Sy dikahwinkan dgn pilihan Papa. Semenjak sy kahwin kehidupan sy terus berubah atas desakan Papa sy.

Saya perkenalkan diri. Nama saya Atiyya atau boleh panggil nama pendek ‘Tia’. Kisah yang Tia ingin kongsikan ini adalah kisah benar yang terjadi di dalam kehidupan saya.

Tujuan cerita ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak dan yang baik itu datangnya daripada-Nya dan yang buruk adalah dari kesilapan diri Tia sendiri.

‘Nikah Tanpa Cinta’, itulah yang Tia lalui beberapa tahun yang lepas. Selepas menghabiskan pengajian di luar negara, Tia mendapat kerja yang diidamkan di salah sebuah syarikat oil & gas di ibu negara.

Mama memanggil Tia pulang ke rumah. Setelah Tia memberitahu hal tersebut, papa telah membantah dan tidak bersetuju. Katanya Tia akan disatukan dengan anak kepada kenalan papa.

Waktu itu, Tia tak dapat nak berkata-kata disebabkan terkejut dengan keputusan papa. Tia cuba pujuk mama tapi keputusan papa tidak boleh diubah.

Ayat paling keramat yang papa keluarkan yang masih Tia ingat sampai sekarang adalah ” Kalau Tia tak mahu ikut kata papa untuk berkahwin dengan anak kawan papa, Tia jangan jejakkan kaki di rumah ini lagi & anggaplah mama & papa bukan lagi ibu bapa Tia”. Allahuakhbar……

Dipendekkan cerita, Tia terpaksa bersetuju dengan keputusan papa dengan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

‘J’ sendiri memberitahu dia tak mungkin akan menerima Tia dalam hidupnya.Kehidupan rumahtangga kami tidak seperti pasangan-pasangan suami isteri yang lain.

‘J’ mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri selepas berkahwin. Istana cinta yang diangan-angankan tidak pernah wujud dalam perkahwinan kami.

‘J’ membuat hal sendiri begitu juga Tia. Malahan kami tinggal di bilik yang berasingan. Kadang-kadang nak bertembung di dalam rumah sendiri pun susah.

‘J’ keluar kerja pagi dan balik ke rumah waktu malam. Kadang-kadang dalam seminggu adalah 2-3 hari ‘J’ balik ke rumah.

Perasaan Tia waktu itu kosong, sedih pun ada. Seorang isteri yang tidak tahu langsung apa-apa perkembangan suami. Tia pernah bertanya kepada ibu mertua kenapa kami disatukan dahulu padahal ‘J’ sendiri tidak bersetuju.

Mertua Tia beritahu ia adalah desakan daripada bapa mertua Tia & papa Tia. Katanya bapa mertua terhutang budi dengan papa disebabkan papa pernah membantunya di dalam perniagaan.

Disebabkan hal itu, mereka bersepakat untuk menyatukan kami. Dan paling memeritkan Tia ialah ibu mertua Tia sendiri tidak suka dengan keputusan untuk mengahwinkan Tia dan ‘J’ dan dia lebih sukakan pilihan hati ‘J’.

Bulan berganti bulan, selapas hampir setahun lebih ‘J’ ke luar negara, suatu hari loceng pintu rumah berbunyi. Bila Tia membuka pintu ‘J’ berada di hadapan rumah.

Wanita tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Hana memberitahu dia & ‘J’ perlu berkahwin waktu itu disebabkan Hana telah mengandungkan anak mereka. Allahuakhbar, dugaan apakah ini Ya Allah. Tia mengucap panjang dan akhirnya air mata Tia tumpah jua.

Hati seorang wanita tidak sekuat yang dibayangkan. ‘J’ dan Hana berulang-ulang kali memohon maaf. Tia hanya mampu terdiam dan cuba mencari kekuatan dalam diri.

Apa yang perlu Tia buat sekarang? Apa reaksi mama & papa bila tahu mengenai hal ini? Macam mana dengan status Tia? Berlegar-legar soalan bermain di benak Tia.

Akhirnya Tia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah orang tua Tia dengan keizinan ‘J’. Tia ingin ruang untuk berfikir.

Keluarga mertua Tia dan ‘J’ dipanggil ke rumah untuk berbincang. ‘J’ membuka mulut dengan menceritakan perkara daripada A-Z. Bapa mertua Tia melempiaskan marahnya kepada ‘J’ dengan menampar muka ‘J’ dengan penuh kemarahan.

Kemudian ibu mertua Tia meminta maaf kepada Tia kerana menyembunyikan hal tersebut.

Akhirnya setelah berfikir dengan semasak-masaknya, Tia membuat keputusan untuk berpisah dengan ‘J’. Tia dah tak mampu untuk pertahankan rumahtangga yang dibina tanpa cinta ini.

Tia nak bercerai. Tolong lepaskan Tia, ‘J’. Pada tanggal 26 Februari, ‘J’ telah melafazkan cerai keatas Tia dengan talak 1. Tia mengambil keputusan ini untuk kepentingan & kebahagiaan ‘J’ dan Hana.

Semoga kalian berbahagia kelak. Segala apa yang berlaku Tia sudah maafkan. Selepas penceraian itu, Tia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara.

‘J’ ada mengirimkan email kepada Tia dan dia memohon maaf diatas apa yang telah berlaku. Dia menyesal kerana memperlakukan Tia sebegitu.

Untuk bekas suami ‘J’, Tia redha dengan apa yang berlaku. Ada hikmah untuk semua ini. Kehidupan kita perlu diteruskan & yang berlaku ini adalah suratan yang telah tertulis untuk kita.

Bila difikirkan balik, adakah ini hukuman kepada Tia disebabkan suatu ketika Tia pernah melukakan dan menghampakan perasaan seseorang yang begitu mencintai dan menyayangi Tia. Ya, suatu ketika dulu…