Kakak iparku yg disangkakan terbaik rupanya brtopengkan pemakaiannye. Sunggunh kami xjangka, xsangka dan tak terduga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd para pmbaca… Aku X. Cukuplah dikenali sbg X shj.

Aku ada seorang abang. Dah pun berkahwin. Dan dikurniakan seorang anak yg sekarang ni bersekolah rendah. Hidup kami dan keluarga abang aku sangat ok sebelum ini.

Boleh katakan aku dpat kakak ipar terbaik la orang cakap. Nak minta temankan pergi mana2 dia selalu ada.

Nk minta tolong dia usahakan untuk bantu aku dan adik beradik yg lain. Sebab itu bg kami sekeluarga dia seorang kakak ipar yg baik.

Sebelum ini abang dan kakak iparku tidak tinggal di kawasan yg sama dengan ku. 2,3 bulan sekali baru akan pulang ke kampung.

Ia akan terjadi dengan adanya kedua2 belah pihak. Aku nk terangkan lebih detail ape yg dilakukan sungguh tak sanggup aku nk ceritakan. Bagai membuka aib org.

Tapi perbuatan yg dilakukan oleh kakak iparku sungguh keluargaku tidak boleh maafkan. Memang betul org cakap itu isteri abang aku, biar la abang aku buat keputusan tu sendiri.

Kakak iparku tak ada buat salah dengan keluarga ku secara direct. Salah dia hanya pada Suaminya tapi disebabkan suaminya itu ahli keluargaku itu yang jadi salah dia kepada kami semua.

Dan kini abangku seperti org yg buta. Buta mata hati. Adakah dia buta sendiri atau telah dibutakan itu menjadi persoalan.

Setiap kali ahli keluarga ku nasihat pasti akan ada naik suara oleh abang aku. Seperti mempertahankan kesalahan isterinya itu.

Jadi apabila rahsianya telah terbongkar dengan lebih luas kami dah tidak boleh bagi peluang lagi…

Utk abangku. Pelbagai nasihat ahli keluarga mu ini bagi sila dengar. Sila buka mata hati utk dengar nasihat ibumu serta adik beradikmu.

Jangan ikot kata2 orang lain yg ingin ambil kesempatan keatas kelurusan mu itu. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar pintu hati mu terbuka untuk mengetahui hal sebenarnya yg selama ini kamu menidakkan..

Cukuplah coretan dari insan dikenali sbg X adikmu.. utk pembaca iium maaf andai coretan ku ini sukar di ruangkaikan kerana sudah lama aku tidak menulis sebarang coretan.

mohon pembaca iium doakan abangku agar tidak dibutakan lagi oleh isterinya.

– X