Ayah mak kerap ngadu sakit. Abg long terus nk hantar mereka ke rumah orang tua. Mungkin sbb apa yg pernah kami lalui adik beradik dulu

Ini kisah aku dan family aku. Kisah benar yang masih jadi igauan buat kami semua. Ya, sampai kami dewasa, masih teringat dan terngiang2 kata2 mak ayah.

Aku harap luahan ini dapat membuka mata semua pihak mengenai isu yg aku ceritakan ni.

To be honest, aku pun salah seorang yang pernah dide3ra fiziikal dan em0si oleh kedua ibu bapa aku sejak aku kecil.

Kadang-kadang silap aku kecil je, contoh tertumpahkan air atas lantai. Tapi terus ibu bapa aku belaasah aku dengan tali pinggang, kadang-kadang kena sepak tera@jang sampai senak perut aku.

Badan berbirat-biirat tu biasa. Sampai sekarang, aku dah dewasa pun, tapi badan aku tetap banyak parut yang tertinggal kesan ‘d3raan’ ibu bapa aku.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi aku pun dah tak ingat sangat, sebab memori tu hampir separuh aku dah padam dari ingatan aku sebab ianya terlalu skit untuk aku.

Yang lagi awesome ialah, bila kami adik beradik buat salah, sedara mara tolong galakkan ibu bapa d3ra kami.

Contoh, abang aku main mainan sepupu dia pastu tanpa dia sengaja mainan tu rosak ( aku rasa tu bukan salah abang aku sebab mainan tu memang nak rosak dah pun. Just timing je kebetulan terkena time dia main).

Soo apa lagi, mak cik aku pun report kat bapa aku. Dia suruh rotan abang aku.

Bapa aku pun rotan dan marah la abang aku depan mak cik depan sedara kami semua. Lepas rotan dilibasnya pula tali pinggang.

Bayangkan aku umur 5 tahun dah kena sepak terajang dan kepala dihantuk ke dinding hanya kerana terpecahkan pinggan kaca?

Dan bayangkan lagi, bila adik aku umur 5 tahun masih tak reti membaca, diikat kat pokok di luar rumah sampai kelaparan dan penuh gigitan nyamuk di badan? Kau rasa ni satu didikan yang bagus ke?

Ramai yang cakap, “disebabkan didikan mak bapak yang macam tu lah, anak jadi berjaya.. jadi manusia sekarang”.

Kau silap, aku dan adik beradik aku berjaya sebab kami memang nak berjaya.. dan kami berjaya sebab kami mahu.. atas desire sendiri.. dan atas didikan guru-guru di sekolah, didikan pensyarah dan ustaz ustazah yang banyak bimbing kami di luar rumah..

Disebabkan ibu bapa aku yang selalu sangat ‘d3ra’ kami, hubungan kami dengan ibu bapa jadi tak rapat. Dah la fizikal selalu tercalar kerana dihukum gara-gara kesalahan yang kecil,

Kawan-kawan aku pun selalu cerita mak ayah diorang manjakan diorang, bawa jalan-jalan, peluk diorang, cakap yang baik-baik..

Tapi aku? Aku selalu menangis sebab aku rasa aku tak dilayan seperti anak kandung. Aku selalu cemburu lihat mak ayah kawan-kawan aku peluk diorang, ucap tahniah bila berjaya.

Istilah ‘bdoh’ tu dah lali untuk aku. Kadang kala aku terdetik dalam hati “Mak bapak nak anak pandai, bila dapat nombor terkebelakang, pandai pula marah, Tapi selalu cakap anak bdoh dan lembap. Sedangkan lidah mereka tu doa.”

Bila semakin besar, aku selalu belajar rajin-rajin sebab aku nak buktikan bahawa aku pandai. Adik beradik aku yang lain pun sama.

Kami berusaha bersungguh-sungguh selama ni bukan sebab nak buktikan kepada orang luar, tapi kami cuma dah serik dicaci maki dengan ibu bapa sendiri.

Kami semua membesar jadi pendiam. Kami tak dapat merasa kebebasan explore dunia luar, kami tak bebas bertanya kepada ibu bapa, sebab kalau tanya soalan simple pun kena maki. Akibatnya, kami sangat renggang dengan ibu bapa kami.

Kami tak pernah share masalah dengan ibu bapa, tapi kami adik beradik hanya story sesama sendiri je (hikmah dia ukhuwah kami adik beradik jadi sangat rapat).

Nak mengadu masalah kepada ibu bapa tu jauh sekali. Kalau balik rumah pun, kami krik krik.

Nak ciium tangan ibu bapa pun rasa kekok, berpeluk tu memang tak pernah. Rasa sangat tidak harmoni, rasa seperti berada di dunia yang asing.

Orang selalu cakap, rumahku syurgaku. Tapi hakikatnya, rumahku adalah nerakkaku.

Tengok muka ibu ayah yang tua itu pun rasa takde belas ihsan. Rasa tawar.

Tak tahu nak ekspresikan perasaan kami macam mana, sebab kami hanya sekadar laksanakan kewajipan anak sahaja sekarang.

Dan untuk pengetahuan semua umur mak ayah kami da sampai 57 tahun.. Sudah kategori warga emas.. Disebabkan mak dan ayah selalu skit, kami adik beradik jarang balik dan hanya waktu tertentu sahaja akan pulang.

Abang aku yg sulung baru ni bagi 1 idea lepas kami duduk berbincang.

Abang nak hantar mak ayah pergi pusat jagaan orang tua. Buat setakat ini. itu sahaja yang mampu aku cerita. Terima kasih