Lepas ex aku dicerai, aku start dekati dia dan cari gaduh dgn isteri aku dgn niat nk jadikan ex isteri kedua. Aku mula intai isteri aku tp aku silap.

Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstrovert-suka bersosial, berkerjaya, berpelajaran tinggi-lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baby kedua baru sahaja lahir baru-baru ini. Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil.

Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya. Namun jodoh kami tiada, satu hari kami bergaduh besar dan kemudian masing-masing membawa haluan sendiri.

Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan, kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin. Saya seorang yang simple.

Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia bercerai. Saya berasa sangat sedih dengan berita ini.

Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya,

segala kenangan dan memori dengan kekasih lama mula menjelma. Saya mula menghubungi kekasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua.

Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua.

(selama beberapa minggu), saya nampak isteri kuat bersolat sunat dan setiap kali selepas solat matanya akan merah kesan daripada menangis. Isteri saya ni memang jenis yang tak banyak bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.

Selepas krisis pada malam itu, hati saya rasa sedikit kelainan. Saya mula sedar yang isteri saya ini bernikah dengan saya kerana Allah.

Dia lebih risau saya terjerumus melakukan dosa besar daripada kecewanya dia kerana saya ingin beristeri dua.

Dalam diam saya memerhatikan gerak gerinya (yang selama ini mungkin tak berapa nak pandang sangat), dan ketika itulah saya sedar yang isteri saya ini seorang wanita yang sangat-sangat baik.

dan saya masih lagi ingin mencari wanita lain? Dalam diam Allah membuka hijab dan lama kelamaan saya semakin sedar yang keputusan saya berkahwin dengan isteri adalah pilihan yang sangat tepat.

Allah mula tunjukkan satu persatu yang bekas kekasih bukanlah orang yang layak untuk saya sunting sebagai isteri.

Mungkin ada kalangan pembaca yang bertanya, kenapa Allah kurniakan saya wanita sebaik isteri sebagai teman hidup saya?

Saya juga terfikir hal yang sama, mengapa saya dapat isteri yang sebaik ini. Lama-kelamaan saya menyedari, mungkin ini ganjaran Allah terhadap sedikit amalan saya.

Setelah melakukan bedah siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca

1) Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”.

Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri. Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta.

Adu pada dia. Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya.

Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah.

Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan. Ketika konflik dia banyak solat dan puasa sunat.

Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali. Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba-tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang.

Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia.
Sekian, wassalam.

– Danial