Barang aku semua dikebas roommate sendiri. Bukan xbagi, tp agak2 sikit. Sampaikan dia amik sesuatu tak ngaku

Aku seorang pelajar ipta dan menetap di kolej.

Aku gelarkan roommate aku sebagai Nur supaya senang untuk difahami jalan ceritanya. Aku kenal Nur dari sem 1 lagi.

Masatu, dia tak sebilik dengan aku. Tetapi roommate aku masa sem 1 dahulu adalah classmatenya.

Jadi, dia selalu bertandang ke bilik aku. Aku mula berkawan dengan dia. Tapi, Masani aku tak Nampak perangai dajal dia lagi. Kira semuanya baik-baik sahaja.

Masuk semester ke-2, aku ditakdirkan dapat serumah dengan Nur. Kiranya housemate je la, roommate aku orang lain.

Aku tak tahu nak cakap apa dah. Bila aku balik sini aku tengok habis licin satu kotak cornflakes dia makan. What?! Banyak lagi kejadian dia makan makanan aku secara melampau.

Ada sekali tu, aku tengah study kat atas katil. Dia sedap-sedap masuk bilik aku dan ambik makanan dalam loker aku.

Bila aku masuk bilik dia, masatu loker dia tak tutup. Aku nampak dia ada makanan yang sama sebijik macam aku.

Serius la wei! Dia dah ada tapi tetap makan aku punya. Aku bukan nak berkira sangat pun. Tapi, dia dah terlampau wei.

Mak aku pesan walaupun orang pelawa makanan dekat kita. Kita boleh ambil tetapi jangan pelahap sampai habiskan makanan orang.

Aku senyap je sebab aku tak nak gaduh dan tak nak dianggap kedekut. Kalau dia pinjam kadang-kadang aku tak kisah pun, masalahnya selalu!

Paling aku bengang kejadian minggu lepas. Masatu aku balik rumah. Nur ada update status whatsapp dia pakai baju aku.

Memang mengamuk la aku sebab baju tu baju aku pakai buat pergi kelas. Aku pun reply story tu “Macam kenal baju dan tudung”. Tapi dia tak mengaku. Dia cakap tu baju dia. What? Kau ingat aku tak kenal ke baju aku?

Ok dia juga selalu ajak kawan-kawan untuk pinjam barang aku secara berjemaah. Jadi, orang ingat aku ni macam mesin pinjam barang.

Seriously, aku tak kisah kalau pinjam barang aku. Tapi, dia ni dah melampau. Dan selalu tak bagitahu dulu. Selalu je dia akan pakai dulu dan selepas tu baru bagitahu aku.

Ok, kenapa aku tak bagitahu je dia? Sebab, aku tak nak nanti dia anggap aku ni kedekut dan lepasni tak boleh pinjam dah barang aku.

Kedua, aku tak nak bermasam muka dengan dia. Aku tak nak gaduh. Lagipun, dia tu roommate aku dan aku akan jumpa dia hari-hari, makan sama-sama, tidur sama-sama.

Dia ni perangai lain ok je. Senang mintak tolong, baik dan selalu ajar aku. Tapi cuma satu tu je. Dia tak fikir perasaan orang.

Bila dah dapat makanan orang, dia tak akan ingat orang belakang mahupun tuan empunya makanan tu. Dan dia selalu buat barang orang macam kepunyaan dia. So, apa aku patut buat?