Jujur saya sedih pasal perangai dorang ni. Aku menangis sebab mereka buat aku macam hamba.Aku call ibu aku untuk amik aku balik rumah sedangkan besok still ada kelas.

Nak dijadikan kisah, saya nie merupakan pelajar tahun ke 2 di salah sebuah ipta. Dalam beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 3.

Saya merupakan seorang yang tak suka nak melengah lengah kan kerja. Lagi-lagi yang melibatkan assignment berkumpulan.

Assignment berkumpulan lah yang paling saya takuti sejak mula masuk ipta nie. Kalau dulu dekat sekolah assignment nie tak la brape penting sangat sebb markah nanti dapat dari paper exam jer.

sbb dia dah biasa saya yang suap segalanya. sehinggakan sampai satu tahap tu saya yang siapkan bahagian assigment dia. Bukan bahagian dia sorang je bahagian 2 org lagi tu pun saya siapkan.

Dia orang datang bawak laptop nah, boleh tolong aku tak? aku tak pande wei buat bende nie. aku tak paham ape dia mintak sebenar nya,

pastu lagu aku tak tahu cam ne nak cari maklumat nie takut lak tak same macam ape yang kau punye. last last saya juga lah kene buat kan rangka, citation, web search , tukar ayat semua tu, belum lagi nak merge kan semua kerja, edit pastu print kan.

sampai satu tahap tu saya penat tau, bekejar kejar cari orang ,tanya org cam ne nak buat.Kalau nangis tu dah selalu. depression tu paling tak kurang sebulan 2 kali.

lagi lagi kene lecturer yang kalau dapat esok terus dia nak tengok. dah tu lak terpaksa hah saya p tolong dia siapkan bahagian dia. dah lah penat siapkan bahagian saya punya, tolong pulak dia punya.

Tipu la kalau saya tak tegur sikit pun perangai dia. Tapi saya tegur secara indirect , kdg kdg tu saya tunjuk dengan expresi muka yang stress, marah marah sampai semua benda ada yang tak kene.

pasang lagu tu kuat kuat pastu tak cakap sampai esok. tu pun dia masih tak tahu silap dia dan kenape saye buat macam tu. Bila saya buat cam tu mula la dia p lari bilik sebelah.

lagi la bilik sebelah pun kuat hasutan main ml nih. makin menjadi jadi la masalah saya nih.

Saya harap la kawan saye nie berubah. Dah 2 tahun dah saya makan hati,streess dan deprression. Kadang -kadang saya macam tersisih ada jugak rasa pabila mereka nie happy happy main ml bersama tatkala saya buat kerja.

jujur la jugak sedih saya rase bila banyak kisah yang mereka bualkan saya tak dapat join n tahu.tapi saya lebih pentingkan kehidupan selepas diploma nih.

Saya dah lah dengan result spm pun ala kadar, datng pulak dari sekolah berprestasi tinggi. malu tu sampai tak nak dah nak jejak kaki kat sekolah tu.

Dapat pula abang yang berjaya sehingga kejayaan saya tak dilihat pun ahli keluarga.Lagikan result every sems , ayah dengan mak lagsung tak tanye pun .

Maaf la sekiranya confession saya nih terlalu panjang. dan saya juga bukan lah pelajar UIA tetapi yang saya harapkan dapat menjadi iktibar kepada pembaca yang lain.

Sya harap pembaca dapat doakan saya untuk terus beristikomah dalam pelajaran sehingga degree nanti .doakan saya dapat sambung dentistry selepas diploma ini . Amin
sekianm