Ya Allah kan asalnye perkahwinan itu atas dasar cinta. Kadang terpaksa menolak. Berd0sakah aku

Assalammualaikum. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayahNya selalu

Aku tak tahu kenapa aku terpanggil untuk menulis nukilan ini. Mungkin kerana sungguh banyak cerita yang sarat aku pikul disekeliling sejak aku faham erti kehidupan.

Aku juga harap ada suami suami yang akan baca dan renungkan…

Situasi 2 :
Bergegas si ibu punch card, terbayang bayang mata anak yang ditinggalkan di taska.. dalam kesibukan tetap teringat ingat dan risau di dalam hati.

Dipanjatkan doa moga anaknya sentiasa Allah lindungi. Jarak antara tempat kerja dan rumah jauh. Satu jam perjalanan, ditambah dengan kesibukan kota, nak cari kerja yang dekat tiada rezeki.

Kalau tak kerja suami pasti tak mampu menyara keluarga. Isteri juga lepasan IPT, hutang pelajaran sedia menanti, takkan nak harapkan suami bayar?

duit beri pada mak ayah lagi?, ,Penat dah mak ayah besarkan kita elok, berpelajaran, takkan lah sedikit pun kita tak mampu dah bayar jasanya selama ini?.’

Sekarang ada kerjaya pun banyak isteri bayar sendiri, kereta utk kemudahan kerja, suami tak lah seromantis untuk ambil hantar isteri setiap hari.,

” Arghh… buat lah, saya penat kan baru balik kerja ni!,,” jawab si suami sambil mata tak henti melirik skrin telefon.. Terus anaknya menangis hingga dileraikan isteri yang siap masak dan menyusukan anaknya.

Sambil botol di tangan menyusukan anak, melirik mata melihat jam. “Allah! pukul 6.30 dah, solat asar tak lagi, masuk waktu 4.30 td.. tapi kerja perlu disiapkan sebelum balik jam 5,

kalau tak siap sebelum 5 lambatlah dapat balik. masalahnya tak boleh lambat balik sebab pengasuh lewat lewat pon pkul 6.30. Kalau lewat keluar office pastinya terpaksa menghadap heavy traffic..

pernah sampai pukul 7 lbh baru sampai rumah. Ya Allah ampunkan hambaMu, terlalu leka dengan urusan dunia. Melihat si suami yang masih belum berganjak dari sofa tadi,

sesekali tersengih halus ketika menatap skrin telefon. apalah agaknya yang mencuit hati sampai dapat menghasilkan gelak tawa itu.

tugasan semuanya di bahu isteri. kalau dapat ehsan suami paling paling buangkan sampah di dapur itupun dah cukup bersyukur. Malam tu suami complaint lauk kurang masin.

Hati isteri sedih tapi tetap sabar, tak pernah pula isteri complaint duit barang dapur tu pun isteri yang keluarkan. Bukan apa..

malas nak meminta, kadang diminta ada aja alasannya. Duit habis kereta rosak, motor rosak, hp rosaklah. Banyak dah makan hati, tapi isteri telan… suami kan?

sabar jekla… Elok anak tidur dah, si suami yang tadinya bukan main garang, tak membantu sepanjang hari, tiba tiba datang menghampiri, mintak di layan.

Allah… sepanjang hari terasa hati dengan sikap si suami, malam itu tak mampu tipu diri untuk menyerahkan diri. Ya Allah, kan asalnya perkahwinan ini dari rasa cinta.

awak ni kan pantang saya gaji… awak ingat sy cop duit ke??, pakai jekla apa yang ada, awk tu bukan apa, saja jenak berlawan lawan dengan orang…

orang ada baju baru awak nak baju baru… orang ada beg baru awak nak beg baru! duit gaji awak ada kan? awak buat pasurat gaji awak tu?? semua nak mintak saya!”…

Pedih… si isteri tak mintak pun dibelikan baju rayanya.. si isteri tak mintak pon dibelikan beg rayanya.. selama ni pon isteri beli baju raya sendiri..

Yang dalam dalam pun isteri beli sendiri pakai duit gaji.. Nak tunggu suami time bonus itupun penantian yang belum pasti.. Kadang dapat kadang nganga jekla…

tengok suami dapat bonus beli sportim baru… beli kayu golf baru… kadang isteri pelik, time tu takde pulak sebut tak ada duit.. Bila orang puji cantiknya baju raya anak masing masing…

tak banyak kata, orang pasti tak sangka sisi gelap dirimu. Yang suka mengherdik bila terasa ingin bebuat begitu, nafkah kelengkapan jauh sekali….

bertahun dah cari sendiri, ini bil air dan elektrik pon buat tak tahu… sedangkan isterimu hanya suri rumah yang menjaga cucu cucu…

Ya Allah berdosakah isteri? Jika kami berdosa bagaimana dengan suami? Duitnya ada tapi bukan untuk dikongsi. Kedekutnya menjadi jadi tapi bukan nak bawa duit untuk naik haji… Allah kuatkanlah hati isteri ini…

Wahai suami, kami isteri yang kamu ambil dari ayah dan ibu kami dengan cara yang baik. Adakah hidup kami akan terusan begini. tersepit, tertekan, pendam?,

dimanakah kamu yang dulu yang menggilai kami bagai nak mati. rindu sepenuh hati.. segala apa akan dituruti? Mengapa kini tak bantu kami sama sama menerus hidup membesarkan anak anak dengan cara yang diredhai?

Sedarkah kamu wahai kebanyakkan suami. Isteri bertahan kerana anak anak…Sedarkah kamu kebahagiaan kamu bukan pada kawan kawan yang meriak sana dan berlumba lumba hal duniawi?

tetapi kebahagiaan dan rezeki kamu terletak pada doa dan redha kami…isteri dan anak anakmu…

Tak nampakkah pengorbanan kami yang menninggalkan mak ayah untuk bersama kamu? Tak nampakkah kami sanggup penat lelah untuk melahirkan zuriat mu?

ataupun merasa ia belum cukup untuk kamu? Bertimbang rasalah… bukankah impian kita sma untuk bersama sama ke Syurga?

Didiklah isterimu… kata ulama… tapi bagaimana si suami hendak di didik? tiadakah jalannya?? Wahai para ibu, didiklah anak anak lelaki mu supaya menghargai wanita…

supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab… Berikan didikan agama supaya anak anak lelaki kamu tahu mana tanggugjawab yang wajib dan mana pula ehsan… supaya isteri isteri mereka tidak jadi seperti kita… terluka dan berdosa..

Maafkan aku Ya Allah jika aku berdosa. Maafkan kami jika kami terlanjur kata dan rasa…. wahai suami…Sungguh kami bukan malaikat..

kami punya perasaan… kami akan terluka bila dilukai…wahai suami renungkanlah..siapa kami di mata kamu sebenarnya??
Kami ingin ke syurga, bimbinglah kami… tolong jangan heret kami keneraka..