Aku perempuan 30an. Kini gaji aku 5 ribu sebulan tapi pakwe tinggalkan aku dan hidup ak tanggung mcm ni.

Aku perempuan, berusia pertengahan 30an. Ada 1 abang, 4 adik lelaki. Masa aku kecik sampai awal sekolah menengah, aku rasa bahagia sgt, yela anak perempuan sorg, aku rasa semua org syg aku.

aku agak pandai dlm bidang akademik, dgn spm result yg agak bagus, dapat la sambung diploma dekat satu ipta. Masa tu memag rasa hidup susah sgt, tapi mujurlah ada PTPTN, aku syukur sgt, klu tak memag tak mampu la mak ayah aku nk tangung aku sambung belajar. so, terima kasih ptptn, jasamu tetapku kenang.

Sebelum tu mak aku tak pernah kerja, tapi sebab nk tangung hidup ktorg mak aku terpaksa kerja. Mak aku menoreh getah, ye… mak aku menoreh getah kebun org.

pendapatan tak seberapa, bergantung dengan harga getah. kalau mahal, bnyak la dapat.. tapi sllunye takde la byak sbb jarang yang harga getah mahal pun.

kena bahagi dua lgi dgn owner kebun plak. susah sgt masa ni, aku pernah nampak ayah aku pinjam duit dari org lain sbb nak belikan tiket bas & bg duit belanja aku balik ke kampus.

so aku jela yg boleh diharapkan pun.Even susah, mak ayah aku tetap nk aku smbung belajar, dan sekali lagi terima kasihlah pd ptptn kerana telah menjayakan hasrat mak ayah aku.

Tp masa ni aku dah mula rasa penat, aku penat sbb aku rasa aku je yg berfugsi dlam adik beradik aku. disebabkan aku sorg je pompuan, semua perkara pun aku la yg buat.

Adik beradik aku selalu cakap, apa guna aku jadi perempuan, klu bukan aku yg buat keje rumah? pergh… hangin betul aku masa tu. bayangkan, pinggan yg dorg makan sendiri pun aku yg kena basuh.

apatah lagi nak harap buat kerja2 rumah yg lain. aku pernah boikot tak mahu basuhkan, tp last2 mak aku yg kena basuh. so, aku mengalah & basuh je la jugak.

eh… memag serabut la aku tengok dorg. masa tu memang kesian sgt tgok mak & ayah aku. dan sbb aku sorg je perempuan & consider aku yg paling kakak, so aku dh terbiasa jadi tempat luahan perasaan mak ayah aku,

so, basically aku tau sume masalah mak ayah aku., dan itu selalu buat aku sgt sedih & stress. tapi aku tak rasa pun adik beradik aku yg lain tahu sebab dorg tak pernah amek tau pun.

tak pernah tau yg perbuatan dorg tu menyusahkan mak ayah aku. tp aku tetap syg adik2 aku walau sorg2 perangai tak semengah.

Alhamdulillah, aku lepas habis degree terus dapat keje. Gaji pertama RM2100, lepas tolak epf dpat dlam 1800 aku bg mak ayah aku 1000.

tapi gagal sbb aku bg jugak semua duit utk downpayment kete tu kat mak aku. So, beli la kete loan 9 thun, sbb cubaan utk mengumpul downpayment gagal.

terpaksa la byar installment bulan2 yg agak mhal dan loan 9thun. hahhaa.. sadis.Sebab aku tau mak ayah aku susah, jadi aku keje rajin2 dan cuba nak upgrade gaji aku.

