Aku menyesal bagi dorang sewa sekali dengan aku.Dah la pengotor .Aku nekad buat sesuatu utk selesaikan masalah ni. Tengok ak buat apa.

Aku perempuan berusia ,pertengahan 20 an dan bekerja di ibu kota dan masih bujang. Dan aku menyewa keseorangan dan memang aku tidak mahu pun cari housemate ke roomate ke sebab aku takut jumpa yang sejenis menyemak kepala.

Ye la kat KL ni macam-macam orang perangai pelik-pelik. Memang aku mampu nak menyewa seorang pun. Family ada , tinggal pun berdekatan rumah , so tiada masalah pun. Kadang- kadang mak aku akan datang rumah seminggu sekali.

Kenapa aku pindah sebab nak selesa, aku 6 adik -beradik, 3 laki , 3 perempuan, dan aku anak sulung, paham-paham je la dengan rumah 2 bilik, aku tak selesa pun , sebab tu la aku pindah.

Ceritanya bermula , apabila officemate aku call aku , tanya weh rumah kau ada bilik kosong tak ? Aku namakan dia M .

Dia pulak keje tingkat atas aku pulak tingkat bawah. Kenapa mereka tak cari rumah lain, sebab mereka ada kucing seekor.

Mana ada orang nak bagi sewa ada pets kan. Dan ya aku terasa berd0sa sangat membenarkan mereka tinggal bersama dan setiap kali solat aku terpikir, solat aku diterima tak?

Ye la aku pun bukan baik sangat , pend0sa kan mesti la nak solat diterima. Membenarkan maksiiqt huhu, dan ya betul aku menyesal bawak mereka ni masuk. Menyesal sangat! Dan sekarang ni dh 3 bulan lebih dah tinggal di sini.

Ceritanya bermula apabila mereka ini sangat sangat la bersepah dan pengot0r! Kau bayangkan la mereka ni boleh tidur dengan kucing dan pakej tahi nye sekali.

Laki dia pulak lagi takde akal nak mampus buang sampah merata-rata. Seminggu sekali bawak keluar pinggan yang berkulaat dan campak atas singki.

Aku sabar lagi , aku pulak sejenis tak boleh tengok benda sepah- sepah ni aku kemas dan aku niat takpelah sebab mereka sibuk.

Aku mula la tegur perangai mereka ni. Korang kalau nak keluar rumah, boleh tak kita kemas rumah sama-sama dulu?

Jawapan mereka , aku tengok rumah ni takde la sepah mana pun. Jawapan mereka tu buat aku terkesima dan otak aku tak boleh proses jawapan tu.

Then, siap cakap, kau ni tegur itu-ini , kitorang dah la serabut nak kahwin. Tunggu la selesai dulu hal kitorang.

Oi cik kak, ni la sebahagian urusan rumah tangga yang kau kena hadap nanti. Then laki tu pun tambah , apa la kau ni tak reti timing ke nak tegur. Hurm. Kecewa aku .

Kalau kahwin berendam air mata buat apa? Kalau kahwin laki penagih dadaah buat apa? Macam mana anak aku nanti?

Elok ke perangai dia? Nak jadi seorang suami kena bersedia jadi seorang ayah yang baik. Aku kahwin nak bahagia dan aku nak seorang suami yang sama- sama perbaiki diri.

Buat masa ni, Baik aku tanggung mak aku and adik-adik aku dulu buat masa ni. Pahala pun dapat! Dan ini bukan kerja aku pun, kerja Allah, di luar kawalan aku.

Bab jodoh telah berusaha, dan putus tunang di tengah jalan. Cakap la apa nak cakap . Mereka jadikan hal ini untuk kutuk aku macam2. Kutuk la hina la. Allah tu Maha Kuasa Maha Besar.

Oh ya lupa nak bagitau ni rumah mereka pindah, which means rumah aku la, rumah yang kelima.

Masing-masing sepi dalam group tu tak reply. Oh ya bil api rumah aku , memang naik mendadak sejak adanya sikap mereka yang pergi kerja tak reti tutup lampu , tutup kipas pergi kerja, tutup plug handphone. Biarkan macam tu je.

Betapa streessnya aku. Lebih dari itu kadang-kadang bilik air luar tu, kotor. Bila aku tanya dah bersihkan ke, mereka cakap dah. Tiada perbezaan pun.

Aku ni bukan la tahap OCD kebersihan. Jamban tu tonyoh la dengan berus dah berkeladak berapa lama.

Hal kebersihan dah. Ni lagi 1 hal hari-hari gaduh terjerit- jerit sampaikan bila aku nak turun lif pagi nak p kerja tu , jiran-jiran tanya kat aku, aku was like, err minta maaf la ye.

Aku pulak minta maaf bagi pihak mereka! Penat! Balik tu aku tanya la si M ni kenapa semalam? Dia cakap dia gaduh dengan laki tu sebab laki tu hiisap syaabu! OMG! 1 hal lagi!

Hutang deposit pun mereka tak habis bayar lagi kat aku. Tapi di pihak mereka sana , mereka twist the fact, putar belit cerita. Dah la masuk bersedudukan, tu pun nak play victim. Tak sedar punya orang.

Sekarang ni bertebaran la cerita di pihak sana aku tak berhati perut. Sudah pun sampai ke pengetahuan tuan rumah.

Segala perbualan dengan tuan rumah, whatssap semua di tangan aku. Aku boleh keluarkan bukti ni bila-bila masa aku nak.

Untuk orang yang berakal, kebersihan dan kekemasan rumah ni adalah tanggungjawab diri masing-masing. Rumahku , syurgaku. Pernah dengar kebersihan tu sebahagian daripada iman?

Doa orang terniaya ni makbul. Tapi mereka berkelakuan seperti mereka lah mangsa. Pengajaran lepas ni selidik la bakal penyewa.

Kepada owner rumah atau agent nak datang buat spotcheck kebersihan secara berkala pun dialu-alukan. Ye la rumah kita beli, kita nak la bersih .

Netizen, tinggalkan la pandangan di bahagian komen. Aku memang minta mereka keluar sebab pengotor, bersepah.