Anak bapa tiri tuduh aku yg curi. Aku dipulaukan oleh family termasuk mak kandung. Aku nekad buktikan.

Berat rasanya nak membuka kembali kisah lama, mengorek memori pahit yang dah aku tinggalkan.

Beberapa kali juga confession ni aku taip dan padam. Sakitnya masih ada, merobek seluruh jiwa dan raga.

Aku Dhia atau erti kata lain nama aku bermaksud bidardari syurga. Arwah abah yang berikan aku nama tu dan ya, akulah bidardari abah yang paling cantik dan paling abah sayang,

itu ucapan yang selalu aku di dengari dari arwah abah waktu kecil dulu. Allah pinjamkan abah 10 tahun buat aku untuk menyimpan memori manis berharga buat waktu kecilku.

Arwah abah kemalangan akibat kecuaian manusia lain ketiga bertugas. Kehilangan abah sedikit sebanyak membawa jiwa aku pergi tapi mujur ada mama di sisi.

Lepas berkahwin, kami berpindah ke rumah pakcik , yang lebih besar, berbeza dengan rumah kami dulu.

Pakcik layan aku okey saja cuma tak semacam dia layan anak-anak dia tapi bagi aku semua tu okey sahaja selagi mama masih sayang aku.

Anak-anak pakcik agak dingin dengan aku, semacam tak suka aku dan mama. Aku anggap semua tu perasaan ja sampailah terjadi satu kejadian yang tak aku lupa seumur hidup aku.

Along iaitu anak perempuan pakcik yang sulung tuduh aku mencuri duit dia, aku mati-mati tak mengaku sebab memang bukan aku yang curi, hal ni jadi besar bila along mula jerit-jerit, pakcik datang masuk campur marah aku suruh mengaku.

Mama ? mama hanya melihat aku di marahi dua beranak tu. Along tak puas hati selongkar bilik aku dan jumpa tabung yang duit sekolah yang aku menabung setiap hari,

Sampai hati mama, orang lain aku tak kisah kalau tak percaya tapi mama? hmm..

Setahun aku bertahan dengan manusia dalam rumah tu, aku dah lali dengan caci maki, dah lali dengan pergaduhan dan dah lali kena pukul.

Aku bertahan hanya kerana mama tapi mama buang aku. Aku boleh tahan semua benda apa orang buat tapi aku tak tahan bila arwah abah orang buat main, buat ejek, orang fitnah abah makan rasuah.

Aku hilang sabar dan kerana hilang sabar tu, aku dah hampir 14/15 tahun tak jumpa mama..

Ya, mama buang aku. Mama buang aku tanpa pelukan, tanpa air mata dan tanpa menoleh kebelakang pon.

Aku kena maju kedepan, tunjukan betapi ruginya orang yang buang aku. Aku mula belajar dengan sungguh-sungguh sambil aku tolong atok dekat homestay yang dia usahakan sejak pencen dulu.

Kalau ada lapang aku buat part time jadi pemandu pelancong, dari tu aku kenal ramai orang, bermacam ragam manusia tapi semua tu buat aku matang dalam kehidupan.

Pejam celik pejam celik, aku dah habis spm, sambil tunggu result tu aku mula ambik kelas bahasa asing, aku belajar bahasa Korea dan Jepun.

Tak sia-sia aku belajar bahasa Korea dulu walaupon itik cakap dengan ayam, sekurangnya aku cuba cakap waktu aku ke Korea tahun lepas, tak sangka tempat yang aku nak pergi sangat akhirnya sampai jugak.

Sebab aku sampai ke Korea atas pelawaan satu family Korea ni yang datang ke Langkawi dan duduk di homestay atok.

Terima kasih Allah pinjamkan arwah abah walau sebentar. Terima kasih atok dan opah yang ada membantu anak terbuang ni bangun semula,lupakan kisah lampau.

Terima kasih Mak Teh dan Mek Su sebab sudi hulurkan bahu, berikan kasih sayang sebagai ibu kepada anak yatim piatu sebelum waktunya ni.

Terima kasih anak-anak Mak Teh dan Meksu sebab tak kedekut dalam segala hal, pinjamkan mak masing-masing, selalu ada membantu.

Terima kasih juga buat kakitangan homestay Atok di Langkawi yang baik-baik belaka, beri tunjuk ajar tanpa jemu. Terima kasih yang selalu ada 15 tahun kebelakangan ni. Terima kasih diri sendiri sebab terus melangkah tanpa menoleh kebelakang.