Alhamdulillah, 4 tahun keje gaji aku dah memncecah 5K. klu ikutkan aku yg single dgn gj yg banyak tu aku dah boleh hidup agak mewah, boleh beli mcam2 & boleh pegi cuti2 setiap tahun mcam org lain.

boleh hidup hipster2 macam org lain. tapi aku tak mampu nak bazirkan duit aku tak tentu hala sbb aku tau mak ayah aku susah. so, aku pun jadi lah seorag manusia yg ada 1 kasut & 1 handbag je.

smbung belajar separuh jln, mintak duit kat mak abah aku. buat proejct separuh jlan, pun mintak duit kat mak aku. keluar masuk lokap & mahkamah pun mintak duit kat mak aku.

jadinye,… masa tu aku upset sgt, aku sedih sbb aku susah payah jimat duit nak tolong mak aku ayah aku, tapi ended up duit yg aku bg tu tak kemana pun,.

seolah sia2 je pengorbanan aku. stress betul aku masa tu. tapi aku ckap kat diri aku, takkan atas sbb tu, aku berhenti dari bg duit kat mak aku kan.

so aku tutup je la mata, lagipun aku tetap syg adik2 aku. manakan sangup nak biar dia duduk kat ‘dalam’ lama2, padahal klu nk ikutkan nk je aku biarkan. biar buat pengajaran. hahaha.

Sedikit pasal personal life aku. Aku ada ramai kawan llki…. tp dalam ramai2 tu hanya sorg yg aku suka. ye… hanya dia yg aku suka.

walaupun dia tak hensem, tak kaya, tak baik mana pun, senag ckap jauh sgt la dari ciri2 llki idaman aku sebelum ni yg haruslah mesti hensem, kacak & bergaya kan..

tapi hanya dia sorg yg aku sayang. aku tunggu dia, bertahun tunggu dia sehinggalah sedar tak sedar usia dah nak masuk kategori anak daara tua. suddenly, dia tinggalkan aku..

dia tinggalkan aku mcam tu je??? Ye… macam tu je!!!!! aku tungu dia sampi jd anak daara tua kut. penat makcik bawang membawang pasal aku, nape la dah tua2 pun aku tak kawen lgi. hahha.

Masa tu aku dah nekad, nk keje rajin2, lepas tu nk upgrade diri aku ke pangkat yg tertinggi, masa tu pun aku dah kat position asst. manager.

Tapi keadaan tak mengikut apa yg aku rancang. tak lama lepas aku start kerja balik aku start rasa sakit. rasa sakit yg teramat dan bermulalah sesi lawatan sambil belajar aku ke hospital.

sampaikan kwan2 aku ckap aku dah boleh jadi health consultant sbb macam2 hospital aku dah pegi, macam2 pakar aku dah jumpa, macam2 ubat aku dah makan, macam2 pnyakit yg aku dah dengar & macam2 test aku dah buat.

berulang kali jugak la keluar masuk wad, tapi masih belum dapat tahu penyakit aku yg sebenar2nya. Disebabkan nature of works aku memag sgt stress, sgt byak keje,

Disebabkan faktor kesihatan aku yg selalunye tak ok, aku let go cita2 aku utk mengejar tahap tertinggi dlam kerjaya. impian setinggi langit aku tu, aku dah campak jauh2.

ckuplah aku kat executive level asalkan gaji masih cukup utk diri aku dan tolong mak aku sikit2. masa ni adik2 aku yg macam2 perangai tu sume dah semakin waras, so dah berkurangan la perangai dorg yg mcam2 tu,

walaupun masih tak memberikan sumbangan pd family, tp atleast takde la menambahkan susah mak ayah aku. so mak ayah aku takde la sesusah dulu.

aku pun dah tak mampu nk tlong sgat sbb aku dah bnyak tahun takde stabil yg stabil.

5 bulan lepas aku kerja kat company sekarang, one day aku pengsan kat ofis. ofis aku ni paling dkat dgn salah satu hospital semi-gov kat kl ni, so situ la tmpat dorg hantar aku.

tapi… sekali lagi apa yg terjadi tak seperti yg dirancang. insurance reject calaim 16k aku tu… atas alasan penyakit aku terlalu rare & tak termasuk bawah perlindungan dorg. menangis aku mengenangkan 16k yg aku dah swap tu. hahhaa..

