“Adik tak susah ke nak makan pakai purdah, Nak selak lagi” Salah kah apa yang aku lakukan

Saya sebenarnya mahu bertanya pendapat tentang jeng jeng jeng…hehe. Saya akan menggunakan perkataan ‘aku’ supaya lebih mudah untuk meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku di hati saya..

Ok macam ni..aku ni seorang yang berpurdah. Aku start pakai kalau termasuk tahun ni dah 2 tahun la aku pakai. Aku ni bukannya arif tentang benda2 cam ni..

jadi aku nak tanya pendapat sesiapa yang pakai or tahu tentang ilmu pasal ni. Ok macam yang aku tahu berpurdah ni sunat kan? But sometime aku macam kelirulah time bila boleh bukak or time bila kene tutup.

Sebab aku ada jugak tanya orang lepastu research apa semua lagi..banyak sangat jawapan ..kejap kata ni la tu la…ok biar aku terangkan situasi aku ni macam mana.

Aku nak minta pendapat..salah ke apa yg aku buat sekarang bagi identiti orang yg berpurdah( niqabis). Buat pengetahuan semua aku pakai purdah yang half je sebab mudah lah bagi aku..

SITUASI:

– nak dijadikan pulak lepas kejadian tu …ayah aku bagitahu aku..yang die tadi jumpa dengan sorang laki ni dengan bini dia(berpurdah). Suami isteri tu baru lepas belajar ..muda lagi la..

so diorang berniaga kecil kecilan kat tepi tepi jalan gitu…ni yang aku nak habaq ni…ayah aku berborak lah ngn bini laki tu..masa tu diorang duduk kat satu meja. Pompuan tu selak niqab die keatas masa nak berbual ngan ayah aku..

so ayah aku suggest kan la …makan bukak lah kejap..lepastu pakai balik..oh lupaa nak bagitahu family aku ni tak da lah warak alim sangat..semua sedang2 je.

Tak adalah sampai tu tak boleh ni tak boleh…janji ikut syariah sudah…

– aku pun research la google, utube apa semua.. Masa search utube tu..aku ada tengok satu ceramah ustaz azhar idrus ni….soalan die berbunyi “boleh ke bila makan bukak purdah?”

Yang aku ni..dah macam pikir seribu kali..aik? Salah ke kalau aku makan bukak kejap…lagipun aku x nak masyarakat cakap yang kalau pakai purdah ni..nak makan susah..aku nak ubah persepsi dorang…

Soalan : betul ke apa yang aku buat ni? Boleh kan makan bukak kejap..lepas habis makan..pakai lah balik…?

SITUASI 2:

FAMILY
– macam mana kalau ada sedara mara datang kat rumah kita..kita kena pakai purdah jugak ke?

– aku ada lah jugak bincang dengan member aku..member aku cakap dorang pakai purdah kalau ada orang luar datang or sedara mara dorang datang rumah…

SITUASI 3:

KELAS TUISYEN

– ni lagi satu benda yang aku macam tak tahu la betul ke tak apa yang aku buat ni..macam ni…aku nak ambil pt3 tahun ni..so aku pegilah tuisyen…
aku pergi tuisyen pakai..

tapi bila dalam kelas ..aku bukak purdah…lepastu time nak balik..aku pakai balik…boleh ke?
Lagipun kan..aku sebenarnya bukak purdah( sementara) dalam kelas sebab nak mudahkan urusan cikgu kenal aku..

dan contoh cikgu suruh semua pelajar baca apa yang die tulis kat depan..die nampak lah mulut aku pun terkumat kamit ikut baca sekali…

cube kalau aku pakai purdah..die tak nampak lah yang aku ni baca ke tidak..aku bukan apa..aku takut cikgu kecil hati ke apa ke..sebab nak menuntut ilmu ni kena ada adab dengan guru..

baru ilmu berkat..tapi kan ….alhamdulillah lah aku tuisyen tu campur..laki pompuan ..chinese indian malay semua ada..dorang okay je dengan aku..tak dalah nak ejek ke..

dan ada sebahagian kawan aku bila kat luar die pakai purdah…so aku punya keinginan tu membuak buak lah…tapi korang jangan risau..aku pakai ni bukan sebab diri lawa ke ikut ikut orang ke…

apa ke…tapi aku pakai ni kerana Allah..dan bila aku pakai ni ada rasa selamat disitu. Alhamdulillah laa..satu family aku ok je ..

alhamdulillah aku di permudahkan urusan bila nak hijrah sampai macam tu sekali.. Cuma tu la kita kena pandai lah biasakan diri..

Akhir sekali..aku minta maaf andai kata terlanjuran kata atau pun ayat ayat aku ni buat korang fikir negatif pasal aku..aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa je..aku nak minta pandangan, pendapat..

aku budak lagi..masih banyak lagi ilmu yang aku perli cari..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.