Tiap mlm ada dua budak dtg. Ak nmpk nenek tidur tapi mata pandang atas, mulut terkumat kamit mcm berbual dgn orang.

Actually, cerita ni terjadi masa tahun 2011. Masa tu umur aku 11 tahun. aku ni, setiap kali cuti sekolah, mesti ada menyibuk dekat rumah makcik aku di kuala selangor.

Aku memang suka duk umah dia sebab dia takde anak kecik, so aku ni dah macam anak emas lah kiranya. Dia pun suka aku duk sana sebab teman dia.

Kebetulan pulak, arwah nenek aku nak join sekali, nak tengok2 anak menantu dia. So aku ngan nenek pun duk lah rumah dia.

Ok malam pertama, tak ada apa jadi. Kitorang cam biasa je borak borak masa tengah makan malam. Makcik aku ni, anak dia semua tinggal kat tempat lain so tinggal dia sorang.

Nenek lak tidur jauh sikit dari aku, maksudkan kedalam sikitlah. Dekat dekat dengan dapur.

Punya aku rilek tengok tv sampai kul 12 lebih, pastu aku dengar ada orang bercakap. Aku abaikan je dulu sebab maybe tersalah dengar, pastu aku dengar lagi.

Aku pandang sekeliling, gelap benau. Lampu dapur lak cam samar samar ayam je, so aku dah seriau sikit. Aku buat taktahu, walaupun hati dah seram sejuk.

Pastu aku dengar lagi. Kali ni aku cam suara tu. Tu suara nenek. Aku pandang kat arah nenek, yang tidur belakang aku, masa tu sumpah aku dah berdebar gila.

Malam seterusnya pulak menjelma. Masa ni, aku dah lupa sikit pasal kejadian malam semalam sebab yelah, tah tah nenek aku ngigau. Masa maghrib, aku solat dekat luar. Memang aku buat semua benda kat luar, pakai baju jelah tak haha.

Masa tengah baca doa, nenek aku yang tengah bezikir atas sejadah dia, tiba2 macam marah. Aku pandang dia, muka dia dah berkerut, tahan marah.

Aku tanya, atok kenapa. (aku panggil dia atok) Dia jawab , “hang tolong halau depa ni sat”. Aku pelik lah, siapa pulak ni? lipas ke apa? aku jawab balik, “apa benda tok?”.

“Tu yang dok bergayut atas penyidai tu. Depa dok kacau aku”. Dia tunjuk kat penyidai baju yang ada roda, tepi dia. Makcik aku ni tukang jahit, so dia ni banyak lah penyidai baju.

Lepas isyak, dah solat solat semua tu, aku siap siap lah nak mandi. Masa ni, makcik aku dah kat luar, borak ngan nenek. Masa dorang dok borak tu kan, aku dengar nenek aku cakap camni.

“Masa aku berak petang tadi, depa dua ada belakang aku. Sebok panggil2 aku, aku nak cebok pun payah”

Ya allah, sekali lagi aku rasa nak pitam. jamban makcik aku ni, jenis cangkung, bila ko cangkung, ada space lagi kat belakang tu. So bila aku fikir balik, “benda” tu ada belakang dia masa berak, aku takut gila.

Masa tu aku nak g mandi dah, pastu perut pulak rasa nak berak. Dugaan apa ni. Tandas sumpah kat hujung dapur. Makcik aku tergamam, dia pandang aku, aku pandang dia.

Aku lak tidur depan pintu utama( sliding door), jadi bunyiknya, ya allah, kuatlah. Pernah aku dengar tapak kaki kecik tu, berheti tepi kepala aku.

masa tu mulut aku dah berbuih baca al fatihah banyak kali, segala surah aku belajar dekat sekolah, doa lepas makan, doa nak belajar semua aku baca.

Banyak kali lah dalam satu malam tu, sampai satu tahap, aku tak tahan, aku lari tidur ngan makcik aku kat bilik. Rasa bersalah tinggalkan nenek, tapi aku budak lagi kot time tu.

Bila makcik aku dah perasan semua ni, dia bagitau makcik pakcik aku dan berkumpul.

Pastu kan, 2 minggu ke 3 minggu lepas tu, nenek aku sesak nafas lepas tu meninggal. Masa tu aku kecik, so aku cuma menangis je bila dia dah tak ada. Lupa terus pasal benda tu.

Ada orang kata, bila orang dah meninggal, panggil2 kita dalam mimpi, ajal dah nak sampai tapi orang tua aku kata, tu semua setan. Tapi tak tahulah. Hmmm oklah tu je, sebenarnya ada lagi yang menganggu tapi lain kali k aku cerita? bye bye