Mengikut kata Neurosurgeon, aku sepatutnya akan pulih selepas operation dan aku akan dapat kehidupan normal aku balik dlam msa sebulan selepas tu.

so aku plan takpe lah, aku boleh kerja balik baik2 utk kumpul duit & byar hutang2 aku. tapi sekali lagi tak terjadi seperti yg dirancang, sbb manusia hanya mampu merancang.

keadaan aku tak bertambah baik pun, aku sentiasa sakit, sakit yg teramat sampaikan aku akan collapsed secara tiba2.. dari aku sepatutnya mc selama 6 minggu je, aku amek mc selama 4 bulan.

Sampai satu tahap Dr tak tahu dah nk buat ape dgn aku. Akhirnya Dr prescribed aku beberapa jenis ubat untuk membantu aku mengawal symmptom dan mengawal kesakitan aku.

bukan utk menyembuhkan tapi sekadar mengawal. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu aku. but still, on overall aku masih sgt sakit.

normal daily activities macam duduk, jalan, baring, tgok Pc, pun sgt menyakitkan bgi aku. on top of that, aku perasan otak aku jadi makin slow.

yeah… my brain is getting slower guys. hahha… sometimes aku lupa nama budak2 ofis aku, aku lupa ape yg aku dah buat, lupa ape aku nk ckap..

rasa lost sgt masa tu, sbb aku memag takde duit, aku takde saving langsung. tapi aku tak pernah menyesal bagi semua duit aku kat mak aku sebelum ni.

Mak ayah aku nk bg duit yg dorg simpan dlam tabung haji utk pergi haji kesemuanya kat aku. katanya tu pun duit aku sbb lebih2 duit yg aku bg tiap2 bulan tu, mak aku simpan kat tabung haji.

aku tak sangup nak amek.. tapi aku ambik jugak sikit buat modal aku start keje balik lepas habis mc 4 bulan tu. aku cakap hutang, nanti aku bayar balik..

tapi sampai sekarang aku maseh belum mampu bayar balik. hahhaha. abang aku?? owh… terlupa pulak aku ada abang. ye abang aku memag nampak mewah, kereta besar, rumah besar, motor besar..

(thanks korg.. aku sayang korg dunia akhirat) abang aku?? kadang dia tak tau pun aku masuk hospital sbb aku rasa tak guna pun update dia. aku pernah update dlam whatsapp group family yg aku masuk hospital.

takde siape reply kat group tu tanya khabar aku ke, bg kata2 semangat kat aku ke.. doakan aku ke.. ape ke… krik krik krik je la sampi ke sudah..

sekarang aku dah tak pernah update dah pasal aku. aku ckap kat diri aku, takpe la, slagi mampu aku tak susahkan dorg aku akan usaha sendiri. pernah dekat hospital Dr tanya aku ‘awk ni sy tak pernah nampak pun sedara mara, awak ni sebatang kara ke?” ok…

kelakar sgt kan Dr ni. aku cuba buat sendiri setakat yg aku mampu. berkali jugak aku jatuh tergolek tak mengira tempat sbb aku sgt2 tak sihat, tapi aku tak boleh nk selalu harapkan org. kuatkan diri… aku usaha sendiri setakat aku mampu.

disebabkan penyakit aku tersagatlah rare dan unik, sukar untuk Dr lain faham penyakit aku secara menyeluruh. Dan aku dinasihatkan, Dr dan hospital yg samalah sebaik2nya yg meneruskan rawatan terhadap aku.

Ini utk mengelakkan keadaan kesihatan aku menjadi lebih buruk. aku sgt2 tak bersedia utk 2nd surgery, aku masih sgt trauma, dan sgt takut. Utk long term solution, aku sebenarnya takde pilihan,

aku memag kena buat surgery tu. walaupun hasilnya aku tak tau positif ke tak, tapi aku tetap kena buat sebagai salah satu dari usaha. Tawakal dan usaha, selebihnya aku serah pd Allah.

tapi pd masa sekarang aku belum bersedia. byak faktor yg kena dipertimbangkan especially faktor kewangan.

So tu je la summary hidup aku. hahha… terima kasih kepada yang sudi baca, tolong doakan semoga jalan hidup aku selepas ni dipermudahkan,. Aku pun doakan korg sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin.