Aku sekolah kerap kene marah ayah klu minta duit beli buku sekolah, Bila pinjam buku kawan kene keji plk.

Ni cite tahun lepas. Diisebabkan keputusan SPM nak keluar minggu depan Aku nak cerita sedikit, tentang prinsip aku dr sekolah.

Bapa aku anak bongsu yg kurang dr aspek kepimpinan terutama bab duit. Mcm anak-anak dia ni, definisi duit utk anak adalah belanja sekolah pd hari sekolah shj iaitu sebanyak Rm 2 sehari xkira menengah atau rendah..

kalau hari sekolah, kalau kebetulan cuti takkan di bagi duit belanja sekolah.

Mak aku cukup pentingkan pendidikan yg cemerlang dalam masa yg sama berkonflik dgn bapa aku yg cukup berkira.. Kami tak dibenarkan bekerja, katanya cukup dgn duit bapa bg (duit belanja sekolah)..

Kesannya, utk aku seorang yg nak pandai tapi pening dengan duit.. tak ada kelengkapan duit yg cukup..

tak dapat berkawan bergaul dgn kawan2 mcm biasa.. aku seolah2 kera sumbang tp sebenarnya aku tak ada duit, tak ada kenderaan dan tak ada kehidupan..

Semua orang tak suka dgn aku, yg selalu pinjam barang dan alat tulis orang lain..

Akhirnya, result Spm keluar dgn result yg hambar, aku tak kecewa sebab memang aku dah buat yg terbaik..

buat bisnes tak jadi.. Aku sambung belajar, dgn ilmu bisnes sikit2 yg ada, aku berbisnes dgn pendapatan rm5.00 sehari utk makan dikolej, tekad aku taknak minta duit dr bapa..

kadang2 minta kt mak 50 seminggu kalau bajet lari.. Duit Ptptn kadang2 berbaki rm700 satu semeter sgt mncukupi utk aku hidup di kolej..

Sehingga aku dpt ijazah bapa aku masih pandang rendah, skrg walaupun aku bergaji kecil tp dengan ilmu pengalaman tekanan jimat dari bapa, aku tetap mmpu memiliki kereta, motor, dan smbung belajar.

Alhamdulillah, tak lama lagi aku juga akan bina masjid dgn orang yang elit dan baik2. Semuanya mcm mimpi, Allah maqbulkan permintaan dan tak lupa doa ibu yg x putus2..

Hanya aku nak beritahu,
1. kalau bertentang pendapat dengan orang tua, cipta dunia dan impian sendiri.. tanamkan niat melawan bukan tanda benci tp sayang..

7. Hidup ini sebuah masakan, perlu ada pahit, manis, masam, pedas, masin.. itulah perencah dan resepi kehidupan.. Hanya saje, kita yg melalui merasai nikmatnya hidup, yg memandang tak rasa, jd mereka tidak tahu nikmatnya..

8. Selamat mnikmati hidup, semua orang ada bahagia masing2. cuma kita tak nampak bahagian kebahagiaan kita sbb kita tak bersyukur..

Untuk semua yg dikasihi,
Pejam mata = ubah persepsi =tuntut ilmu= bekerja keras=hargai semua orang = sabar.. Esok akan ada hari kita