Sbb Ibu tiri, Abah ceraikan Mak. Dah bertahun Abah dtg minta Mak jaga adik tiri plk. Terbongkar apa yg Ibu Tiri lakukan pada abah slps dia pergi selamanya

Salam..nama aku Kak Long..umur 30..dah berkahwin selama 2 tahun..tp masih belum dikuniakan zuriat..

aku dan suami dah jumpa doktor..doktor sahkan suami aku normal..tp aku yang bermasalah..

aku masih lagi dalam rawatan doktor dalam usaha untuk dapatkan anak..alhamdulillah..suami sangat memahami..

masih setia memberi sokongan dan dorongan setiap kali aku gagal mengandung..tp sampai bila suami aku akan setia..

aku tak tahu..bak kata Ude..dia dah tak ada apa2 perasaan pada Intan selepas 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 org anak..aku cuba untuk menerima sebarang kemungkinan yang mendatang..aku harap aku kuat..

Mak tiri mula mintak macam2..nk duit sama mcm mak dapat..nak rumah sama macam mak duduk..mak tiri bukan menumpang kasih..tapi merampas kasih..

bayangkan mak dapat 1k sebulan untuk 7 org anak..tp mak tiri dapat 1k untuk sorg anak..adil ke? Mak tiri mula datang rumah kami..lagak macam mem besar..

Tak lama lepas tu aku dapat tawaran matrikulasi..aku tglkan adik2 dan mak kt rumah tu..banyak cerita tak sedap yang aku dengar tiap kali call mak..

lepas tu aku berjaya tempatkan diri ke universiti tempatan yang berdekatan dengan kampung emak..jadi aku selalu balik rumah nenek dan atok..

Masa aku umur 20 tahun..aku balik rumah mak..esok nak raya..terjadi pergaduhan antara mak dengan abah..abah suruh mak balik raya kt kampung dengan anak2 naik bas..

Atok tempat mak mengadu..tempat kami menumpang kasih..aku tak tahu apa perasaan atok bila lebih kurang 20 tahun lepas..atok lepaskan mak untuk dinikahi..

berharap lelaki itu dapat menjaga anak perempuannya seperti dia menjaganya bagai menatang minyak yang penuh..disia siakan hidupnya dan dipulangkan kepadanya semula dalam keadaan yang menyedihkan..

Tapi atok dah tua..atok tak mampu nak sara kami..mak bekerja sebagai cashier di pasaraya dengan gaji 700 sebulan..adik aku abg ngah masa tu umur baru 19 tahun..

abg ngah kerja di kilang dengan gaji 700 sebulan..aku masa tu dah tak ada hati dah nak sambung belajar..tak sanggup nak biarkan mak dan abg ngah je kerja..

aku hantar surat pada dekan untuk tangguh pengajian..tapi permohonan aku tak diluluskan sebab alasan tak kukuh..kerana aku ada PTPTN..

Selapas aku tamat pengajian..aku dapat tawaran kerja sebagai executive di sebuah kilang dengan gaji 2k++..aku carikan sebuah rumah sewa..

rumah flat 3 bilik untuk mak dan adik2..walaupun kecik..cukup buat kami bahagia..atok mmg sedih bila kami pindah keluar..tp atok paham..

ini yang terbaik..tiap minggu kami akan datang ziarah atok..kadang2 atok datang rumah kami..dia bosan kat rumah sorang2..macam tulah rutin atok..

sehinggalah atok hembuskan nafas terakhir..ibu hantar lauk ke rumah atok..tiba2 atok sesak nafas..bawa ke hospital..doktor sahkan atok dah tiada..nasib mak dtg..

kalau tak mesti atok meninggal sorg kat rumah..pak cik dan mak cik yg suke sindir kami tumpang rumah atok dulu pn bukan nk balik tengok atok..walaupun kami menumpang tp kami jaga atok..

abah dah tak mampu bekerja..rumah yang abah beli untuk mak dan kami dulu dah kena lelong sebab abah dah tak mampu bayar..abah sewa rumah yang agak usang bersama adik tiri..

abah jual air seringgit depan sekolah untuk tampung hidup abah dan adik tiri..abah datang jumpa kami minta maaf..aku benci masa abah dtg..aku tak nak jumpa abah lagi kalau boleh..

Mak maafkan abah..tapi mak tak boleh terima abah semula..mak minta kami maafkan abah..mak ckp..sebab abah kami jadi sabar dan kuat..

hikmah kami dapat sekarang..kami berjaya..anggaplah ini harga yang abah kena bayar sebab nafikan hak kami sebagai anak dulu..tp mak tak nak kami ulang kesilapan yang sama..

abah tangungjawab kami skrg..kami tak boleh jadi anak derhaka..atas nasihat mak..kami maafkan abah dan gilir2 ziarah abah dan hantar ke hospital..

aku tak tau apa perasaan mak..bila cinta dikhianati dan terpaksa harung hidup sendiri dengan anak2..yang aku tau..mak mungkin masih sayangkan abah..

Sampai di hospital..mak minta kami baca yassin..aku macam tak boleh terima abah dah nk pergi..aku rasa mcm baru je bermanja dengan abah..

aku nk abah jadi wali bila aku kahwin nanti..aku minta adik tiri call mak tiri aku untuk maklumkan tentang abah..tp mak tiri tak percaya..

dia ckp adik tiri berdrama untuk dapatkan duit dari dia..aku terkedu..selepas solat maghrib..abah pergi menghadap illahi..

Mak menagis..aku cuba pujuk mak..mak cakap mak syukur abah sempat dapat kemaafkan kami..abah pegi saat kami disisi..

dengan mak..aku belajar perbuatan jahat perlu dibalas dengan doa..bukan dendam..Allah ada..biar Allah yang balas..

Lepas abah pergi..kami jumpa mak tiri untuk maklumkan amanat abah berkenaan adik tiri..lagipun mak mmg sedia nak jaga adik tiri..

mak kata adik tiri tak salah apa..tanggungjawab kami jaga dia..mak tiri meraung minta maaf pada kami..menyesal tak sempat minta maaf dengan abah..tu la..kami bgtau tak nak percaya..

Mak tiri benarkan kami jaga adik..lepas mak tiri tinggalkan abah..mak tiri telah berkahwin dua kali..tp semua perkahwinan gagal..ditipu..

hilang semua duit..dinafikan hak sebagai isteri..mcm2 jadi dalam hidup dia..mungkin ini harga yang dia kena bayar masa nafikan hak kami..

Semoga semua wanita yang menerima nasib yang sama macam mak..terus bangkit dan teruskan hidup..hikmah akan muncul suatu hari nnti

Kepada lelaki yang dah berubah kasih..jagalah tanggungjawab anda..kifarah tetap ade..cepat atau lambat sahaja..