Dada makcik merah-merah bntuk burung lepas keluar dgn laki. Yang pelik bila jumpa doktor bg tahu tak ada apa-apa

Sebelum aku mula cerita ni, korang mesti tahu sihir tu apa kan? Ni kisah makcik aku. Ok first, aku describe latar belakang makcik aku dulu.

Makcik aku ni adik kepada mak aku, means makcik aku ni anak keempat dan anak bongsu dalam adik beradik diorang.

Buat pengetahuan korang, makcik aku ni dia tinggal dekat Raub, Pahang. Makcik aku ni umur dia dalam lingkungan lewat 40-an macamtu.

Ok cerita dia mula macam ni, mak aku ni memang rapat lah dengan makcik aku, diorang selalu sembang dalam phone sebab kitorang duduk KL so memang jarang berjumpa lah.

Satu hari ni makcik aku whatsapp mak aku, dia kata dada dia skit lepastu macam merah merah.

Dia kesian anak anak dia masak sendiri. Makcik aku ada 3 orang anak perempuan dan semua anak dia sekolah lagi, sorang form 3, sorang darjah 6, sorang darjah 2.

Tapi anak dorang tak ikut masa ni. Diorang semua gerak beranang dalam pukul 10 macamtu lepastu balik dalam pukul 1 lebih.

So petang tu family aku ngn makcik aku dengan laki dia lepak lah dekat depan rumah makan makan buah. Petang haritu tak hujan, panas panas bahang walaupun dah bukak kipas.

Yang peliknya makcik aku terketar-ketar sejuk memang badan dia berlapik selimut lah masa tu.

Tapi takda apa apa yang pelik jadi pun, semua okay, makcik aku pun dah boleh berjalan macam biasa lepastu cuma badan dia makin kurus lepastu muka lemah je.

Yang lagi teruknya, nak buang sihir tu kena jumpa dengan siapa yang hantar benda tu sebab dia je yang boleh buang tapi orang yang hantar sihir tu dah meningal.

Orang yang hantar ni dia pergi jumpa bomoh orang asli. Aku taktahu sihir orang asli macam mana, biasa dengar sihir orang siam je. Katanya dia hantar sihir burung.

Macam mana makcik aku tahu dia terkena sihir? Ayah laki dia ni kenal ada sorang ni, tapi dia macam bomoh juga so diorang pergi berubat dengan dia.

Masa ni mak aku marah makcik aku sebab jumpa bomoh. Bukan apa, ada ke patut dia minta pengeras RM600 dengan ayam apa yang susah cari tu dengan ada satu nama pokok ni nama pelik.

Laki dia pun setuju je masa tu sebab kesiankan makcik aku ni. So diorang pun pergi lah berubat dekat situ.

Aku dengar suara makcik aku slow je cakap dekat mak aku “long, skit sangat long” masa ni memang anak anak dia, mak aku, pakcik aku semua menangis kesian tengok makcik aku.

Lepastu doktor datang cerita yang masa dorang dah belah dada makcik aku ni, nanah terpancut pancut keluar, dia kata senang kerja tak payah tekan pun.

Doc takjahit pun dada makcik aku sebab dia nak tengok dulu apa ada kat dalam. Doc ada jugak cakap dada makcik aku macam berlubang lubang taktahu sebab apa.

Tapi semalam katanya dah jahit balik dah. Masa kami tengah sedih kerumun katil makcik aku ni, datang sorang perempuan tua pergi kat kakak ipar aku.

Masa ni kakak ipar aku duduk luar sorang sorang. Perempuan tu tanya kakak ipar aku apa yang jadi, skit apa, macam macam lah dia tanya. Kakak ipar aku jawab je.

Masa dekat hospital tu aku tanya lah anak dia tu “kak ngah nanti form 1, sekolah mana?” dia jawab slow je “taktahu lah kak wawa” aku masa ni macam “eh macam mana boleh taktahu, tak apply mrsm ke sbp ke?”

dia diam je pastu dia tinggalkan aku sorang sorang kat ruang menunggu tu. Kesian aku.

Okay tak, sebenarnya balik tu mak aku cerita yang anak kedua dia tu nak masuk mrsm tapi makcik aku ni takbagi. Alasannya sebab makcik aku skit, takda siapa nak melawat dia.

Mak dia bagi apply sekolah sains sebelah rumah je. Sekolah tu sbp jugak cuma dia memang teringin nak masuk mrsm.

Masa ni sedih sikit lah, sebab dia mengadu dekat atuk dia tapi atuk dia jawab “siapa nak hantar awak ambik awak balik nanti, takpelah kak ngah, munkin takda rezeki dekat mrsm, sekolah mana mana pun sama je, asal niat tu nak tuntut ilmu”

Pengajaran dia dekat sini jangan keluar rumah malam malam, berhati hati kalau nak makan dekat mana mana, jangan main sihir, jangan jumpa bomoh, ingat Allah.