Tiba2 tandas yg selama ini berkunci, terbuka kuncinya. Lalu cikgu Maisarah pun masuk.Selepas kejadian itu ada benda yang tak kena

Assalamualaikum. Ini adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku semasa saya masih bersekolah menengah 20 tahun yang lepas.

Tidak perlulah saya namakan sekolahnya. Cukuplah sekadar saya beritahu bahawa sekolah saya tu terletak di negeri Perlis Indera Kayangan.

Waktu tu, ada seorang cikgu praktikal baru masuk. Namanya Maisarah. Cikgu Maisarah ni cantik dan lemah lembut orangnya. Aku pun suka tgk dia.

Sejuk mata memandang. Masa tu aku tingkatan 5, tapi dia tak mengajar kelas aku. Cuma pernah jadi cikgu ganti sajalah. Cikgu Maisarah pun dah lama meninggal dah. Alfatihah.

Ceritanya bermula masa hujung minggu sebelum cuti sekolah. Kiranya, sehari sebelum nak cuti panjang selama dua bulan (November dan Disember).

Mengikut cerita, tengahari masa dah tamat waktu sekolah tu, murid-murid pun dah makin sedikit, cuma tinggal kakitangan sekolah dgn cikgu-cikgu yang stayback untuk siapkan kerja.

Termasuklah Cikgu Maisarah. Cikgu Maisarah keluar dari bilik guru (part ni aku tak tahu dia nak ke mana dan apa tujuan dia keluar). Mungkin dia rasa nak ke tandas lalu tersalah masuk ke dalam tandas yang berkunci tu.

Yang menghairankan, pintu tandas tu tak berkunci pula masa dia masuk tu. Selalunya, pintu tandas tu memang akan berkunci sepanjang masa. Tak tahu lah kenapa jadi macam tu pada dia. Sedih juga bila aku fikir semula. Rasa terganggu sampai sekarang.

Katanya, dia masuk tandas tu dan tak keluar-keluar. Mungkin terkunci dalam tu. Semua orang ingat dia balik kampung memandangkan dia orang Johor.

Jadi, orang tak ambil pusing sangatlah. Dia pun duduk rumah sewa seorang diri saja. Jadi, orang tak expect pun dia hilang kena culik atau apa-apa.

Tapi ada orang cakap pernah nampak perempuan bertenggek dekat-dekat situ sambil makan ‘sesuatu’ dan ada jugak ternampak Cikgu Maisarah minta tolong dekat diaorang suruh bukakan pintu.

Tapi aku tak tahulah sebab aku tak pernah nampak apa-apa. Cuma aku seram setiap kali kalau lalu sebelah kereta dia sebab dengar macam orang menangis teresak-esak. Seram kau.

Tambah-tambah lagi bila aku pernah lalu waktu habis latihan bola sepak, hampir masuk waktu maghrib. Apa pun, aku doakan arwah Cikgu Maisarah tenang di sana. Amiin

Tamat..

Apa yang anda rasa. Jika anda rasa kisah ini sesuai untuk dijadikan pengajaran. Mari kita kongsikan kepada semua agar sama2 kita ambil iktibar dari cerita ini.

Terima kasih kerana sudi membaca. sekian