Selepas berkahwin aku kerap bergaduh dengan suami,selalu rasa kereta kancil aku ada yang tak kena. Bila selidik baru tahu

Saya Cekodok, Dugaan bermula selepas kahwin..Sebelum tu sedikit backstory. Cekodok ramai member lelaki dari perempuan. Cekodok nak tekankan kat sini, “member lelaki” Cekodok tu literally bermakna KAWAN.

Means yang jenis Kau-Aku…Bukan skandal ke ape. Cekodok bukan jenis gurly2 sangat, so kadang2 rasa berkawan dengan lelaki ni mudah, diorg tak emo tak tentu pasal,

Sebab kat uni masa tu berapa kerat je junior yang bawa kereta, ramailah kawan2 (baik perempuan baik lelaki) yg Cekodok angkut naik kereta tu..

pergi makan, pergi balik kelas naik kereta Cekodok. Ada juga Cekodok bagi member guna kereta takat kejap2 tu.

Fast forward, habis degree, Cekodok sambung belajar di univerisiti yang sama. 2 minggu lepas convo terus dapat kerja. So Buat Masters sambile bekerja.

Time tu Cekodok frust dengan first love dari zaman sekolah tu. Frust yang tahap nangis siang malam, tak boleh makan. Pergi kerja macam zombie.

Kisah bermula… Disebabkan perkenalan kami ni macam tak disangka2, lajunya mcm bullet train Jepun, ramai kawan2 tak tahu cerita kami.

Kawan2 terdekat tahu cuma selepas sebulan bertunang (kira sebulan sebelum kahwin). Dan selepas tu lah kami mula bergaduh. Bergaduh dalam kereta kancil tulah.

pergaduhan pertama yang agak teruk hanya pasal nak benda remeh. Simtom yang diabaikan.

Selepas kahwin, hari2 bergaduh, rasa benci tengok muka suami. Cekodok keliru sebab Cekodok dah betul2 bertawakkal dan minta petunjuk dari Allah..

Tapi dia tukar juga apa yang perlu sebab Cekodok bising-bising (fobia hoi brake tak makan). Masuk kali ke 3 hantar bengkel, abang tu siap bawa suami naik, bawa laju dan brake sebab nak tunjuk takde yang rosak.

So kami tukar cari bengkel lain. Masih tak mengesyaki apa2.Tapi sama je. Cekodok bawa mesti rasa xkena.

Jerawat beranak2 dimuka, hari-hari gaduh teruk suami isteri, selepas setahun kahwin masih belum pregnant, kerja miss memanjang..

Sampailah ade sekali kami dalam perjalanan balik kampung, berhenti di RNR sebab penat sangat. Kami tertidur.. Cekodok bermimpi agak pelik, lelaki berjubah berdiri sambil memerhati ular hitam, suami Cekodok ada juga dalam mimpi tu, tapi dia berdiri jauh sekadar memerhati.

Mula-mula kaki dia start sakit waktu bawa kereta tu. Sakit yang kuat dan mendadak. Then tangan mula bergerak2 sendiri dan macam2 lagi lah.

Benda2 kecil yang kami buat tak endah. Kemuncaknya, tiba2 satu pagi mak Cekodok call, cerita tentang kejadian yang berlaku malam tu dirumah.

Adik mula kena kerasukkan, cakap siam, berguling-guling. Pangill ustaz datang kerumah sebab mak dan abah Cekodok tak boleh buat apa dah, tenaga dia kuat sangat.

Ustaz tu berdialog dengan “benda tu” tanya siapa kau, apa kau nak. “benda” tu cakap “aku nak XX… XX taknak aku.. XX kahwin dengan orang lain….” XX tu dia sebut nama Cekodok..

Ustaz kata orang yang tuju ni nak XX mati, tapi syukur tak de kejadian buruk menimpa.. Rupanya orang yang tujukan benda tu sapu sesuatu dalam kereta dikawasan2 yang selalu Cekodok akan sentuh dalam kereta.

Ustaz pun teruskan dengan rawatan, kereta tu Abah Cekodok buang apa yang boleh buang dari kereta, dan stop bagi adik guna sementara waktu dia nak betul2 ok.

Cekodok memang tak tahu nak syak siapa, kata mak, ustaz pon tak cakap siapa buat sebab kita tak boleh 100% sure pun dan takut jatuh fitnah.

Ustaz just pesan dekatkan diri pada Allah. Lepas kejadian tu, kami suami isteri cuba sebaik mungkin baiki diri. Alhamdulillah keadaan sangat-sangat ok selepas tu. Apa-apa2 pun, berbalik pada Allah. Pergantungan hanya padaNya.

Mungkin amalan tu jadi asbab benda yang lebih buruk tak berlaku, atau sememangnya selagi belum ajal yang dah ditentukanNya takkan ada apa yang berlaku selagi Dia tak izin kan? wallahu’alam. Apa-apa pun semuanya hanyalah ujian dariNya.

Alhamdulillah, lebih kurang 2 bulan lepas kereta tu berada dikampung, Cekodok pregnant.

Hubungan dengan suami bertambah baik, tak ada lagi rasa marah nak mengamuk membuak2 macam nak pecah dada tu. Syukur pada Allah. Ujian awal perkahwinan tu juga sebenarnya kukuhkan hubungan kami.

**Adik Cekodok yang jadi mangsa gangguan pun dah ok. Dia ni kesian sikit sebab memang sejenis yang mudah kena kalau ade gangguan2 ni.. macam-macam kisah “gangguan” dia ni. Maybe kisah dia ni Cekodok boleh kongsikan pula bila-bila.