Aku haus air coke,aku pun kekedai bawah rumah.Tiba2 ada lelaki tegur aku di taman.Tiba2 dia muncul di tangga flat aku.Aku pun pelik.

Saya seorang pelajar pada masa itu , dan menginap di rumah sewa bersama rakan-rakan. Rumah sewa kami ini adalah rumah jenis flat 5 tingkat.

Rumah kami berada di tingkat paling atas iaitu tingkat 5. Agak jenuh juga nak kena naik turun tangga hari-hari , tapi amat sesuai untuk tips kuruskan berat badan hahaha.

Masa tu saya tak fikir serram pun lagipun saya bukan jenis penakut nak fikir benda bukan2. Sampailah ke blok flat saya , saya naik tangga satu persatu sampailah tingkat 5.

Bila sampai tingkat 5 , tiba-tiba dekat penghujung tangga belah sana , ada abang tadi (yang saya jumpa kat playground tadi) tengah duduk.

Saya pun datang dekat abang tu then tanya dia , “aik , abang tadi ni kan , abang duk sini gak ke , kenapa tak pernah nampak pun muka selama ni.”

Abang tu still , diam seribu bahasa, bercakap tak apa pun tak tapi hanya berdiam diri dengan senyuman. Abang tu tiba-tiba berdiri dan berjalan turun anak tangga ke bawah.

Saya tanya dia nak ke mana dia tak jawab , aneh betul manusia ni. Tengah dia menuruni anak tangga tu , tiba-tiba dia tersungkur jatuh tangga sampai berguling ke tangga tingkat 3.

Selang sebulan lepas tu , benda aneh keep datang kepada saya. Petang itu masa saya habis kelas , saya singgah ke taman kejap untuk jogging.

After jogging dalam pukul 5.30pm , saya balik ke rumah. Masa tu nobody at home sebab housemate tak balik lagi. Dalam pukul 6 macam tu, saya pun pergi bilik air untuk mandi.

Masa mandi tu , basuh muka dulu and mulalah perasan seorang diri depan cermin, (haha) saya siap menyanyi acah macam suara sedap sangat.

Masa basuh muka menghadap cermin tu , makin diperhati, muka saya dalam cermin tu macam pelik semacam.

Muka saya dalam cermin tu tak bergerak , dia stay je sedangkan saya geleng-geleng kepala pun, muka saya dalam cermin tetap tak bergerak.

Roommate saya dah tidur , so saya ingat mungkin budak bilik depan kot makan. Makin lama bunyi kerusi bunyi pinggan macam annoying , takkan makan ganas sangat macam tu bunyi nye.

Saya pun keluar bilik nak tengok siapa bunyi gelojoh sangat macam tu. Guess what ? Tak ada orang wei , tak ada sesiap dekat meja makan tu and meja tu kosong tak ada pinggan tak ada apa dekat atasnya.

Then me , terus baca doa apa yang patut terus masuk bilik and letak alquran atas kepala katil huhuhu moga dilindung dari gangguan iblis dan syaitan.

Bila saya cerita dengan roommate and housemate , dorang takut and dorang pun ada alami benda yang aneh and sampaikan dorang pernah cakap , masa saya balik kampung , kan katil saya tak de siapa tidur kan sebab saya balik kampung ,

tapi dorang nampak tiap malam saya tidur kat katil tu. Saya cakap kat dorang saya kat kampung lah , how come saya boleh ada kat rumah.

Then dorang terdiam. Saya tak tahu lah kenapa benda macam ni harus saya yang alami , ataupun memang rumah sewa kami ni ada penunggu. Kami baru duduk kat sini dalam 5 bulan.

Apapun , gangguan syaiitan dan ibblis itu tetap ada.