Masa ayah ada depan mata aku diam membisu tapi kehilangan hati ak jadi sakit

Hi semua, kalau korang masih ingat, aku lah confessor Kisah Nenek Aku. Kali ni, aku nak cerita pasal ayah aku, tapi ni bukan cerita seram eh, cuma nak luahkan sikit je.

Aku dilahirkan sebagai anak ketiga dalam 4 beradik. Sejak kecik lagi, aku paling rapat dengan arwah ayah. Kalau kat mana-mana, mesti aku berkepit bawah ketiak dia. Adik beradik lain pun rapat jugak tapi aku ni, berganda2 rapat.

Kitorang hidup sederhana je, tak adalah senang sangat, tak adalah susah sangat. Kalau mak aku pegi keje, ayah aku ni lah yang jaga kitorang. Pakai pampers, buat susu coklat dalam botol, mandikan kitorang. Tengok tv pun, dia ajak semua anak dia duk bawah tiak dia. Ayah tak boleh kerja sebab dia sakit.

Jadi, hari-hari kitorang, selalu dengan dia, daripada dengan mak. Kalau abang akak aku buat hal, dia kejar dorang satu kampung wei, aku tengok pun seram bila dorang balik, dengan penuh sendu. Maklumlah, dorang umur pun dalam 11-13 tahun.gitu, zaman kemuncak.

Aku pakailah tudung sarung dengan baju kurung, macam dorang cakap. Adik aku yang kecik, 2 tahun pun ikut sekali. Abang akak aku je dah gerak dulu. Tapi, aku masih tak jumpa mak aku. Tak tahu dia dekat mana.

Tunggu punya tunggu, akhirnya aku sampai tempat yang dituju. Masjid. Aku ikut aje makcik aku yang dah sebak, masuk masjid.

Aku tengok ramai berkumpul dekat dalam masjid, dengan tangisan demi tangisan. Aku nampak mak aku menangis atas bahu makcik aku lagi satu, aku nampak abang aku dah menangis, jarang2 nampak dia nangis. Akak aku je tak bagi reaksi apa.

Semua dekat situ menangis. Makcik aku yang bawak aku ngan adik aku ni, bawaklah aku ke mak. Mak cakap “pegi tengok ayah”

Aku diam lagi, aku tak menangis. Aku langsung tak menangis. Aku pandang je dorang angkat ayah masuk keranda. Aku pandang mak aku, dia menangis lagi, benda tu yang sedih.

Bila dah siap tanam, ramai yang tenangkan aku, tenangkan mak aku, tenangkan family aku. Padahal aku okay je, aku tak rasa apa apa pun.

Dan itulah kali terakhir aku jumpa ayah.

Lepas beberapa hari, aku datang sekolah. Cuma, terasa lain. Suasana lain. Bila waktu sekolah mula, cikgu tadika aku yang kedatangan, tiba-tiba mention nama aku.

“Kenapa kamu kerap tak datang sekolah?” dia marah dan tengking. Aku yang berdiri depan dia, diam aje.

Pelikkan, masa ayah ada depan mata, aku diam membisu tapi bila sedar dan rasai kehilangan dia, hati 6 tahun aku pun rasa sakit. Rasa sakit sangat.

Habis basah peha cikgu tu aku buat, aku menangis kuat sampai cikgu kelas sebelah boleh dengar. Mak aku lupa nak bagitau cikgu pasal kematian ayah, jadi cikgu tak tahu kenapa aku menghilang selama 4 hari.

Aku rasa aku ok tapi disebabkan aku masih keliru, lepastu cikgu tu tengking aku, aku jadi sensitif.

Aku tak jumpa ayah dah dan dia marah aku secara tiba2, dan itu yang membuat aku jadi tersedar. Rasa sakit dia tu, aku masih ingat sampai sekarang. Orang sedih ni, kalau kau marah, memang rasa nak nangis tu membuak kan?

Abang aku, masa tu 14 tahun, dulu, dia aktif sangat. Boleh dikira gangster kawasan tu lah. Semua orang dia belasah. Tapi, lepas ayah meninggal, dia jadi pendiam.

Dia jadi orang yang banyak berfikir daripada bercakap. Kadang2, aku nampak dia susun gamba ayah sorang2, lepastu menangis.

Bayangkan, walaupun ayah selalu belasah dia sebab buat hal, tapi dia kata, dia paling rindu benda tu. Sekarang ni, dia kata, nak buat hal pun, masih takut ayah kejar dia dengan rotan.

Kitorang semua hidup tanpa kasih ayah dan dah 13 tahun berlalu, aku pun dah besar, nak masuk U dah, abang akak aku pun dah graduate dan kerja. Adik aku, alhamdulillah, sekolah dekat tempat yang bagus.

Kita selalu rapat dengan ibu tapi luangkan masa dengan ayah, sebab ayahlah, yang akan jaga kau, lindungi kau macam mana sekali pun.

Kalau aku diberi peluang, aku nak arwah ayah aku tengok kitorang sekarang, dulu tak kuat, nak mulakan hidup pun rasa tak kuat, sekarang, aku harap dia bangga dengan anak anak dia.

Dan aku dah berjanji, aku nak jadi budak baik, rajin belajar dan banggakan, senangkan mak aku yang satu-satunya permata hati yang aku ada lepas adik beradik aku.

I love you, ayah.

Terima kasih kerana membaca walaupun agak panjang, kalau ckap pasal pasal family ni, memang laju je air mata jatuh hahah.