Tepat 3 pagi ada org rambut panjang duduk tepi pintu. Hairan jgk mcm mane ada kt situ.

Salam… cerita ini adalah cerita yang telah saya copy and paste dari blog member. Dan ini adalah cerita sebenar dan bukan cerita rekaan.

Kalau cerita ini sudah pernah di publishkan sebelum ini. harap admin tak perlu publishkan lagi. terima kasih.

****Apa yang hendak saya paparkan adalah berkenaan kejadian pelik ketika saya ditahan di wad hospital beberapa tahun lalu, akibat tersimbah minyak panas. Itulah kali pertama saya ditahan di wad.

Saya tidak pernah dengar yang hospital tempat saya ditahan itu berhantu. Yang saya tahu, hospital itu memang telah lama wujud.

Ia dibina beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua lagi, tapi tidak pula saya dengar kisah-kisah pelik tentangnya.

Inilah kali pertama saya ditahan di wad, hari-hari berlalu sungguh membosankan…

Itu sebenarnya adalah alasan untuk saya keluar sekejap. Agaknya kerana kesian, mereka berikan kebenaran. Tapi sekejap saja, kata mereka.

Siapakah perempuan yang mencangkung pukul 3 pagi ini?
Ketika saya berada betul-betul di pintu wad, melalui celah-celah cermin pintu, saya melihat ada seseorang sedang mencangkung di tepi longkang di bangunan yang terpisah dari blok wad saya.

Terkejut juga saya. Pukul 3.00 pagi, ada juga orang yang duduk mencangkung di tepi longkang. Mungkin dia juga bosan macam saya agaknya!

Saya turun ke bawah tidak menggunakan lif, hanya menuruni anak tangga satu persatu. Sepanjang menuruni anak-anak tangga itu, mata saya tidak lepas daripada memerhatikan perempuan tadi.

Selubung
Tiba-tiba perempuan itu tubuhnya begitu tinggi…
Ketika saya memasukkan syiling di vending machine, perempuan itu tiba-tiba bangun dan saya betul-betul terkejut. Tubuhnya begitu tinggi, saya agak sekitar tujuh atau lapan meter!

Tangan saya menggeletar, hinggakan tanpa sedar beberapa keping duit syiling saya jatuh bertaburan di lantai. Saya terus berlari naik ke wad dan terus menuju ke katil. Sampai di katil saya terus baring dan tarik selimut.

Seorang jururawat datang dan bertanyakan saya, kenapa? Sejuk, jawab saya ringkas. Habis bertanya, jururawat itu pun berlalu.

Saya terus selubung muka sambil mengingat kembali apa yang saya nampak dan alami tadi. Kalau tingginya sama seperti pokok yang juga sama tinggi dengan bumbung bangunan setingkat di sebelahnya, memang sah perempuan itu bukan manusia.

Apa yang saya nampak, saya beritahu kepada jururawat tersebut. Tapi mereka semacam tidak hairan langsung dengan cerita saya.

Saya tidak bohong. Mungkin saya dalam keadaan masih demam ketika itu, tapi saya tidak mereka-reka cerita yang bukan-bukan.

Percaya atau tidak terpulanglah kepada mereka. Bagi yang mengalaminya sendiri, saya seratus peratus percaya apa yang saya lihat adalah benar

Ramai orang kata itulah Hantu Galah…
Pertama, kalau manusia biasa, tidak mungkin tingginya sama dengan paras bumbung bangunan setingkat itu.

Kedua, kalau dia manusia, tidak mungkin dia boleh berdiri di luar tingkap di tingkat tiga. Tiada belebas atau apa-apa lantai atau palang di luar tingkap tersebut yang membolehkannya berdiri di situ.

Banyak kisah-kisah seram dikatakan berlaku di hospital ini…

Kakak sepupu saya kata memang ada signboard, tapi terlindung di sebalik pokok-pokok di hadapannya. Tidak perlulah saya nyatakan di hospital mana kejadian itu berlaku.

Cukuplah saya katakan yang ia adalah sebuah hospital lama, dan masih berfungsi sehingga hari ini.Terima kasih kerana sudi membaca dan harap cerita ini sedikit sebanyak menyeramkan malam anda!..