Perut besar ni hasil bersama lelaki belasan tahun. Mak dapat rasa tp sy bg jawapan mengelak

Bermula tahun 2008 saya disahkan mengandung hasil perhubungan yang tidak halal. Waktu itu saya berumur 21 tahun dan teman lelaki waktu itu lebih muda dari saya 2 tahun.

Waktu saya dapat tau dengan mengunakan test kit pregnancy dan teman lelaki tahu akan kandungan saya tapi keluarga kedua pihak tidak tahu menahu akan hal ini.

Waktu itu saya tidak mempunyai kekuatan dan takut untuk memberitahu keluarga dan teman lelaki pun tidak tahu bagaimana untuk handle perkara ini.

Tapii naluri sorg ibu tak akan pernah silap kan ditakdirkn mama saya mimpikan saya tentang kehamilan saya dan eseoknya tanpa ragu dan berlengah mama menyuruh adik saya menemani saya untuk pemeriksaan dan doct0r telah sah kan saya mengndung dan tinggal beberapa minggu saja untuk berslin.

Masih segar dalam ingatan ini waktu dktor scan dan denngupan janntung bayi berbunyi terlalu kuat shingga adk saya waktu tu yang berada dalam bilik sebelah boleh mendengar dengupan tersebut.

Dia trs terdiam dan dia kawal em0sinya, lepas semuanya selesai masuk saja dalam kereta adik terus menghamburkan tagisan nya dan dia bertanya pada saya kenapa buat macam ini tak kesian kan mama ke?

Bertalu2 soalan adk pada saya tapi saya hanya mampu diam seribu bahasa.Selepas semua nya selesai di kliinik kami pulang ke rumah.

Alhamdulilah mereka tidak malu dengan saya dan tidak buang saya, malah mereka menyuruh bapa kepada anak ini berbincang dan akhirnya keluarga saya dan suami saya bersetuju kahwin kan kami.

setelah kedua keluarga berbincang dengan pegawai agama kami di nikah kan di pejabat agama shah alam.

Setelah segalanya selesai urusan pernikahan kami, saya Dan suami tidak duduk sebumbung suami ikut keluarga balik ke kampung dan saya bersama keluarga saya shingga saya bersalin.

Di sini la segalanya bermula coretan hidup saya sebagai seorang isteri.Perkahwinan yang tidak mendapat restu dengan jalan yang salah tak akan bahagia kan.

Suami saya? Masih merasa dia seperti bujang. Saya cerita sikit tentang dia. Dia saya gelarkan ‘F’ suka akan hiburan d@dah dan wanita baginya adalah biasa jika tiada wanita dalam hidup nya seperti kosong jiwa nya.

Kalau nak dihitungkan wanita berapa ramai tidak terhitung oleh saya selama tempoh perkahwinan saya dalam 8 tahun, bermacam2 wanita yang datang dan pergi dalam hidup dia sehingga saya sudah lali akan semua tu.

Masih saya ingat peristiwa di putrajaya suami ditahan p0lis atas memiliki d@dah dan keputusan keluarga ‘F’ mereka relakan dia dalam pnjara dengan harapan dia belajar sesuatu dan berubah.

Saya mengaku selama F dalam pnjara skali pun saya tak pernah jenguk dia. Ramai akn bertanya kenapa?

P ada menggut saya dan dia tau segalnya tentang anak saya jika saya tidak memberi wang kepadanya saya tak akan dapat lihat anak saya lagi.

Dengan rasa berat hati saya memandang barang kemas pemberian mama kepada saya satu ketika dulu tapi saya tiada cara lain selain saya gadaikan semuanya untuk diberikan pada P.

Sepanjng perkahwinan saya bersama F skali pun dia tak pernah memberi nafkah zahir pada saya segala urusan kewangan atas bahu saya.

Setelah F keluar dari pnjara dia bercinta dengan seorg wanita bernama M. Tapi cinta mereka tak kesampaian kerana keluarga M sudah mempunyai colan suami buat nya.

Alhamdulilah Allah masih sayangkn saya dia tunjuk akn jalan apa yang perlu saya ambil. Waktu ne saya betul2 serah kan segalnya pada Allah setelah tau apa yang patut buat,

saya sendiri pergi failkn pencerian di mahkamah dan syukur Allah permudahkn urusan saya. Dengan bukti2 yang kukuh F tak pernah memberi nafkah selama 8 tahun meskinpun membelikan paakian dlm wanita pun dia tak mampu dan menyediakan tempt tinggal apatah lagi berp0ligami.

Segalnya terlalu pantas dan saya diceraikan di dalam mhkmh pada 5/10/2016.

F saya minta ampun sekiranya ada salah dan silap dalam perkahwinan kita saya minta maaf kerana bukan isteri yang sempurna utk awk seperti yang awak katakan saya tak pernah bagi peluang untuk awk sbgi suami. Maaf kan saya.

Untuk wanita bernama W saya tak mampu maaf kan awak. Kerana kata2 yang awak karang menyakitkan hati saya dan saat saya dapat tahu awk terlnjur dengan suami saya malah awk dan F lagaknya seperti suami dan isteri.

Dan saya tau F tidak mampu untuk berp0ligami.Saya sakit W sebab duit yang F pernah mintak pada saya untuk bayar sewa bilik rupanya duit itu digunakn bersama awk sdngkan waktu tu gaji saya cukup2 sehingga hujung bulan tetapi F tak pernah bertanya akan saya dan anak cukup atu tak.

Saya s@kit saat dapat tahu gaji suami saya separuh daripadanya diberi pada keluarga awk tetapi dia lupa akan tanggungjawab pada saya dan ank dia.

Saya sakit saat awk cakap faham perasaan saya tapi sebenarnya awk tak faham pun. Jika awk faham awk tak akan bercinta dan sanggup menyewa satu bilik dengan suami org.

Alhamdulilah Allah kurniakan kebahagia saya bersama anak saya, semuanya berhikmah.F dan W semoga kalian bahagia hingga jannah bersama permata hati kalian.

Utk F terima kasih atas semunya. Terus terang F tidak semuanya salah awk ada sisi kebaikan awk yang org lain tak nampak dan saya nmpk kebaikan itu.

Cuma DIA telah membelah jalan kita berbeda. Maafkan saya kerana bukan isteri sempurna utk awk.

Untuk keluarga saya terima kasih bersama saya waktu susah dan senang walaupun saya dah menconteng arang pada kalian.