcik pakcik aku rasa sangat sedih dan aku boleh lihat dari wajah mereka yg hiba.

Apatah lagi aku. Masa mak aku nikah kat masjid, aku tak pergi pun, aku menangis dalam bilik. Aku tak tengok langsung pun masa mak aku bersanding, makcik aku ada yg menangis sebab kata mereka, mereka teringat waktu mak aku dgn arwah aku kahwin dulu.

Selepas itu, satu2 dugaan yg Tuhan uji. Pada mula nya pakcik aku a.k.a ayah tiri aku menunjukkan sikap yg baik.

Bila tak bagi, di maki nya, di marah nya, di pukul nya mak aku! Harta benda mak aku, dia buat macam harta dia, dia buat sesuka hati dia!

Tak sedar diri menumpang atas harta mak aku, ambil kesempatan saja. Dasar ayah tiri iblis! Selalu aku dengar mereka bertengkar tapi Aku tak berani melawan sebab aku perempuan, aku tak nak dia buat yg teruk-teruk pd mak aku.

Tapi sampai bila aku harus bertahan, dari dulu aku perhati je sikap dia, tapi aku tak mampu nak melawan. Ada satu tahap, aku suruh mak aku bercerai dgn dia sebab aku dah terlalu benci dgn org tua itu.

Mak aku pernah luah pada aku, yg dia menyesal kawin dgn pakcik aku tu. Tapi dah terlambat! Oh ya, sepanjang dia jadi ayah tiri aku, aku tak pernah sekalipun panggil dia AYAH sebab bagi aku dia tak layak jadi ayah aku.

hanya mampu menyewa rumah sewa buruk, hidup pun tak mewah, tapi aku rasa dah cukup sangat di tambah pulak dgn kasih sayang ayah aku yg tak berbelah bahagi. Semua org senang dgn sikap dia,

pakcik makcik aku semua sayangkan dia sebab dia juga seorang yg baik hati, suka buat org terhibur dan peramah. Kenapa Mesti Tuhan uji aku dan mak aku macam ini. Sekian ini saja luahan hati aku.